Sweet Owner Like Reader Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON. Follow This ♥ Monthly Yearly Updated
December 2011 |
January 2012 |
February 2012 |
March 2012 |
April 2012 |
June 2012 |
July 2012 |
August 2012 |
September 2012 |
November 2012 |
December 2012 |
February 2013 |
June 2013 |
July 2013 |
November 2013 |
December 2013 |
January 2014 |
February 2014 |
April 2014 |
July 2015 |
Recent Updates
I am :)Happy Belated New Year yuhuu! Naik Pangkat :D Hidup December :) Mine :) Cinta Elysa :) Pembuka Bicara
| Game Over :) Assalamualaikum WBT :) Tiga tahun bersulam kasih sayang mencintai antara satu sama lain. Menghadapi liku-liku remaja bersama. Memeterai ikatan janji untuk terus bersama. Untuk terus setia, jujur dan ikhlas menerima. Suka duka sentiasa ada disisi. Janji kita takkan pisah melainkan si Pencipta Alam, Allahuakhbar memisahkan kita. Berbagai halangan kita tempuhi tatkala ombak mebadai diantara kita. Kita teguh bersama. Aku suka, kau tidak tapi kau cuba menjadikan semua bersama begitu juga dengan aku. Pernah aku katakan janji kita tak mungkin dikotai kerana perjalanan hidup kita masih panjang dan kita masih perlu meniti ranjau kehidupan yang lebih jauh. Dari situ kita lihat yang kita sebenarnya jauh lagi untu mengecapi kebahgiaan. Kata kau, tidak mengapa, kita sentiasa bersama. Kau tetap ada bersama aku :) Hari demi hari, semuanya sunyi. Pokok tidak bergoyang, angin tidak meniup mahupun hanya sepoi-sepoi bahasa. Mengharapkan pelangi datang menyinari sama sekali tidak. Sinar cahaya yang disangka sentiasa terang tapi mendung yang dihalang datang membasahi bumi. Tidak aku mahu untuk menyalahi diri sesiapa tapi hakikatnya itu janji kita Hanya Tuhan sekalian Alam yang akan memisahkan kita. Yaa, terjawab untuk janji kita dikotakan. Kau membisu tanpa sebarang kata dan tulisan. Aku menuggu kehadiran tapi hanya sekadar kisah lalu yang muncul dalam ingatan. Tidak perlu aku ulangi kisah dahulu. Sama sekali tidak kerana aku tidak mahu dikatakan sebagai pemain terhebat dalam percintaan. Aku juga membisukan diri sedangkan aku terus tetap menanti. Kau tidak juga muncul. Duka ku berkongsi kebahgiaan bersama teman yang sentiasa menghiburkan aku. Tidak begitu aku terasa kehilangan mu untuk seketika waktu. Biarpun hari berganti hari, aku merasakan aku mampu dan bersedia untuk terus pergi melangkah jauh dari hidup kau. Ya, melupakan diri kau yang hilang dari hidup aku. Disaat aku melupakan kau, kau muncul kembali. Mengapa? Sekadar untuk memberitahu kau takut kehilangan aku? Atau untuk menutup kesilpan kau nanti? Tidak mengapa, aku tahu kau tidak akan melepaskan kata-kata yang kau akan lepaskan aku sebab aku tahu, jika kau yang melepaskan kata-kata akhirnya cinta kita, kau khuatir diri kau akan dipersalahkan? Tetapi apa gunanya jika kau menyimpan aku sekadar untuk dijadikan hiasan sedangkan hati kita telah jauh menyimpang. Jadi, biar aku yang meminta untuk aku dilepaskan. Biar aku disalahkan kerana aku yang meminta. Benar? Untuk perpisahan kali ini untuk kita, biarlah yang terakhir dan kita tidak mungkin kembali seperti kita dahulu. Semoga kau berjaya dengan hidup kau dan aku perrcaya yang kau mampu berubah. Hargailah wanita seterusnya selepas aku menjadi penghuni dalam hidup kau. Jngan kau persiakannya selepas aku. Aku tidak mahu salahkan sesiapa. Bukan salah kau dalam perpisahan ni tapi mungkin takdir untuk kita tiada lagi. Mungkin kerana itu, kau mulai berubah begitu juga aku. Aku bersedia untuk selamanya tanpa kau lagi. Selamat Tinggal. Terima kasih wahai si teruna kerana kau pernah hadir menjemputku untuk hadir dalam hidup kau serta kau menghantar aku pulang untuk kembali hidup tanpa kau lagi. Dengan segala hormatnya budi bicara, kau menjadi kenangan silam buat aku dan selamanya. Aku hargai kau kerana kau pernah cuba untuk berubah walaupun hanya sementara. Do for yourself and never to do for another person :) Finding someone to replace him? Oh waiting. Don't be like 'gelojohss'. Kena pilih yang betul-betul kali ni unuk terus bawa ke 'Syurga Cinta' Jyeahhh :) |