♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

Naik Pangkat :D


Assalamualaikum WBT *ha jawab jangan tak jawab

  Hai kawan-kawan yang gempak lagi chun melecun dan kacak bagai. Apa khabar? Sihat lah eh. Alhamdulilah, Amin. Huh, dah lama tak update blog since pergi holiday kan? Haha, busy maybe :D Nak tahu story pasal holiday ke? I don't think so lah sayang sebab biasa saja, lagi pun tempat yang sama, so semuanya sama cuma agak 'getun'*jawalanguage (kempunan) sebab kali ni tak dapat mandi laut lahh, cuaca tak mengizinkan dan dapat amaran yang ombak kuat dan sangat membahayakan. Prevent is better tahn cure right? Hikhok >.< Anyway semuanya best! Seronok bersama keluarga yang sporting :)

 Oh dear! Lepas ni serious rarely update blog sebab dah busy.  Cehwahh! Busy dah maknyah ni. Yess, now disini saya Afzanita Binti Mahroji nak mengumumkan bahawa saya sudah naik pangkat. Haha. Daripada seorang pelajar sekolah dan kini menjadi seorang pekerja. Hihi. Alhamdulilah kita dah dapat job yang halal. Yess, menyeronokkan! Sebagai seorang cashier di Parkson Klang Parade. Okay, yang dah tahu, please diamdiam ehh! Kalau takk, kita 'hi-5 lajulaju 2minit tanpa henti kat pipi kamu tu' teplekkk~ Ha, honestly, kita agak terkilan sebab ini kali pertama kita bekerja dan mengenal dunia luar. Apa yang dirancang semua tak menepati rancangan. Ya, kita terpisah dengan kawan-kawan yang selama ni sebagai tempat bergantung. Pendapat mereka dan pendapat kita exactly tak sejalan dan tak sehaluan. So terpaksa berpisah. Mungkin ada hikmahnya? Ya, memang ada hikmah. Hikmah untuk kita berdikari sendiri tanpa mereka disisi. Kita akan cuba :)

  First day,22 HB DEC 2011. Kita pergi naik bus dengan kawan yang agak lama bukan kawan baru pun, kita kawan dari sekolah rendah pun tapi kan time sekolah menengah masing-masing buat haluan sendiri. Ha, kali ni lah kami mungkin jadi rapat. Partner kerja lah katakan :) Ada mereka, my parents taklah keberatan sangat nak lepaskan kita pergi kerja sebab ada teman naik bus. Thanks Syafikah Ishak, Izzati Nadia and Iffah Atikah. Haha. Hari pertama not bad lah. Seronok! Sebab kann, staff parkson semua memang best! Sporting habis! Tak sombong, tak kemut, tak kereq. Okay, terima kasih. Hari pertama, serious memanh kita sangat malu sebab sorang saja pekerja perempuan baru :) But I'm still okay with my friend yang temankan dan diaorang yang cool kan kita watlekk :D

 Second day, pun okay. Macam biasa pakai kasut colour hitam, kasut flat saja bukan high heels :p Ha, selepas rehat yang kedua, kee lepas maghrib eh? Lupa dah. Kita belum pegang cashier lagi -.- baru training. Heehoo. So now sebagai 'packer' lagi lah. Masa tengah sibuk packing barang tu kan, tiba-tiba rasa kaki berangin. Sejuk-sejuk jee, nape ek? Haha, sekali kita tunduk bawah, brrrr~ Kasut kita dah ternganga bahagian depan ouhh. Atoto, maluu ouh. Nasib baiklah geng kat kaunter time tu yang kelakar-kelakar. Diaorang okay jeee sampaikan diaorang sanggup tolong soletip kan kasut kita. Haha, memang lawa lah. Thanks Didi, Nazeb, Umarul and Kak Julia eh :) Hihihi. Tapi entah macam mana boleh terheboh ramai pulak yang tahu >00<

