♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

C e r i t a C u t i : )

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
Salam Sejahtera.


   Hai dear dear! Apa khabar? Semoga semuanya sihat walafiat lah yaa. Kali ni jarak update blog tak terlalu lama sebab hati tengah terasa rajin sangat sangat nak update blog. Hehe. Aku sekarang tengah aaaaacummm~ Haa sihat alhamdulillah cuma tengah bersin bersin dan lemau. Lemau sebab minggu depan dah nak kena balik poli. Serius sedih sangat :( Cuti dua bulan kat rumah, macam macam kenangan aku dapat. Sebab tulah jadi berat hati nak tinggalkan rumah lagi. Boleh tak kalau aku taknak balik poli? hehe *mengada.

   Alhamdulillah saat yang aku tunggu tunggu 06062013 means 6June. Atau lebih tepat thats day is Israk Mikraj. Tarikh tu juga is someone special birthday. Insya'ALLAH he is my future husband. Selamat Ulang Tahun kelahiran. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Be a soleh son and insan yang bertaqwa. Tingkatkan amalan mulia full kan ibadat wajib dan jadi seorang abbi yang mithali. *ehh* Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Haip! No party! Just Allah masih bagi kesempatan pada aku untuk wish birthday dia. Sempat bagi birthday present yang tak seberapa. Sempat tengok dia datang rumah kununya ada hal penting mama nak jumpa padahalnya tidak. Nak serahkan hadiah jee. hihi sorry awak! Kalau dia sayang,dia kena terima seadanya. Haha. Thanks also to all my dear friends sebab temankan cari present and give idea also opinion. Iloveeyouuu lah!

   Jika ditanya puaskah aku luangkan masa bersama kawan kawan sekolah aku? Jawapannya tidak! Aku tak puas! Tapi Alhamdulillah masih ada masa aku untuk bersama dengan mereka. Bawak jalan g SCM. Sweet time with Syqin, Syafika and Linda. Misssyouuu! :* Then ada hari yang Syafika ajak datang rumah, buat cookies! Awesome. Sebab dulu dulu pernah plan nak buat benda camtu kat rumah salah seorang kawan. Alhamdulillah Syafika pelawa. Sangat sangat rasa excited masa dia pelawa tuu! Hee agak kepoh jugak rumah pika tuu. Masing masing potpetpotpet~ Syqin pulak sibuk berangan nak oder cookies kat pika bila pika buat bisnes.. Eh Aamin.Manalah tau jadi kenyataan kee. Aku lak sibuk berangan nak jadi manager. Haha apalah punya merepek. Macam budak budak. Yaa, umur kami sememangnya umur tahap matang tapi kami still like children! Takpelah kan, be ourself. Bukan hipokrit :) Taraaaaaaa! Jadi gak cookies Syafikaa. Seedappp weyyy! Ni tak tipu sebab adik adik aku, mama aku sukaa sangat cookies choclate badam ni. Terrrrbaikkkk! Boleh kau kahwin! bukan aku yang cakap, tapi mak kau! Haha!

   Aaaalaaaaaaaaahaiiii! Aku sangat sangat lemau sekarang ni. Sebab nextweek aku dah kena balik poli laa. Aku taknak balik.Taknak balik! Siapa sangka yang hr Selasa aku dah ke Sabak. Sebab aku ada hal nak g sabak. Ya Allah, sayu ja hati aku pergi sana. Sebab aku fikir, minggu depan dah nak kena ke Sabak lagi. Tinggalkan rumah. Dah tak boleh nak tiap pagi bangun tengok muka mama, ayah, adik adik siap g sekolah. Gelak tawa Aisyaa. Nak nangis nak nangisss! :( Dah mula kena fikir pasal study balik daa. Sabar hati sabar. Jangan berontak. Kita kan student lagi. Ikut jaa. belajar rajin rajin okayy :) Yess, keep it up! Allah kan ada :)

   Segala urusan Alhamdulillah dah selesai. Yuran dah bayar, pendaftaran online pelajar senior pun dah selesai. Print out pun sudah. Fotocopy segala resit, slip pun suda. Im doneee for everything except packing baju, and myself! Im not ready yet for the next sem! Ya Allah , tolong kuatkan akuuu.... 

   Kenangan oh kenangan. Duduklah kau dalam memori kotak sebagai kenangan yang terindah. Buatlah aku tersenyum sekiranya aku scan kau kenangan. Jikalau aku duka, timbullah kau dalam otak aku tanpa aku klik kau. Agar kau mampu membuat aku gembiraaa! 

  Okay cuma sampai disini. Jumpa lagi ! tataaa. Assalamualaikum WBT :)

Ya ALLAH. Ampunkan segala dosaku, Mama dan Ayahku. Kedua Nendaku. Semua saudaraku. Sahabat Seperjuanganku. Muslimin dan muslimat... Berkatilah dan Redhailah hidup kami Ya Rabb. Sesungguhnya hanya padaMU segalanya kami berserah. Lindungilah kami dari segala kemungkaran dan kezaliman yang KAU khianati. Dekatilah kami dengan cahaya hidayahMU.Pandukanlah kami ke Siratolmustaqim MU. Satukanlah kami dibawah satu langit dengan Mawaddah Waharahmah :) Aamin Ya Rabbal Alamin...


CHAK CHAK CHAK BAAAAAAHH :)


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu and Hai !


