♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

Next step for my future :)


Assalamualaikum WBT.

Jawab jangan tak jawab.
Kan memberi salam itu sunat dan menjawab salam itu adalaha wajib. Hewww :)



Hai all my dear yang awesomee! Tengok sikit mukaa? Auhh rinduuu :))
Apa khabar? Sihat? Hahaa.
Hopefully kauorang semua sihat walafiat hendaknyaa yaaa dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Insya'ALLAH :)

Okay,
Dah lama kok tak update blog. Haha bukan busy tapi tak ada mood nak buat entry.
Malas? Mungkin! Hahaa. Penyakit itu lebih kuad menguasai diri.
Bila penyakit M & L datang, tak boleh feeling ayat nak keluar dari jiwaa.
So entry untuk kali ini bukan kisah hati tapi kisah langkah kehidupan saya yang seterusnyaa.
Lailailai jum jum come comee ta'ala ta'ala !
Berminat nak tahu? Lets go to read! Dun want? Go outside from my entry! Haahaa.
Sama sekali tidak memaksa.

Alhamdulillah,
Segala puji bagi ALLAH SWT atas anugerah yang diberikan.
For your information my dear,
I received an offer for futher study.
Even tempat yang saya nak study ny sama sekali bukan yang saya fikir pun,
tak pernah sama sekali saya merancangnya,
Tapi inilah yang dikatakan rezeki ALLAH untuk kita ada dimana mana :)
Let just said 'We plan and Allah determines'.

Pada mulanya, agak kecewa juga bila permohonan UPU tak dapat.
Sedih :(
UiTM pun tak isi borang.
Kecewa :(
Politeknik pun tak apply.
Terasa rugi, sentap, kecewa, sedih sangat! :((
Buat rayuan untuk UPU, okayy tak salah teruskan usaha. Kan?
Lepastu nekad, Julai nanti isi juga borang untuk UiTM! Very interested dengan UiTM! Hahaa.
Okay, my partner worker 'Izzati' dapat Politeknik. Kos Pengurusan Pelancongan di Politek Sultan Idris Shah.
Then, beliau ny,  Okay 'beliau' ny suruh saya check nama saya koudkoud lah naik. KATANYAAAA!

Deyyy,
manalah nama nak naik kalau tak mohon punn! Hahaa.
Then lepastu, ternampak button 'rayuan'.
Auww auwww!
Gatal tangan pergi klik.
Sekali boleh tekan daaaaa.
So dengan rasa suka hati, memang hobi suka online application.
Time tu pun takda kerja, boringg. So sukalah saya ny mengisi borang dengan tanpa harapan pun untuk poli.
Dengan nawaituu sesuka jaaa :D

Malu pluss segan.
Bila semua orang dok tanya study kat mana sekarang.
Hayoo pacik ,macik, acik, abang, kakak, adikkk! Saya belum ada rezeki nak study.
Haha kerana terlalu memilih tempat. Eh yaaakaaa? :p
Dapat form six, takmau pergi. Tak berani! Yesss! Pendirian dari dulu lagi.
IPTS melambak lambak! Takmauu, saya tak kayaaa!
Nak IPTA jugaaa! Dengar takkk? I want I P T A ! :D
Memang ada kawan yang kata, gilaa kau Af nak tunggu sampai november baru study?
Hihi.
Mulamulaa agak gusar lah bila kena push cam ny.
Terasa nak study awal pulaa.
So macam dah kena lupakan hasrat untuk IPTA jaa.
Dah pasang niat untuk pergi ke UNiSEL dalam kos 'Pendidikan awal Kanak-kanak'
Okay nak jadi cikguuu! Yeaaaaa :))
Tapi fikir fikir balik. Aaaaa, sabarlah dulu. Tunggu lah dulu.

Rayuan UPU okay tak lepassss!.
Relax sudaaa, ada anak kawan ayah 9A pun tak dapat memana lagi. Haha.
Setakat 4A cm ny, memang susah nak laku kemana kan. Belum ada rezeki lah katakan *nak sedapkan hati.
Heeeeewwwwww :))

Okayy!
Alhamdulillah tiba tiba seorang Encik dari pejabat pengambilan pelajar bertanya,
"Betul berminat kee nak masuk UiTM?"
Yaa berminattt!
Then, dia kata keputusan okay.
Kalau berminat memang ada kuota kosong untuk UiTM tapi jauhlah dekat Sarawak. How?
Hayoyo!
Kata Izzati, jumlahhh pergi. Okay Alhamdulillah dah dapat.
But!
Kami dapat tahu 14 Junee (Khamis)
Pendaftaran 19 June (Selasa)
Kesuntukan masa yang amat!
Minta postpone date, tak dapat.
Call sana sini, busy lah not in coverage bagai!
Okay nevermind, bukan rezeki kita untuk bersama wahai si Izzati :)
Okay dah wish for my dear friend,
Aku lepaskan kau pergi. Pergilah poli sana.
Takpa, biarkan aku sendiri menuggu UiTM intake november nanti. Belajar elok elok di poli sana.
Jangan salah pilih kawan tauuu.
Sedihh! Sekali lagi terpisah dengan sahabat yang saya rapat.

