♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

A N U G E R A H :)

Assalamualaikum WBT sahabatkuuu :)



C I N T A A A A. . . 
APA ADA DENGAN CINTA?
LOVE IS CINTA!

Cinta adalah anugerah Allah SWT kepada hambaNYA.
Setiap manusia sememangnya telah diciptakan untuk hidup berpasang pasangan.
Yang laki laki perlukan perempuan,
Yang perempuan turut memerlukan laki laki.
Itulah fitrah Allah yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Sekeping hati yang diciptakan oleh Allah kepada setiap insan sememangnya beharga.
Tanpa kita sedar,
Sekecil hati itu mampu melahirkan berbagai perasaan.
Sayangg
Cintaa
dan Kasih.
Subhanallah.

HATI
Turut memainkan peranan sebagai tiang kehidupan.
HATI
Adalah sebahagian terletaknya keimanan kita disitu yang tidak dapat dilihat tapi kita rasai.
Kerana HATI
Kita jatuh cinta.
Kerana HATI
Kita mecintai dan dicintai,
Kerana IKUTKAN HATI
Kita binasa.

Sayang,
Jika kau jatuh cinta,
Cintailah dia dengan penuh kasih sayang.
Cintakan dia bukan kerana terlalu ikutkan hati.
Cintakan dia kerana kau mahukan dia menjadi sebahagian daripada hidup kau.
Cintakan dia kerana Allah SWT.
Jadi kau takkan mecintai dia lebih daripada kau mecintaiNYA.

Sayang,
Biarkan perasaan kau dihanyuti rindu,
Rindu yang tidak terlarang kerana kau benar benar merinduinya tapi jangan biarkan rindu itu lebih daripada kau merindui kekasih Allah SWT,
Jangan biarkan walaupun sedetik.
Rasailah kemanisan bercinta yang tiada mengikut nafsu,
Tidak memerlukan belaian dan sentuhan selagi ianya bukan halal,
Siapa kata tidak bahagia jika begitu?
Maka dengan itu hubungan nescaya mendapat keberkatan dan restu dari Allah SWT sekiranya kita mengingatinya semasa kita sedang sibuk mecintai dia.

Sayang,
Rancang dahulu kehidupanmu sebelum kau tersungkur dengan cinta.
Kerana cinta tidak seindah yang kita sangka,
Kerana cinta tidak mudah seperti kata kata.
Cinta memerlukan pengorbanan.
Tapi,
Jangan kau sangka pengorbanan itu harta diri.
Kau silap, kau salah!
Pengorbanan nafsu.
Harus kau korbankan.
Jika benar kau mecintai dan mengasihinya,
Jumpalah orang tuanya,
Milikinya dengan mutlak direstui oleh mereka dan olehNYA.

TETAPI

Itu jika benar benar kau telah mampu.
Bertanggubgjawabkah kau?
Mampukah kau menjaganya?
Jika tidak,
Lupakan sahaja hasrat mu itu untuk memilikinya.
Tiada hak untuk kau!
Hak kau hanyalah mecintainya sahaja!
Bukan untuk memilikinya jika kau tidak mampu menjadi seorang pemimpin, bertanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga ataupun suri kepada raja keluarga.









Biarlah kita menguasai cinta dan jangan biarkan cinta menguasai kita. Kelak padahnya. Sooooooo Ingat! Boleh pandang pandang, duduk renggang regangg, pasti bertambah sayangggg! Nikmatnya lebih manis jika kita rasai belaian manja dan kasih sayang selepas berbunyi 'saya terima nikahnya....' dan 'SAH!' Maka buatlah apa yang kau mahu lakukan asalkan kau sudah bersedia memikul tanggungjawabmu sepertimana yang diamanahkan oleh Allah kepada hambaNYA. Semoga bahagia dan dirahmati oleh Allahurabbi. Amin. Insya'ALLAH :)