♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

Game Over :)

Assalamualaikum WBT :)


 Tiga tahun bersulam kasih sayang mencintai antara satu sama lain. Menghadapi liku-liku remaja bersama. Memeterai ikatan janji untuk terus bersama. Untuk terus setia, jujur dan ikhlas menerima. Suka duka sentiasa ada disisi. Janji kita takkan pisah melainkan si Pencipta Alam, Allahuakhbar memisahkan kita. Berbagai halangan kita tempuhi tatkala ombak mebadai diantara kita. Kita teguh bersama. Aku suka, kau tidak tapi kau cuba menjadikan semua bersama begitu juga dengan aku. Pernah aku katakan janji kita tak mungkin dikotai kerana perjalanan hidup kita masih panjang dan kita masih perlu meniti ranjau kehidupan yang lebih jauh. Dari situ kita lihat yang kita sebenarnya jauh lagi untu mengecapi kebahgiaan. Kata kau, tidak mengapa, kita sentiasa bersama. Kau tetap ada bersama aku :)

 Hari demi hari, semuanya sunyi. Pokok tidak bergoyang, angin tidak meniup mahupun hanya sepoi-sepoi bahasa. Mengharapkan pelangi datang menyinari sama sekali tidak. Sinar cahaya yang disangka sentiasa terang tapi mendung yang dihalang datang membasahi bumi. Tidak aku mahu untuk menyalahi diri sesiapa tapi hakikatnya itu janji kita Hanya Tuhan sekalian Alam yang akan memisahkan kita. Yaa, terjawab untuk janji kita dikotakan. Kau membisu tanpa sebarang kata dan tulisan. Aku menuggu kehadiran tapi hanya sekadar kisah lalu yang muncul dalam ingatan. Tidak perlu aku ulangi kisah dahulu. Sama sekali tidak kerana aku tidak mahu dikatakan sebagai pemain terhebat dalam percintaan. Aku juga membisukan diri sedangkan aku terus tetap menanti. Kau tidak juga muncul. Duka ku berkongsi kebahgiaan bersama teman yang sentiasa menghiburkan aku. Tidak begitu aku terasa kehilangan mu untuk seketika waktu. Biarpun hari berganti hari, aku merasakan aku mampu dan bersedia untuk terus pergi melangkah jauh dari hidup kau. Ya, melupakan diri kau yang hilang dari hidup aku. 

 Disaat aku melupakan kau, kau muncul kembali. Mengapa? Sekadar untuk memberitahu kau takut kehilangan aku? Atau untuk menutup kesilpan kau nanti? Tidak mengapa, aku tahu kau tidak akan melepaskan kata-kata yang kau akan lepaskan aku sebab aku tahu, jika kau yang melepaskan  kata-kata akhirnya cinta kita, kau khuatir diri kau akan dipersalahkan? Tetapi apa gunanya jika kau menyimpan aku sekadar untuk dijadikan hiasan sedangkan hati kita telah jauh menyimpang. Jadi, biar aku yang meminta untuk aku dilepaskan. Biar aku disalahkan kerana aku yang meminta. Benar? 

 Untuk perpisahan kali ini untuk kita, biarlah yang terakhir dan kita tidak mungkin kembali seperti kita dahulu. Semoga kau berjaya dengan hidup kau dan aku perrcaya yang kau mampu berubah. Hargailah wanita seterusnya selepas aku menjadi penghuni dalam hidup kau. Jngan kau persiakannya selepas aku. Aku tidak mahu salahkan sesiapa. Bukan salah kau dalam perpisahan ni tapi mungkin takdir untuk kita tiada lagi. Mungkin kerana itu, kau mulai berubah begitu juga aku. Aku bersedia untuk selamanya tanpa kau lagi. Selamat Tinggal. Terima kasih wahai si teruna kerana kau pernah hadir menjemputku untuk hadir dalam hidup kau serta kau menghantar aku pulang untuk kembali hidup tanpa kau lagi. Dengan segala hormatnya budi bicara, kau menjadi kenangan silam buat aku dan selamanya. Aku hargai kau kerana kau pernah cuba untuk berubah walaupun hanya sementara. Do for yourself and never to do for another person :)



Finding someone to replace him? Oh waiting. Don't be like 'gelojohss'. Kena pilih yang betul-betul kali ni unuk terus bawa ke 'Syurga Cinta' Jyeahhh :)

I am :)

Assalamualaikum WBT :)
Hai Hai Hai !