Tanggal 21 June,
Saya tengok sahabat saya 'Kamarul Baharin' yang senasib dengan saya.
Turut berharap pada UiTM telah pun berjaya mendapat tawaran sambung belajar dipoli!
Tahniahhh!
Sedangkan dia tak mohon just klik rayuan.
Sesame street lah kitaaa!
Sekali  tu terus terasa nak check juga nama kat poli.
Okay klik, tak berjaya!
Hmmmmm. :(
Mama pun dah kata, nama kau ny kena block agaknya!
Sekali lagi,
tak puas hati, masukkan balik no ic!
Ya Allah, Allahuakhbar!
Alhamdulillah.
Berjayaaa!
Politeknik Sultan Idris Shah, Sbaak Bernam.
Pengurusan Pelancongan.
Eh ehh, sama dengan yaya? Opss Izzati Nadia. Hahaa.
Mama excited! Huyyo.
Alhamdulillah ada kawan samaa.
Alhamdulillah memang rezeki kita untuk bersama sama.
Tak jadi pisahlah kita ek?
Baru ejek, kenapa kau dapat dekat sangat sangat!
Lastly kena batang hidung sendiri.

Ayah kata,
Ny lah hikmah kenapa tak dapat tawaran.
Ada rezeki dapat study dengan kawan yang rapat.
Dekat.
Kalau takk, kan dah tercampak jauh kat Sarawak!
Nak balik pun susahh!
Allah nak bagi yang lebih baik dari ituu.
Belajarlah elok elok :)

Thankyou ayah, mama :)
I LOVE YOU! <3
Insya'ALLAH i will do the best for our family.
Just for youu all and my future :)

Also to my friend, Izzati!
Thanks for help managing the affairs I do not understand.
Thanks alot!

Okay.
Saya akan pergi bersama si beliau pada 8 Julai 2012 pada hari Ahad :)
Doakan kami semoga berjaya mencapai apa yang dihajati.
Serta doakan kami agar kami sentiasa berada dijalan kebenaran jauh sekali hindarkan kami dari anasir anasir kejam diluar sanaaa!
Amin.
Insya'ALLAH.
Terima Kasih semuaaa :)





Pesanan Istimewa, Jangan suka memilih dengan apa yang kita impikan. Jangan sesekali bergantung harap pada sesuatu yang tidak pasti. Jangan terlalu bergantung harap pada orang tanpa kita usaha sendiri. Sesekali pun jangan pernah berputus asa mahupun berpaling TAPI berusaha dan berpijak pada bumi yang nyata. Biarkan apapun orang nak kata. Buktikan keyakinan diri, Jati diri kita. Sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang yang mengambil pandang positif dari orang lain dan menjauhkan apa yang negatif yang seringkali dipertikaikan oleh anasir anasir kejam ituu! Jadikan ia semangat untuk membangkit!Percayalah, rezeki Allah SWT untuk kita ada dimana mana. Cepat atau lambat itu kan TAKDIR! ^^ Selamat Maju Jayaaaa! Keep in touch dearrr :) Assalamualaikum :)


R I N D U




Assalamualaikum WBT :)
Jawab jangan tak jawab wahai saudara dan saudariku :)

Subhannallah Ya ALLAH.
Adakah ini dugaan dan ujian aku dari MU?
Andainya ia satu ujian daripadaMU, kuatkanlah aku untunk menghadapinya.
Cekalkanlah, tabahkanlah hatiku Ya Rabbi.

Jujur,
Aku merinduinya.
Aku rindu untuk menatap matanya,
Aku rindu untuk menatap senyuman yang terukir dari bibirnya,
Aku rindu gurauannya apabila kita bersua muka,
Aku rindu saat dia menemani aku.
Aku rindu gelak tawanya.
Aku rindu untuk melihatnya semua berlaku dihadapanku.

Hati,
Sabarlah, Kuatlah, Yakinlah.
Sesunguhnya SABAR itu pasti ada buah dan hasilnya.
KUATkanlah,
Andainya kau kuat, pasti terbukti kuatkah ikatan cinta itu.
YAKINLAH bahawa rindu itu membangkitkan lagi keutuhan ikatan cinta.

Dengan RINDU itu mengajar kita mengenali erti perpisahan sementara untuk kita bersedia menghadapi perpisahan seterusnya.
Tapi aku pohon,
pisahkan kami dengan kerinduan ini dan jangan pisahkan kami dengan kerinduan yang terlalu lama,
kerinduan yang tiada ubatnya.
Aku pohon,
Jangan jadikan kerinduan ini lebih daripada kerinduan ku terhadap kekasihMU, Ya Rasul
Dan juga rinduku pada MU Ya ALLAH.

Sayang,
Aku merindui dirimu,
Maafkan aku andai kita tidak dapat bersua,
Bukan salah dirimu tapi diriku yang terbatas untuk menemui dirimu.

Cinta,
Yakinlah pada diriku, 
Dengan rindu ini,
Ikatan cinta aku pada dirimu semakin utuh,
Dititipkan dengan kesabaran hati,
Kuatkan hati kita agar saling mengerti dan mempercayai,
Aku tetap setia menanti,
Begitu juga dengan dirimu.

Kasih,
Harapanku,
Suatu hari nanti tiada lagi halangan untuk kita,
Pasti kita akan bersama,
Sentiasa, Selalu dan Selamanya.
Itu janjiku padamu.
Dengan Izin Allah SWT.

Insya'ALLAH .





Tuhan, Jagakan dia. Dia kekasihku yang tetap milikku. Aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi. Setulus hatiku. Ya Allah, jagakan mereka setiap insan yang aku sayangg. Mamaku, Ayahku, Ahli keluargaku, Sahabat andaiku yang seperjuangan denganku dan bakal imamku.Kau lindungilah mereka bagi diriku. Pimpinilah mereka kejalan Mu Ya Allah. Andainya mereka sesat, tunjukkan Nur HidayahMU. Aku mohon Ya Rabbi, jagakan mereka untuk diriku. Aku sangat menyanyangi mereka dan aku tidak mahu kehilangan mereka walaupun sedetik. Aku tidak kuat tanpa mereka. Amin Ya Rabbal Alamin :)