  Cuti cuti cuti. Dalam seminggu ada dua kali cuti yeay! Thank youu :) Ha, semalam aku half day. Dari pukul 12 tengahari sampai 7 petang. Kita agak risaulah sebab semua geng perempuan off day. Atoto, tak tahu nak pergi kerja dengan siapa :( Terpaksa beranikan diri pergi kerja naik bas sorang-sorang. Ya Allah, dah lah takpernah naik bas sorang-sorang, ni terpaksa jugak kita rempuh. Yooo, tibai aje! Haha. Time dalam bas, tah dah bapa banyak kali dah ayat Qursi kita baca. Tak terkira, sampailah sampai kat KP. Mana taknya, dalam bas banyak pulak mat Indon, orang Vietnam, Bangla. Err, pandang-pandang macam nak makan orang. Kalau handsome, baik takpelah jugak. Haha. Alhamdulilah selamat sampai. Hikhok >.<
 Time rehat pun amat merisaukan, tak tahu nak rehat dengan siapa. Ahaa! Nasib baiklah ada kawan baru ni baik sangat-sangat sanggup nak rehat dengan kita sebgai peneman menemani kita yang tak ada kawan time tu. Terjumpa Sheila yang cool and steady tapi dia tengah dengan kawan dialah, taknak lah ganggu kebetulan si ada orang ada pelawa nak temankan kan, takpelah Sheila, kita taknak kacau awak :) Haha thanks Nazeb, Umarul. Tapi serious kauorang makan bekal kauorang tak pelawa kita pun -.- Kita datang je, tupperware dah licin. Haha. Gila gelojoh kauorang makan kan? Eh eh tak lupa jugak si Aris Aiman yang baby face tu, haha yang sanggup kebetulan datang KP nak hantar kat bank lepastu singgah food court join kitaorang rehat :) Thankss guys! Seronok kawan dengan kauorag. Time tu pula, boleh terserempak dengan orang taman, then mesti nak ngata bukan-bukan nati kan? Sebab kita sorang je perempaun dekat meja makan tu, 3orang laki. Hello! Diaorang ni lah bodyguard kita tahu,. Takde diaorang, kita rehat sorang-sorang, tah jadi apalah nati. I think orang lain tengok kita ni mesti macam kita tengah dengan adik-adik. haha. Mana taknya, budak tiaga orang ni perangaiiiiiii Ya Ampun! dah lah muka cam budak-budak comel-comel,muka kita pulak matured macam mak orang kan. Ha, amek kauu! Memang macam kakak sedang jaga adik-adik. haha. Apapun, thanks semalam sudi rehat dengan kita eh kawan. Ada rezeki lagi, jumpa lagi :)

Alhamdulilah, aku mampu berdikari tanpa mereka disisi, ya ada hikmah untuk aku merasakan semuanya seorang diri tanpa sahabat yang selalu. Alhamdulilah aku dapat kawan-kawan yang memahami aku dan aku harap mereka akan menjadi sahabat yang sentiasa berada dalam apajua keadaan :) Kawan yang terpisah, kau semua tetap dihati dimana jua aku berada. Hope, kita jumpa lagi. Aku rindu kau semua, kenangan kita :)
#Pakson tempat agensi mencari jodoh? Yeke? Haha :D kelakar tengok gelagat kawan-kawan aku ni :D


Hidup December :)

Assalamualaikum WBT.
Jawab eh kawan-kawan :)



 Hey hai all member yang awesome! How are you? Hope today is better than last day and happy also chill with your beloved family. I'm fine and happy with my family but just have a bit feel miss my members 'KABIN'. Yess, I miss them so much :)

 BM Speaking already.*tett. Dah lama rasanya tak makan dekat luar. Tersangatlah lama lebih 5bulan ada? Maybe! Bulan Disember ni memang ternyata bulan makan kan? Selain Bulan Syawal dalm Bulan Islam kan? Haha. Bukan apa, haritu memei aa teringin sangat nak makan luar. Tiba-tiba aje bila dah dapat makan luar, terlalu kerap pula rasanya kami makan dekat luar. Mula-mula tu makan KFC, then balik dari kampung, makan dekat Restoran near from house, lepastu ayah belanja lagi makan satay dan sebelum ayah beli satay tu, sempat lagi beliau menyinggah kedai beli aiskrim Magnum yang sangat-sangat kita dengan mama nak makan aiskrim tu, akhirnya dapatlah kami merasa jugak. Heehoo! Baru ni lagi, makan dekat Carrefour, berrr~ ABC dia memang kawkaw best! Alhamdulilah rezeki ayah ada lebih nak belanja kami semua. Thanks ayah :) Semoga ayah dan mama dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin :) Tapi tu lah, dah lah kita tak exercise. Duduk rumah je, besarkan badanlah nampaknya. Haha :D

