♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

Sahabat, Dengarlah :)

Assalamualaikum :)

Wahai sahabat,
Dengarkanlah ini.
Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi melihat penantian kau yang tiada akhirnya.
Penantian yang tiada kata kunci.
Bukan niat aku untuk menghalang kau menjadi seorang yang setia menanti
tapi,
Cukuplah berhenti sampai disini.
Jika benar dia cinta,
Jika benar dia sayang,
dan Jika benar dia kasih,
Pasti dia datang mencari tanpa dinanti.
Sesungguhnya, 
Bercintalah dengan orang yang mencintai kita lebih daripada kita mencintai dia,
Menjadi seperti udara yang sentiasa ada untuk melengkapi hidup kita dan bersama kita,
Bukannya hanya seperti pelangi yang hanya mengindahkan hari kita untuk seketika waktu.
Jika dia hanyalah pelangi,
Relakan sahaja dia pergi, kerana dia bukan udara.
Dia hanyalah pelangi yang datang untuk menjadi kenagan yang terindah buat kita untuk seketika itu.

Sabarlah wahai teman,
Kini cintamu hanyalah untuk Kekasih yang abadi dan hakiki.
Hingga akhir waktu,
Mungkin belum masanya untuk memberi cinta pada pemilik hati.
Disitu Allah menguji kita untuk bersabar kerana Allah masih menyembunyikan sesuatu untuk kita,
Bukan untuk mencari atau menanti tetapi keutuhan iman.
Cinta yang akan diberikan oleh Allah itu,
Anugerah yang hakiki dan mutlak buat makhluknya.
Bilakah?
Aku juga tidak mengetahui bila ianya akan tiba,
Ianya tidak pasti TAPI aku yakin suatu hari nanti.

Satu pintaku,
Lepaskanlah penantianmu,
Relakan sahaja dia berlari.
Bebaskanlah perasaan mu,
Ada yang lebih terbaik untuk dirimu,
Mungkin dia terbaik untuk suatu hari nanti tapi yang pasti bukan yang kini.
Biarkanlah dia datang saat kau berdiri di puncak kebahagiaan setelah engkau mengecapi dan menjumpai kunci kejayaan dan kata cinta yang sejati.



Cinta itu rasanya manis apabila diberi madu tapi pahit ditelan apabila disumbat dengan ubat 'antibiotik' Haahahaha :D




Adakah telah tertulis di Luh Mahfuz namaku dan namamu dalam satu kata?
Namamu dan namaku dalam satu nada?
Namun bukan hanya tersirat bahkan tersurat yang kau berada di carta hati ini.

Namun masih menyelinap secebis keraguan,
Sekelumit kekalutan disitu,
Ada jurang disebalik kenyataan.

Biarlah Yang Maha Esa membela takdir kita.
Aku pasrah dengan adanya cinta yang tiada pasti dimana permulaan dan juga noktahnya.




Ya Allah Ya Rahman, Kau berikan kekuatan hati ini, Kau cekalkan hati ini, Kau kuatkan semangat ini dan Kau lindungilah diri ini daripada kesesatan dan simpangan yang akan menyesatkanku. Bukakan hatiku menerima cinta dari Mu dan Bukakan mataku agar aku tidak dikaburi :) Amin Ya Rabbal Alamin.