♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

SUSUK DIGITAL

Assalamualaikum WBT :)
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu adalah wajib, kan?

Heyy geng yang awesome!
How are you?
Harap sihat sihat selalu ^^
Still beraya?
Untunglah kan, boleh beraya, boleh pergi open house.
Kita ny beraya dekat poli, eh dah tak raya dah pun. Sedihnyaa :(
Orang lain balik cuti merdeka,
Kita sambut merdeka dekat poli jaa, dah lah suram jaaa. Heuuu~
Tapi mungkin ini erti berdikari dan berjauhan yang sebenar dari family. Hahaa.
Sabar sabar.
Btw, Happy National's Day.
Saya bangga jadi Anak Malaysia! 

Alrite,
Motif gambar kat atas apa benda?
Ahaa, ny nak cari gambar susuk digital, tapi terminat pula dekat gambar ny.
Takpelah ek asalkan apa yang nak dikongsikan, insya'ALLAH sampai.
Ehemm.
Haritu ana dan classmate dapat satu tugasan asgment dari sub Islamic Education.
Tugasan tu mengenai Undang-Undang Syariat Islam.
So ustaz bagi pilihan kepada kami untuk cari sendiri tajuk asgment mengenai syariat Islam.
Then lepas kami discuss one group,
Dapatlah idea nak buat tajuk mengenai 'susuk'.
Haa time ny lah orang sibuk beraya, kami dekat rumah sibuk buat asgment. Kesiankan?
Okayy,
Then nak dijadikan cerita,
Dalam group ana ada 4 orang, masing masing dah dibagi tugas sendiri untuk cari maklumat tentang susuk.
Time hari yang kami nak combinekan asgment, terdapat satu artikel dari salah seorang ahli kumpulan kami mengenai 'susul digital'.
Yukkk, apa benda letew?

Kauorang tahu takk, sebenarnya dan yang sebenarnya kann edit gambar itu adalah salah satu daripada susuk?
Oh waits the second!
Jangan misunderstood!
Apa yang ana tau dari maklumat tuu, edit gambar yang muka huduh pun jadi cantik, 
muka ada jerawat pun jadinya tak ada jerawat, 
muka hitam jadi putih, muka kemek jadi lonjong, muka bulat jadi panjang, 
hidung pesek jadi mancung, 
bibir nipis jadi tebal kunun nak jadi macam angelina jolie lahh? Haha and so on yang menjadikan sesuatu yang asli menjadi local. Faham?
Err sebenarnya agak takut juga nak buat statement mengenai ny sebab takut salah bagi information.
Tapi why not if perkara ini adalah betul. Kan?
Berani kerana benar dan takut adalah kerana salah. Kan kan kan?

Kat sini pun nak katakan jangan salah faham lagi!
Edit gambar dengan niat untuk menunjuk,
Menunjuk kecantikan yang bukan asli untuk ditunjukkan kepada kaum yang berlainan jenis,
dengan tujuan nak memikat si hati beliau lah kann.
Eee why perlu macam tu?
Nak tunjuk sesuatu yang palsu?
Maka akan jadi palsu lah dari mula hingga ke akhirnyaa. Kan?
Ana tinggalkan link untuk sahabat sekalian,
Mungkin kalian boleh judge dan fikirkan sendiri mengenai hal ini :)
http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/05/08/susuk-untuk-kuat-cantik-dan-seksi-2/ 

Apa pun, kita perlu tahu bahawa setiap perbuatan yang kita hendak lakukan biarlah dengan niat kerana 
Allah SWT.
Insya'ALLAH setiap perbuatan itu mendapat keberkatan dan keredhaan dari-NYA :)
Jadi,
fikirkanlah.
Jangan kerana mahukan kecantikan yang palsu,kita lupa tentang anugerahNYA.
Sesungguhnya, apa yang diberi oleh Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.
Maka bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan :)
Selamat meningkatkan keimanan ^^
Insya'ALLAH kita mampu :)



Hee selama ny kita edit gmbar letak nama dan gelapkan suasana serta menerangkan suasana. Tak salahkan? Alhamdulillah ada hikmah kenapa sampai sekaranag tak ada sesiapa yang nak ajar edit touch up gambar. Ada hikmah rupanya. Hee. So sayang sayangg, fikir fikir kan lah yang terbaik untuk diri, untuk dunia dan untuk akhirat. Semoga Allah SWT sentiasa ada untuk kamu. Insya'ALLAH :) Amin.

Salam Lebaran

Bismillahirrahmanirrhaim.
Assalamualaikum WBT.
*haip haipp jawab jangan tak jawab wahai saudarakuu*

Sihat?
Semoga sihat sihat selalu :) Heee.
Lama dah kan tak update blog? Haha. Setiap kali entry ja mesti ada kata 'dah lama tak update blog'
Almaklumlah cik kak oi, busy ny hoh. Hewhew.
Agak agak sempat lagi tak nak minta ampun dan ucap salam lebaran?
Harap masih sempatlah yaaa. 
Okay tak apa, kita cuba try test. hihi.
Ehemmm~

Kepada sahabat andai dan saudara saudari sekalian yang mengenali diri ini.
Wahai dikau sekalian yang tersayang,
Saya dengan rasa rendah dan kerdil diri ingin memohon ampun dan maaf dari langit ketujuh hingga ke bawah dalamnya liang lahad sekiranya melakukan dosa dan kekhilafan serta berlaku kezaliman diantara diri saya dengan diri saudara mahupun saudari sekalian.
Sekiranya saya terkasar bahasa dan tersilap berbicara, 
ampunkanlah mulutku yang sungguh binasa lagi tiada insuran dan saham.
Andainya saya terngumpat mahupun terkutuk,
maafkanlah lidahku yang keji tampak lembut.
Jika saya pernah terpukul, tertumbuk, tercubit, tergigit mahupun tercium *amboiamboi!*
(samasama geleng kepala dan istighfar yaa) Heee :)
Hapuskanlah dan lupakan sengketa diantara kitaa.
Sesungguhnya hidup bermaaf-maafan adalah amalan mulia kan?
Saya sudah minta maaf, anda bila lagi? Hehee.
Ampunkanlah dan maafkanlah.
Sekiranya dosa saya pada saudara dan saudari telahpun diampunkan dan dimaafkan,
Terima kasih hendaknyaa.
Semoga Allah SWT merestui  dan memberkati setiap detik perjalanan dan perjuangan hidup saudara dan saudari sekalian.
Insya'ALLAH.
Amin.
Salam Eid Fitri minal Aidil walfaizin.
Maaf Zahir & Batin.


Salam Lebaran daripada Afzanita Binti Mahroji. Mahroji & Maulina. Mohd Afif,Muhammad Afrizad dan Muhammad Afiq Haikal. Kami doakan agar kita semua akan bertemu kembali dengan bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak dan semoga lebaran Syawal kali ini memberi penuh makna dan keinsafan buat kita semua umat sesama Islam. Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan ibadat kita semua. Isnya'ALLAH. Amin :)