 Kat rumah memang takde buat apa. Ha mulalah tu nak judge kita ni tak buat kerja rumah langsung?! Hey, taklah. Kita mestilah buat kerja rumah. Kalau tidak, nak jadi anak dara apa, kalau kerja rumah pun tak sentuh kan? Lebih-lebih kita perempuan sorang, kalau takpun bolehlah share tugas, tapi ni takde geng. Adik laki ni semua jangan harap nak tolong buat kerja rumah. Err nak tahu aktiviti kita kat rumah, bangun pagi, selesaikan kerja rumah, dah settle semua baru pergi mandi. Honestly, kalau tak pergi mana-mana, kita memang mandi lewat. Haha tapi yang bestnya, kita mandi ke tak mandi kee, tak ada orang nak perasan dan sedar pun >.< kecuali kalau malam tu kita pakai baju tidur. #Yess, bangga sebab muka bangun tidur tetap nampak biasa dan wangi sentiasa. Blueek :P Then, kalau dah takde apa, online lah FB. Ada mood nak update blog, update lah! Tapi online aje pun bosan kan? Apa nak buat? Yess, kita baca novel ajelah. Tuptup boleh jadi jiwang karat kan? Haha, sekarang dah tak mainlah novel budak-budak. Main novel cintan-cinton. Novel sendiri dah habis baca, pinjamlah novel kawan pula kan. Apa gunanya kawan kalau tak boleh nak berkongsi. Betul? Bagus -.-

 Cerita pasal novel, kita memang taksub gila dengan novel. Betul-betul feeling punya nahh! Baca novel mesti fokus, fahamkan dan bayangkan. Kenapalah time study dulu kita tak study macam baca novel? Hikhok >.<
Bila baca tu, siap boleh geram, kecewa, sedih and happy! Haha. Bila greram, kita cepat-cepat tutup buku buat kerja lain. Kalau time best, brr~ berangan-rangan weyy! Hihi. Dah tu mulalah nak jadi pengarah sendiri bikin filem. Sibuk bayangkan watak-watak dalam novel tu, rasa macam nak jadikan filem layar Perak pulak! Haishh -.- Apa pun, takdelah buang masa baca novel ni. Tak rugi pun kita fahamkan sebab last cerita, mesti kita dapat pengajaran. Eleh, kesan yang betul-betul makan dalam mestilah tentang cinta.Haruslah kan. Haha, habis je baca, malam tu tidur, mesti terbawak-bawak dalam mimpi. Teruk ah! Hahha, yee memang teruk :( Baru-baru ni pun kita mimpi perjalanan cerita dalam novel tu berlaku dekat kita sendiri. Dalam bulan Disember ni sempat baca novel yang kita ada dan pinjam dari membe. Tittle 'Kalau ada Jodoh' dan 'Cintaku Hanya Kamu'(takde gambarnyalah).

 Haa, mama oh mama! Ayah oh ayah! Jom pergi Popular Jusco Bukit Raja. Nak beli novel lagi. Kakak da bosan ni. Nak memahami lagi kisah hidup percintaan diantara manusia kaum Adam dan Hawa. Hewhewhew~ Jomlah mama, ayah :) #Okay order jee Watlekk Y! 


Disaat aku mulai berubah, kau pergi jauh melangkah dari hidupku. Jauh, jauh dan jauh aku terasa jauh. Beginikah ertinya perubahan yang ingin dilakukan hanya untuk diri sendiri tanpa kekuatan disisi? Perlukah aku berdiam diri untuk menyelami dirimu dan terus memahami sedangkan diri ini dikau tiada mengerti? :) Sekian <3


Mine :)

Assalamualaikum WBT :)
Heyy saudara, jawablahh salam :D
 Hai kawan-kawan Lady yang comel, chun, lawa, kacak, smart :) How are you today? Chill lahh yee ^^ Budak-budak 1994 apa bikin hari ni? Pagi tadi Lady bangun pagi, siapkan kerja rumah semua, terus duduk luar kemudian buka Newspaper kejab nak cuci mata dan minda. Lepastu Lady nampak jiran Lady sebelah kanan rumah ni kan, dia sebaya Lady, kira kawan lah jugak kan. Dia dah dapat kerja. Awesome! Baru semalam dia nak apply kerja, harini terus start. Fuyoo! Alah Lady pun haritu apply kerja jugak, then orang tu pun suruh Lady kerja esok cuma Lady tak ready aje nak start awal, Lady ada program nextweek, so start kerja lepas balik dari program tu lah kan. Takkan baru kerja dah nak cuti, nanti apa pulak manager kata, kan kan? Haha#padahal jelous ni orang lain dah start kerja. Heeohooo :D

