♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

AKU CUMA MAHU JADI YANG BAIK WALAUPUN BUKAN YANG TERBAIK :)


Assalamualaikum WBT :)
beri salam adalah sunat,
menjawab salam itu adalah wajib :')

Selamat pagi, selamat sejahtera dan yang penting hari ini Salam Satu Malaysia!
Hari ni hari Malaysia! Yeay saya bangga jadi anak Malaysia :)
Saya juga bangga saya anak jawa. Haha V-,-V

Dengan tajuk 'Aku Mahu Jadi Yang Baik Walaupun Bukan Yang Terbaik'
Ni bukan sekadar tajuk tapi tentang niat aku.
Aku tahu, 
aku cuma seorang gadis.
Seorang gadis biasa yang tak punya apapun.
Tapi, aku ada nawaitu untuk jadikan yang biasa kepada luar biasa.
Luar biasa aku taklah sehabat mana, cuma aku nak jadi seorang gadis yang baik.
Seorang anak yang soleha, seorang sahabat yang sejati dan juga seorang insan yang bertaqwa.

Aku cubaa :)

Tapi,
Dengan apa yang aku cuba, aku tahu banyak halangan yang kita kena tempuh bila kita nak buat baik,
Orang selalu cakap, 'ujian'. Tapi kenapa orang tak pernah nak senang dengan benda baik yang kita nak buat?
Masyarakat sering nak pertikaikan apa yang orang lain cuba buat. Buat jahat, mengata. Buat baik pun mengata. Tak pernah nak tamadun diri sendiri. Tapi aku turut membuat hal sendiri daripada mendengar kata-kata orang lain.

Benda yang aku buat, aku cuba lakukan dengan rela, seikhlasnya walaupun aku tahu ikhlas itu tak dapat dilihat dan dinayatakan tapi hanya Allah SWT saja yang tahu tahap dimana keikhlasan kita yang sebenar. Apa gunanya kita buat kerja dan akhirnya kita mengungkit dan bangga dengan diri sendiri dandan cerita kat orang lain yang kita buat. Tapi ikhlas tu kita dapat rasakan sendiri iaitu dengan cara laku kita melakukannya.

Kadang-kadang juga, aku terungkit apa yang aku dah buat. Astaghfirullahalazim. Aku terfikir, perlu ke aku sentiasa berbuat baik dengan orang setiap masa? Sedangkan bila aku berbaik, aku berlembut, aku jadi hidup seperti bangauu. Masya'Allah. *Ya Allah jauhkanlah aku daripada terfikir sampai kesini* Abang aku selalu kata, 'dari kau kecik sampai sekarang, apa yang orang suruh, kau ikut jaaa! Tak reti nak lawan kaa?' Err, aku bukan taknak lawan selagi aku mampu nak buat. Takpelah, aku pegang dengan apa yang mama dan ayah aku salu pesan masa aku kecik, 'biar orang buat  kita, jangan kita buat orang'. Kann?

Okayy sekarang aku cuma nak lepaskan kata, aku taknak jadi baik sangat sebab aku tahu dimana tahap aku. Aku cuma biasa-biasa saja. Aku pun taknak sesekali jadi jahat! Aku cuma nak jadi yang baik. Cukup bagi yang baik dan disenangi oleh orang lain.

Wahai orang-orang lainn! Janganlah kau mempertikaikan apa yang aku mahu lakukan. Biarkan aku berdiri sendiri tapi bantulah aku sekiranya aku buntu, janganlah kau hanya mencaci diatas kekurang orang lain. Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna diatas muka bumi Allah ini. Apa yang aku kurang, kau ada lebihnya dan apa yang kau kurang, aku ada lebihnyaa. Kau pula jangan sering bergantung kepada orang, cuba lakukan sendiri selagi kau mampu sebelum kau hilang daya.

Aku akan berusaha untuk jadi yang baik tapi tolonglah jangan pergunakan diatas kelembutan yang aku cuba lakukan :) Aku berdiam bukan beerti aku terus berdiam tanpa sebarang perasaan. Jujur punya kata, aku sentap sebenarnya. Akumakan hati. Haha Okayy peacee vvVV~


Awakkk, Allah ciptakan manusia sempurna dengan akal dan fikiran. Allah ciptakan setiap manusia punyai kelebihan dan kekurangan. Kelebihan untuk dikongsikan bersama, kekurangan untuk mencari kelebihan yang sempurna walaupun takkan pernah sempurna :)


Buat mu bakal IMAMKU :)


 

Ku tuju ini buatmu..
Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu.

Ku tahu ini berat buat kita, tidak seperti pasangan kekasih lain dengan bermanja, gurau senda, dan luahkan sayang dengan sentuhan. Aku tidak mahu hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu. Aku juga takut kelak walaupun bersama, anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada syariatnya..

Allah...
Aku lemah tanpa kekuatan darimu, fitrahku dan dirinya ingin berkasih sayang, tunjukkanlah kami jalan.. Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk menerima anaknya ini ingin menikah, bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan segala urusan duniawi, dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya dapat kami meneguhkan cinta kami, memperhebatkan ibadah, dan terus menjunjung cinta tertinggi hanya padaMU Illahi. Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya Allah :'(

Jika dirimu baca di sini, aku ingin katakan yang sayangku tak pernah berubah tetapi bertambah.. Aku ingin mesra bermanja seperti dalam gambar ini.. TETAPI pada hari bahagia kita. Aku yakin dirimu juga ingin begitu.


Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah yang baik walaupun bukan yang terbaik dan kurniakan aku pendamping yang baik dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari-MU. AMIN :)


ISTIKHARAH CINTA :)


Assalamualaikum WBT :)
Hayati dan rasakan.



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta.






Semoga Allah SWT mendengar doa dan mengabulkan apa yang kita inginkann :) Amin Ya Rabbal Alamin :)