  How are you dear? Sihat lah yaa? Amin. Okay first for all memang nak bagi tahu, aku rindu kau semua, kawan sekolah, cikgu sekolah, barang sekolah, adik-adik junior dan semua yang rapat dengan aku tapi sekarang dah berjauh dari mata. Nak buat macam mana, takdir yang memisahkan kita tapi Insya'Allah panjang umur kita jumpa suatu hari nanti yups?

  Hidup aku sekarang okay funny and chill. Tapi macam tak ada ruang untuk bernafas. Haha. Bangun pagi-pagi, jenguk muka family sekejab. Kalau waktu sekolah, aku bangun je, ayah tengah breakfast, mama sibuk mengemas, abang tengah iron baju kerja, izad tidur lagi, adik pulak tengah pakai baju sekolah. Lepas tu, bila aku keluar dari bathroom, ayah dengan adik dah pergi kerja dengan sekolah. Pukul 8 pagi aku dah keluar rumah. Kerja start pukul 9.30, pukul 8 aku dah keluar. Haha hebat tak hebat? Pekerja contoh ni what?! *Haha banggakan diri sekejab. Hewhew~ Bila hari Isnin, kebetulan lalu depan sekolah, ternampak adik-adik tengah beratur. Perhimpunan yaa adik-adik? Haha, teringat akak kat sekolah dulu dik. Serious rindu gila zaman sekolah. Aku sibuk lari kesana kesini nak settle kan assemblage. Tapi seronok kan? Terpandang sekolah pun teringat semua memori. Ahhh :) Rindu dengar adik-adik semua panggil 'kak aff!' Haha, main cepuk-cepuk. Kan? Pesan akak untuk adik-adik, belajar rajin-rajin yups? Kirm salam kat semua :D

  Sampai tempat kerja, aku rasa dah macam sekolah juga, Haha. Jumpa orang-orang yang pernah satu sekolah. Pehh, bosan nahh tengok muka hangpa.*hewhew. But so far okay. Tempat kerja yang tak bagi tension cuma sometime customer yang bikin suasana hangat menjadi tekanan. Benci tahu?! Tapi tapi tapi TAK APA! Assobaruminal Iman :) Geng sana semua okay sporting, gila-gila. Ilikeeeeeeit! Even waktu kerja panjang tapi bila dah semua sekaki sekepale, sebetis, sepeha, sebulu rasa waktu tu kejab aje berjalan kan? Tu maknanya saya seronok bekerja disanaa! Jangan lah jelouss :p Dan wahai manusiaa semua, dekat sini kami semua dah jadi big family. Kau ada? Tak ada kan? Haha. Aku adaaa :) Amboiamboi~

  Sejak dua menjak ni, selalu balik kerja lewat malam, kan ada warehouse, awak tak tahu ke? Tapi tak ada lah nak mengeluh sangat sebab seronok kan. Haha! Cuma balik rumah je mama dah kata 'pergi awal balik lambat. Kalau gaji tak beribu tak tahulah' amboi mak oi, sijil pun tak ada lagi ni mana nak dapat gaji beribu? Huhu, tak apa nanti dapat gaji kakak sumbat KFC dalam mulut masing-masing eh :) Insya'ALLAH :) Haa, bila balik dah lewat malam, kadang-kadang family tak tidur lagi, dapatlah sembang-sembang kongsi cerita dengan semua. Kadang-kadang jugak ada adik yang dah tidur. Tapi biasanya budak-budak ni suka tengok tv sampai lewat malam. Aku pun balik bukan terus tidur, uruskan diri dulu. Belum solat yaa solat dulu. Badan berbau, wangikan dulu. Haha. Perut bergendang, kitaaa makan duluuu. Jyeaaaahhh! Serious aku dah gendut. Asyik makan je, dah kerja ni asyik lapar ajee :D paling awal aku tidur pun pukul 12.30 :D 