 Alamak lari topik lahh. Back to topic okeng? Tadi nak ceita tentang 'MINE'. Who's mine? Tak kan Lady nak bagi tahu semua orang kot. Tak suprised lah lagi pun mesti kauorang dah tahu kan? Err bukan yang itu. Ni MINE yang lain. You all kenal tak seorang artis lelaki ni, badan dia tegap, tinggi jugak lah, body dia tough, muka dia comel, kulit dia taklah seputih Farid Kamil, kulit dia so sweet. Siapa kawan baik Lady, mesti tahu siapa dia kan? Sebab dekat sekolah atau dekat mana-mana bila cerita tentang artis, Lady mesti back up artis yang Lady minat ni. Sampai diaorang naik bosan agaknya bila Lady sebut nama artis lelaki ni. Eleh, diaorang boleh sebut peminat diaorang, takkan kita tak boleh kan? Haha (Y) Siapa lagi kalau bukan Nazim Othman. Tak tahu lah nak kata apa lagi, Lady memang peminat fenetik dia sangat-sangat. Setiap kali ada program tv, ada dia jee, Lady terus goyang ouhh. Tak berganjak kemana pun, mata tak berkelip, jangan harap Lady nak bagi orang lain tukar chanel tv lain. Haha. Eh, Nazim Othman comel kan? Cakaplah comel >.< alahh, siapa cakap tak comel tu, nampak sangat dengki. Ramailah yang kata dia comel ^^ V Tak percaya nanti tengoklah. Dulu ada lah orang tu kata Nazim Othman bukan handsome mana pun, sekali dah gila juga dengan Nazim Othman. Huwoo, sebukk jaa >.< Nazim kita punya ah! Mana boleh tiru ohh sebuka je ikut kita, Hikhok >.< # cambudakbudakk.

 Malam tadi Nazim ada berlakon dekat TV9, tengok tak? Cerita Cinta Si Lembut dan Si Kasar. Gandingan Nazim with Faezah Elai. Alolohh, atoto comelnya Nazim. Dalam cerita tu watak dia jadi lembut, aww~ comel sangat-sangat. Pandang aje muka dia, ehh sweet, smooth, bestlah pandang muka dia, senyum dia. Senyum dia macam malu-malu kan? Sengih dia bukan macam kerang busuk. Serious kacak gilaa! Lady memang sukalah lelaki macam ni tapi Lady tak mengaharap pun bakal peneman hidup dan mati, seorang pemimpin keluarga dan mendidik Lady serta anak-anak ni macam Nazim Othman sebiji #autch jauh menyempang ni. Maaf maaf lady tahu kauorang tak suka. Watlekk (Y) Tapi kan kalau dah rezeki Allah nak bagi macam Nazim Othman, okay lah kan? Alhamdulilah :) Hikhok -.- Biarlah tak cantik pun tapi laki lawaa :D

 Lady nak sangat-sangat jumpa Nazim Othman, dapat tangkap gambar dengan dia pun jadilah. Sebab Nazim Othman ni kiud, dia punya senyum, karakter beliau punn berrr~ terpukau seketika. Ada siapa-siapa boleh tolong bawakkan Lady jumpa si kacak ni? Kalau boleh, pleasee walaupun cuma dapat bergambar dengan dia aje. Ha cucilah mata, tengok bukti kat bawah ni, handsome kan?



   


                                                    
   

Alah sorry lah create entry macam ni cuma nak kongsi sajee pun, tak suka tak apa. Kita minta maaf eh kalau mengada-ngada. Sorry :( Tapi kan memang comel kan Nazim Othman ni. Haha. Buat rilek buat peacee watlekk (Y)


Cinta Elysa :)

Assalamualaikum WBT :)
Jawab jangan tak jawab  oi oi :D
 Good Morning everyoneee! #lagak suara teacher Mazlina. Teacher, IMISSYOU :) Heyy gengs yang awesome! Selamat Pagi. Mandi sudah? Breakfast sudah? Baguih baguih. Have a nice day and beautiful life.


