♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

S H I P :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah kewajiban*



     Dear sahabat, apa khabar? Harap semua sihat walafiat. Aku? Alhamdulillah sihat. Latihan Industri, okay semua okay. Eh okay ke? So far, insya'ALLAH okay. Semoga baik-baik. Stress, tension, tertekan. 'Spell' yang berbeza, sebutan yang berlainan tapi membawa makna yang sama tu perkara biasa untuk kanak-kanak yang digelar sebagai "PELAJAR PRAKTIKAL". Orang kata, kat sini lah kita rasa dunia berhenti sekejab untuk pelajar latihan industri. Eh yeke? ( Half / Half ) Hanya senyuman aku mampu bagi. Biarlah apa yang terjadi, semua di dalam hati. Yang aku tahu, bahagia tercipta. Pheh! Sebab hari-hari aku balik rumah, hari-hari aku tengok muka ma ayah. Ada anak buah aku. Sakat adik-adik aku kat rumah. Lepastu nak tambah lagi boleh? Aku rasa dekat dengan *si dia* walaupun kita tak berjumpa. Orang kata, kalau bercinta, tak dapat tengok muka, tengok bumbung rumah pun jadi. Kan? Dapat lah, hari-hari aku pergi balik kerja tengok bumbung rumah dia. Kan sweet. Kalau berjumpa 'face-to-face' orang kata tak elok. Tak manis. Tapi darah manis ni. Ehh..

     Minggu ni aku sedih wey sedih. Minggu ke-12 aku kat sini sebab orang lain yang dah nak habis praktikal, aku yang sibuk 'countdown' hari dia dan aku nak habis latihan ni. Dia habis Jumaat ni. Gadis bergigi besi. Amalya (AMEL). 'Serius talk', aku rasa ngam dengan dia maybe sebab kita dekat  Jabatan yang sama dengan aku. Kau tolong aku, aku rasa okay kau guru aku. 'Thanks dear' sebab sudi turun kan ilmu. Dia ni 'open minded', pendengar yang baik. Tak stress aku kawan dengan dia. Bukan dia jela, ni ada lagi kawan-kawan aku kat sini. Aku 'mention' nama dia sebab dia 'partner' aku dekat jabatan ni. 'Serius talk again', aku rasa tak sabar nak habis! Aku siap kira hari bila aku nak habis, aku bagi tanda. Now, tinggal 59 hari. Pheh lamaaaa! Kenapa lama sangat :'( 

      Aku berharap, dengan pemergian Amel nanti, 'nobody' boleh bezakan aku dengan dia. Aku is aku. Maaf aku tak boleh jadi macam dia. Kerja dia 'perfect', kalau aku 'unperfect', tolong tegur aku dan ajar aku. Bukan sebaliknya sebab aku 'PELAJAR' yang perlu di ajar kerana aku disini untuk mengutip ilmu. Sebagai sifu, be a excellent mentor! Itu harapan aku. Kerana perkara ini, aku rasa setiap pagi aku sebelum pergi kerja, fikiran aku "Hmm, agak-agak apalah yang berlaku hari ni? / Apa masalah yang aku kena hari ni? / Apa lah agaknya persepsi orang pada aku agaknya hari ni?" . Berharap agar semuanya licin untuk aku meneruskan perjalanan.

    Ni aku nak kongsi. Sekarang ni aku tak tahu aku rasa tumpang bahagia ke, aku 'touching' ke, kecewa ke apa-apa ke. Apa pun, tahniah awak sebab awak bahagia sekarang. 'Statement' awak di laman sosial membuat kan bila aku membaca, aku rasa aku perlu menyatakan "Aku minta maaf sebab aku tak mampu bahagiakan kau sebagai kawan bukan sahabat yang selalu kau maksudkan walaupun kau cuba 'blend' ayat. Aku terasa tapi aku bahagia kerana kau jumpa kebahagiaan yang kau cari selama ni. Kalau dulu kau dengan aku, tekanan yang kau dapat. Kenapa eh? Mungkin aku dengan kau, aku kaku. Aku minta maaf sangat-sangat. Sekarang, kau dah jumpa sahabat yang mampu buat kau gelak hari-hari. Ketawa hari-hari. 'HAHA' hari-hari. Kau dengan aku, cekeding. Sekarang kau 'bahagia'. Jagalah diri kau baik-baik. Jaga hati kau. Jaga iman kau." Selama ni aku cuba berfikir. Aku cuba cari jalan. Macam mana aku nak buat kau bahagia. Buat kau tak rasa tertekan. Tak buat kau rasa monyok. Tapi kini, jalannya berada pada diri kau sendiri. Kau jumpa jalan bahagia. Aku tersenyum tumpang sepeha, sehati dan sejiwa. Dalam masa yang sama aku berasa kekurangan pada diri aku untuk menjadi kawan apatah lagi sahabat kau. 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.

Untuk menjadi sahabat yang baik itu tidak mudah seperti yang kita jangkakan. Kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk dirinya tapi tidak baginya menerima kehadiran kita seperti apa yang diminta. Kerana kita tidak mengerti apa yang diinginkan dan kadang kala apa yang diinginkan bukan mudah untuk kita turuti walaupun kita cuba. Sahabat itu pebimbing disaat kita keluar dari rumah tanpa ibubapa. Sahabat pendorong memandu kita ke syurga :) Salam ukhuwah Fillah :)