First for all nak minta maaf sangat sangat sebab dah lama sangat sangat kita tak update blog ny. Huhu. Kalau sebulan tu tak apa lagi koud. Ny dah dekat 3 bulan aku tak update blog. Silent reader pun semakin berkurang sebab bila bukak blog aku jee, cerita yang sama. Balik balik cerita yang sama. No newest entry! Aaaaaa boringggg kan! Sorry yaa. Nak kata busy tak. Nak kata malas, MUNGKIN! Haha. Maklumlah, ini penyakit paaaaaaaaling susah nak diubati sebab ubat RAJIN sukar juga untuk ditemui. Huahua. Banyaklah kauuu AFFFFFF!!!! Apapun, semoga pembaca blog ny sihat sihat selalu dan bahagia bersama orang yang tersayanggg!

Alhamdulillah, aku sihat. Now aku tengah cuti semester! Ehh? Haha seee, tengok tengok jaa dah cuti sem lagi. Langsung takde cerita tentang semester 2. Now tautau jaa dah nak masuk sem 3. Apa kau ny Af?! Sorry laaa awak awak sekalian, kitaa malas aa nak bukak lappy. Kita tak rajin sangatlah nak onlineee! Tak caye cuba cek kita punya Facebook ngan Tweeter, jarang update kannn?! Kan kann kannnn?! Haaa. BTW aku selitkan sikitlah yaa untuk overall kisah sem 2 ny. Haaa syukur alhamdulillah ku panjatkan setinggi tinggi terima kasih pada Allah SWT kerana sentiasa berada disampingku dan sentiasa menemaniku. Terima kasih kepada my family esp mama dan ayah sebab support kakak selalu sentiasa dan selamanya. Pada hubby yang selalu advice dan bagi semangat. *ehhh* pada kawan kawan seperjuangan yang menemani bersama sama menelaah ilmu dan tak pernah kuduuukut! Huhuu. Alhamdulillah semester 2 berakhir dengan jayanyaa. Setinggi tinggi penghargaan buat POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Result sem 2 sangat sangat menggembirakan. Alhamdulillah syukur nikmat Ya ALLAH Ya RABB :) Semoga the next sem aku akan terus mengecapi kecemerlangan dan menggembirakan hati semua orang esp for my lovely is mama dan ayah!

Cuti semester lebih kurang dua bulan. Now dah sebulan lebih aku kat rumah. 21 June aku akan masuk poli balik. Apa aku buat kat rumah cuti ny? Dulu pernah ada nawaitu, bila cuti sem yang break 2 month, aku ada niat nak kerja. Tapi nak buat cemana kan, tak ada rezeki. Aku duduk lah rumah jadi babysitter. heuheu~ Kursus rumah tangga, jadi isteri soleha, ibu mithali. Eh ehh, menyimpangggg kauuu jahh! Haha. Syukur, cuti aku diisi dengan perkara perkara yang sangat berfaedah. Eh tak kisaaa pulak aku tak kerja walaupun aku tahu sem break ny aku miskin! Whaaaaaa :( Tapi aku bahagiaaaaa! U know, aku BAHAGIAAAAA! Ny namanya betul betul FRESH SEM BREAK okayyy! Aku dapat spent time dengan anak buah aku. Dah besar dah diaa. Dah nak masuk 5 bulan dah. Esok dia 5 bulan lah. Haha. Ann-Nur Aisyaa Binti Mohd Afif namanya. Nampak sangat aku tak pernah update kisah dia kan? Kan aku dah kata, aku malas online. Haha. Tu kat atas tu gambar dia lah. Gambar dia bersama aunty ummi dia. Pose yang sama kan?! Haha. Cuba tengok, siapa laaaaagi comel? Aku yang atas, yang lagi bam bam tuulaa my fruit daughter! Huhu, tengok kualiti gambar pun dah tau kan mana aku. Hihi. its okay its okay :)

Akuu jugaa dapat spent time dengan family. Lebih lebih lagi dengan mama. Haaaakauuuu! Lagi akrab. No more secret. Aku sampai taktau, ada ke sekelumit rahsia gn mama? Macam takde jee. Dari A sampai Z aku cerita. Huhu mama you're my bestiess takkan terpisah! Kunun nak simpan simpan lastly mesti nak cerita juga. Haaa ny lagi kes yang best, aku dapat spent time dengan member sekolah akuu! Lama sangat dah tak meet diaorang nih! Agak agak kalau aku kerja, aku dapat ke jumpa diaorang? Spent time bersama? I dont think so. Inilah namanya hikmah. Kan Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kitaaa :) Terima kasih Allah.
Okayy ny untuk the simple story. Insya'ALLAH kalau panjang umur, kita jumpa the next entry okay? Kat bawah ny ada gamba Aisyaa. See lah untuk tatapan. Jaga diri, Jaga Hati dan Jaga Iman. Salam Ukhuwah :)





Apabila kita merindui seseorang, berdoalah dan berzikirlah kepada ALLAH SWT agar rindu kita padanya tidak akan pernah alpa bahawa rindu dan cinta kita itu tidak lebih daripada kita mencintai ALLAH SWT. Agar ALLAH tidak cemburu dengan kita kerana merindui makhlukNYA.Bersujudlah pada Yang ESA agar rindu kita pada makhlukNYA akan dibendung disamping sisiNYA. Semoga RINDU itu diredhai dan diberkati. Selitkan dan titipkan doa untuknya agar rindu itu sentiasa didalam doa kerana dia jauh dari kita. Semoga ALLAH sentiasa melindungi orang yang kita sayang dan orang yang kita rindu. Aamin Ya Rabbal Alamin :)