 Woot woot, kenal kan gambar ni? Yang penting kenal lelaki tu, Haha #hishh goyangg lah :p. Malam tadi episod last serious sukanya bila berakhir macam tu. Takde sakitkan hati kita, mama kita dan setiap penonton dirumah ni. Tiba-tiba ayah kita pun boleh terlayan cerita ni. Terkejut sebentar. Okay, sebenarnya tak layan pun cerita ni dari mula so kita bukanlah peminat fenetik cerita ni pun. Hewhew~ Kan awal cerita ni time tu sibuk sekolah. Sibuk dengan paper lah segala bagai. Bila dengar kawan-kawan cerita pasal Cinta Elysa. Ada sebut 'botak, Johan' apa ni? Kita sikit pun tak kenal. Sikit pun tak faham. Kita hanya mampu senyum, angguk dan join buat memek muka sama dengan gengs #padahal blur blur taktau pape. Macam seronok ceritanya. Cubalah nak layan, ada satu minggu tu dapat tengok. Bestlah kot tapi still tak kenal pelakon lelaki tu. Haha. Tak kenal siapa Aril sebenarnya sebab tak layan cerita Juvana lah dulu. Janganlah gelakkan kita :(
 
 Hm, baru nak layan tiba-tiba dah sibuk dengan trial SPM haritu so terbantutlah nak menonton dan mengenali watak-watak dalam cerita tu. Takpelah, kita sabar ajee :D Alhamdulilah, habis exam jee, kita dah tak kisah nak buat apa dalam rumah so setiap hari Selasa jam 10 malam, confirm dah terpacak dekat ruang tamu dengan mama. Tak terkecuali ayah, abang dan adik-adik. Haha. Comel bila tengok diaorang join sekali.

 Bila episod akhir malam tadi, kita dengan abang dah jadi macam director pulakk, dok sibuk meneka lepas ni jadi apa, siap boleh betekak. Haishh, kita geram pun ada. Jalan cerita melayu, semua sama so abang jangan tunjuk terer sangatlah eh >.< heehoo. Babak yang betul-betul melekat dalam otak dan hati kita hmm yang abang Abu eh namanya? Alaa driver lori member Aril tulahh. Kan dia ada bagi nasihat dekat Aril, sweetkan nasihat dia? baik betul kawan macam tu :) Sejuk sikit hati kawan bila dengar. Bila kawan ada masalah dengan bini/awek/suami/pakwe kawan seangkatan pula bagi nasihat yang berbunga. Kan elok kan? Tapi zaman sekarang ni, kalau ada kawan yang ada masalah macam tu, lagi diaorang api-apikan kan? Lagi diaorang suka kawan diaorang hancur. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Tulah kawan sekarang kan. Kalaulah semua kawan macam abang Abu, kan baguss kan? Apa pun, Cinta Elysa malam tadi penghujungnya memang terrrrbaikkk! Senyum aje bile tengok. Hewhew~ Haa, ada berangan takk? Yang perempuan tu mesti ada kan :D



Cerita ni takkan tertengok kalau takde Johan As'ari. Muka dia ada iras Nabil sikit kan? Tapi Johan lagi hensem. Aihh anak mami ni >.< awatlah hang comey sangat nahhh?! ceq caiq bergoyang taktao lagu apa ceq nak jelass :)

Pembuka Bicara

Assalamualaikum WBT :)





Perjuangan tak pernah senang, ombak derita tiada pernah henti. Tenang tegal silih berganti, inilah sunah orang berjuang. Malamnya bagi rahib merintis sayu, dihiris dosa air mata, siangnya bagai singa di rimba. Menghiris keringat meruah tenaga. Jika hendak berjaya, pasti ada usaha. Tanpa usaha, tiada lah cita. Biarlah apa orang hendak kata, itu bukan hidup mereka tapi perjuangan hidup kita. Berusahalah untuk terus mendaki setiap langkah tangga-tangga kejayaan. Walaupun berat, usahalah kita dengan penuh keyakinan, ketabahan dan kekuatan. Insya'Allah dimana ada kemahuan kita, disitu pasti ada jalan. Biarpun kita mampu melangkah dengan tenaga tapi belum tentu kita berjaya dalam hidup sekiranya hidup tidak beroleh Nur Hidayah daripada Allah SWT. Kilas kan rohani dan jiwa kita kepada Allah SWT. Makmurkan bumi dengan kerajaan Allah. Penat lelah tidak menjadi sia-sia jika setiap langkah diikuti 'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan diakhiri dengan 'Segala Puji Bagi Allah SWT' berusahalah, berdoalah dan bertawakallah pada-NYA. Sesungguhnya kita hamba yang lemah lagi terbatas ilmunya maka mintalah dan pintalah pada Tuhan-Mu yang sesungguhnya Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Besar. DariNya kau datang dan kepadaNya engkau dikembalikan. Sesungguhnya Solatku, Ibadatku dan matiku hanyalah kepada Allah SWT pencipta segala alam :)



Click button LIKE if you LIKE :) Thanks! From, Cheese Lady <3