  Eh okaylah koud, nanti ada story best best aku update lagi. Actually banyak lagi cerita, tapi taknak type dekat sini nanti kau orang bising. Dahlah suka jaga seluar dalam orang. Jaga tepi kain tak apa lagi. Huh. :p Take care. Kirim salam dekat mak ayah yaa geng yang awesome? Assalamualaikum WBT :)


Oh, I saw him and I feel something wrong lah baby. Oh yeay?! Tett. ##error## (Y)


Happy Belated New Year yuhuu!

Assalamualaikum WBT :)
hey haii Geng yang awesomee :) 


 Hoy Hai Hai! Sihat? Tak sihat pergi jumpa doktor, kalau takut, pergi makan ubat, kalau takut juga, cuba buat pilihan. Takut mati ke takut cegah penyakit? Huahua *ayat pedass! Apa apa pun, nak tanya ni, rasanya dah terlewat ke nak wish tahun baru? Maaf, tak sempat nak update blog. Jadiii, selamat tahun baru Two O One Two zommm! :)

 So tahun baru apa rancangan? Mesti sepsep, azam baru? perangai baru? gaya baru? kekasih baru? *haha amboiamboi~ Okay lahh jum shareshare. Azam aku? Aku ada azam, eh mestilah kena ada azam, tak ada azam, macam mana nak hidup. Azamkan sebahagian daripada rancangan hidup kita. Kan sayang kan? Azam aku apa eh? Oh sorry, azam aku biarlah rahsia yaa. Sorry tao. Tao tao? Kita taknak umumkan kat sini. Biarlah antara aku dan rahsia menjadi rahsia. Ha cemana itu? Azam tahun lepas, Alhamdulilah semuanya wanna be okay! Syukurlah :) Kau macam mana pula sayang? Share mai :))

 Tett, jum kita masuk bab lain nak tak? Pasal hati dan perasaan? Nak ke taknak? Kalau taknak, tutup mata. Jangan baca! Ha sibuk lagi nak tahu tu? Okaylah boyboy and girlgirl semua. Aku nak bagi tahu, dah tahun baru ni, please ubah sikap boleh tak? Aku pun tengah cuba ubah persepsi about 'LET THINK POSITIVE'. Janganlah gaduh-gaduh lagi pasal laki lagi jahat. Perempuan lebih better dari laki. Takmau hah! Jomlah kita sama-sama fikir positif, jangan nak salahkan orang lain 24 jam. Kita tengok salah dekat diri kita dulu. Kalau boleh, jangan tuding jari dekat orang lain. Okay? Sebenarnya, laki kee perempuan kee sama ajee :) Tak ada yang sempurna dekat dunia ni.Bagi sesiapa yang tak puas hati tu, yaa sudahlah~ Let gone be by gone.

 Ha lagi satu aku nak kasi tahu, aku NEVER FALL yaa! Walau apa pun terjadi biar tersimpan dalam hati dan aku takkan mudah jatuh! Serious aku sakit bila kena dan aku akan pastikan aku takkan mudah untuk jatuh tersungkur. Okay, bagi adik adik, selamat kembali ke sekolah :) Belajar rajin rajin. Assalamualaikum WBT.



Yang ikhlas tak nampak dimata tapi dihati. Yang setia tak nampak dari paras rupa tapi dihati. Yang cinta bukan datang dari nafsu tapi datang dari hati dan jiwa :)