♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

E N D OF Y E A R

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
*memberi salam itu sunat tapi menjawabnya adalah wajib*

   Hai gengsss awesome! How are you? Ceh speaking. Piuuuuhh~ Haha. Apa khabar sahabat ku yang comel, yang kacak, yang chun? Semoga semua sihatlah hendaknya kan. Dah lama kut rasanya tak 'hupdate blog' bukan pa, kemain lah sangat busy busy busy. Nampak tak tu 'baby beees' kita kata kita 'busy'! Nampak tak nampak tak? Hee. Aku disini sihat kut, Alhamdulillah. Baru lepas batuk-batuk, selsema equal to fever lah juga. Almaklumlah cuaca yang tak menentu. Hari-hari main hujan. Hihi.

   Okay now aku tengah praktikal. Yess praktikal! Ha???! Hahaha see punya lah lama kan aku tak update. tahu tahu dah praktikal. Sem 4 dah aku ni. Hihi. Tua dah. Eh taktak. Awet muda. Kalau aku kata aku form 4 pun orang percaya kudddddds :D Pendek itu comel kanssss? Haha. *aiiitetibenakbanggadirikenapa* :p
Cerita tentang keputusan sem 3 aku. Alhamdulillah syukur pada Illahi kerana aku masih diberi peluang, diberi nikmat, diberi anugrah daripada ALLAH untuk aku hadiahkan mama dan ayah bangga dengan apa hasil penat lelah dia hantar ambik hantar ambik aku dari Klang ke Sabak dari Sabak ke Klang dan dari Sabak ke Klang lagi. Haha. Sem ni memang terrrrbaik sebab semua keputusan kawan-kawan aku pun yeaaaah TERRRBAIKK! Tahniah gengss, Teruskan usaha. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Ehh tetibeee! Keep it up! Terima kasih juga pada mama, ayah bagi kekuatan kat kakak. Huhu. Kepada kawan-kawan yang bersama-sama berjuang dengan aku dan menemani aku sampailah sekarang aku disini ! Semoga ALLAH SWT memberkati jasa kauorang semua. Sayang kauorang. Rindu kauorang. Mwahx! :*

 

   Tempat praktikal aku 'not bad' boleh lah aku cari pengalaman kat sini. Pengalaman manis, pahit, pelat bagai semua tu boleh lah cari kat sini. Hihi. Eh haraplah tak ada yang pahit. Insya'ALLAH dipermudahkan oleh ALLAH. Aamin. Aku masuk 'office' 8.30 pagi tapi 7.20 pagi aku dah sampai depan office dah. Haha. Kalau ada 'award' perkerja datang awal, aku rasa every year nama aku yang naik. Wow! Nak request boleh tak? Haha. Baik, cenggini ceritonyooww, aku pergi kerja ayah aku yang hantar. Sekali jalan lah dengan ayah sebab ayah aku kerja kat Seksyen 13 Shah Alam. Makanya sekali jalanlah ayah hantar aku dekat Tourism Selangor Shah Alam Seksyen 14. Bangunan memang agak tersoroklah sebab aku sendiri yang kerap pergi Shah Alam pun tak pernah nampak bangunan ni. Hee, bangunan ni tepi jalan dekat dengan dataran Shah Alam yang ada jam tu. Seberang Bangunan Darul Ehsan. Belakang bangunan Wisma MBSA. Berharap kauorang boleh nampak yaa! Heehee. Bangunannya agak 'so kiudddmiuddd' berwarna biru. Tapi dalam memang 'thumbs up!' . Okay!  Tugas aku? First sekali aku dapat kat bahagian unit produk. Unit produk means suatu benda atau objek tapi ni bukan benda lah kan. Ni suatu benda yang membawa kepada sumber utama pendapatan Tourism Selangor Sdn. Bhd. Unit produk ni ada 3 produk. Antaranya adalah, Sungai Chongkak park & Resort, Hutan Lipur Kanching, Rawang dan Rumah Rehat Sri Berkat, Fraser Hill. M&L nak cakap banyak, apa kata awak awak semua cuba search sendiri okay? Hihi. Kalau nak tempah sila dail 03-55132000. Insya'ALLAH kami sedia berkhidmat untuk anda semua. Hihi. Kalau ikutkan tugas aku adalah membuat kerja yang berkaitan dengan hal-hal produk ni lah. Ambik booking, serve customer and so on. Tapi aku belum buat full of 100% ambik booking. Aku akan buat kerja kerja ni semua bila Amalya tak ada kat 'office' jaa. Okay siapakah si Amalya? Amalya ni klon Afina Aulia heroin Playboy Itu Suamiku. Aku bukanlah penonton yang setia menonton cerita ni tapi aku pernah lah tengok. Yela kud sama. Hehe. Dia comel orangnya bekaca mata macam Fina tapi kaca mata dia tak beso sangat pun :3 Dia ni pun intend. Intend dari UiTM Penang. Dia dah masuk sebulan lebih awal dari aku. Kira aku ni jadi PA dia lah. Haha, dia tak ada, aku busy! Kalau dia ada, kurang sikit kut kerja aku. Haha. Masa mula-mula aku masuk sini, kira rancak gila lah sebab hujung tahun kan, macam-macam event Negeri Selangor ni nak buat! Itulah inilah. Rancak lah tugas aku. Aku boleh jadi setiausaha, boleh jadi akauntan, boleh jadi personal assistance. Serba boleh lahh nak jadi. Hamboi kemain kauuuu gila kuasa ya nyah! Hahha. Tapi tu masa minggu pertama, kedua dan ketiga lah. Lepas lepastu laporan nak buat pun dah tak tahu nak cerita apa dah. Nak cerita apa ekk? Haha boleh tak kalau nak cerita hari ni aku WhatsApp si dia, aku berangan dengan si dia, aku rancang itu rancang ini. Boleh? Haha. *merepeeeeekkk!* Seronoklah juga. Lepas ni aku nak request yang aku nak join unit event walaupun aku jabatan produk. Aku nak request join apa-apa majlis yang akan diuruskan oleh mereka untuk timba pengalaman. Dapatkan ilmu lebih banyak! Tak salah kan? Asalkan aku tak gunakan masa 'office hour'. Hehe. Insya'ALLAH.

   "Two 'O' One Three" akan menamatkan masa dia pada 31 Disember pada jam 11.59 pm. Sungguh! Cepatnya masa tu berlalu. Rasanya baru semalam aku cakap dengan 'roomate' aku begini bunyinya. "Asmaa, sedihnya kita kan. Sambut NewYear jauh dari family. Sunyi je Poli kita ni. Kalau kat rumah kita mesti dah macam-macma bunyi. Mesti sekarang tengah countdown kankan." Haaa tahu-tahu dah nak dekat setahun dah kan. Dunia dah nak kiamat kan, masa memang cepat berlalu. Para Ulamak mengatakan kalau kita rasa masa tu cepat sangat berlalu bermakna kita banyak membazirkan masa tu. Kita leka dengan masa, kita lalai dengan masa. Bermakna kita sia-siakan masa lah. Haa. Kita buat perkara yang tiada faedah tanpa kita sedar kita tidak menggunakan sebaiknya. Yeke? Masya'ALLAH. Aku rasa masa cepat sangat berlalu. Maknanya aku banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Astaghfirullah. Semoga apa yang aku buat, saudara mara ku sesama Islam lakukan akan diberkati oleh ALLAH dan menjadi bekalan untuk akhirat kita kelak. Insya'ALLAH. Aamin. Jadi sekarang boleh lah kita buat checklist! Yess, checklist apa azam yang kita dah buat dan dah tercapai untuk tahun ni. Anddd apa yang tak tercapai tu boleh lah 'try again' masukkan dalam wishlist "Two 'O' One Four" nanti. Kan? Boleh dah tu start now! P buat p buat. Okayyy see youuu soon! Daaaa~ Assalamualaikum WBT :)





   

   




Lumrah sebagai manusia kadang kita alpa dengan tanggungjawab kita sendiri. Amanah kita. Entah kenapa. Adakah lumrah manusia juga yang sering lupa? Katanya kita manusia biasa bukan selalu boleh ingat semua benda? Macam tu ke? Sebenanrnya tidak. Kita boleh ubah semua tu. Insya'ALLAH. Juga kepada kehendak kita sendiri. Sebagai contoh mandi. Kita dah lali kan, bangun tidur je, kita mandi. Kita busuk je, kita mandi. Kita kotor je, kita mandi. Haa jadi kita boleh buat semua tu umpama kita mandi lah. Kita kena 'mind set' diri kita. Sekali kita liat buat, sekali kita malas nak buat. Memang benda tu tak akan jadi seperti rutin kita. Takkan sempurna tugas dan amanah kita kalau kita tak uruskan dengan baik tanpa keikhlasan hati yang terbuka. Think postive, be positive, U're king of positive ! :)