♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R
R A S A S A Y A N G ' E H
CERITA TAK MUNGKIN BASI
C e r i t a C u t i : )
CHAK CHAK CHAK BAAAAAAHH :)
ASSALAMUALAIKUM WBT ;)
Assalamualaikum Semester 2 :)
P E L A N G I

SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah satu kewajipan*


Syukur Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi dengan nafas dan kurnianya kepadaku dan juga orang-orang sekeliling ku. Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435 Hij bersamaan 14 Januari 2014. Hari ni dah 15 Januari bermakna aku lewat sehari lah kan. Tapi tak apa lah kan. Hee.

Dengan ucapan Maulidur Rasul, semoga tema pada hijrah kali ini "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" dapat direalisasikan dengan jayanya. Dengan bersatu padunya antara kita sesama umat Islam. Insya"ALLAH. Moh kita bersama-sama menjaga imej agama kita. Tunjukkan ketinggian kesucian agama kita. Pelihara agama kita. Hargai pengorbanan Nabi utusan terakhir kita, Muhammad SAW. Kerana kita ummat terakhir yang perlu dan mesti memelihara dan mempertahankan agama kita hingga akhir akhirat kelak. Sungguh, aku teringin melihat wajah Ya Rasulallah. Semoga kita bersama-sama diberi peluang untuk bertemu dengannya di Syurga nanti. Aamin. Insya'ALLAH.

Bila tiba hari Mailidur Rasul, pertama sekali aku akan ingat okay birthday mama dalam tahun Islam. Selamat Hari Lahir mama. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati hari-hari mama sebagai seorang ibu dan isteri yang solehah, Aamin.

Perkara yang kedua, aku akan ingat zaman sekolah. Sekolah rendah pada awalnya dimana apabila tiba waktu Maulidur Rasul, sekolah pasti meriah. Meriah dengan sambutan memperingati peristiwa kelahiran baginda. Apa yang meriah? Meriah sebab ada perarakan. Boleh pakai baju raya tahun lepas. Haha. Kawan-kawan masing-masing tunjuk baju raya diaorang yang cantik-cantik. Amboi amboi kemainnnnn! Kalah cikgu-cikgu kat sekolah. Heee.

Kalau dekat sekola menengah pula yang seronoknya masa Mailidur Rasul ni, panitia Persatuan Pelajar Islam akan mengadakan macam-macam aktiviti program yang berkaitan dengan Maulidur Rasul. Antaranya buat banner. Buat banner ni best, Kita ada group. Pastu kain rintang ustazah akan bagi pada setiap kumpulan. So kita design! Yeah! Group mana paling cantik, paling kretif, paling kemas, paling menarik, dialah pemenangnya. Kemudian, banner tu pihak sekolah akan gantung dekat bangunan sekolah sempena Sambutan Maulidur Rasul. Agak bangga bila hasil kita tu ditayangkan ketika perarakan sebagai sepanduk. Waaaah! 
Buat khat. Tilawah al-Quran, semua join. Best tau. Tak kisahlah about menang ke kalah ke. Bila kita join, rasa macam seronok. Hasilnya kita berjaya. Alhamdulillah. Seronok tahu naik atas pentas ambil hadiah. Hehe.

Nak tahu apa lagi best? Bila datang sekolah, then dapat tahu yang that day ada ustaz akan datang buat ceramah kat surau. Huraaaay! Takde class untuk satu hari. No tension tension. Balik rumah takkan ada homework! Lagi lagi matematik. Hehehe.

Serious, durious, teriousss!
Bila aku praktikal ni, aku rindukan zaman persekolahan. Rindu leteran cikgu-cikgu.
Sungguh! Leteren cikgu tu lebih sweet. Begurau senda dengan cikgu.
Rindu homework. Dengar, faham, tulis, ingat. Buat latihan buat buat buat, tak dapat jawapan. Cari cari dan terus mencari akhir sekali walau kita salah pun, cikgu akan bagi tahu jawapan pada akhirnya. 
Seronoknya hai. 

Rindu kawan-kawan sekolah. Gelak tawa. Bermain-main. Begurau senda. Subhanallah! Rindunya dekat kauorang. Sekarang nak jumpa pun susah. Yang dekat-dekat pun susah nak jumpa. Bila sorang free, sorang sibuk exam. Bila sorang free, sorang sibuk kerja. Hmm. How can?
Selagi kudrat dan belum kaya, selagi itulah masih ada kekangan untuk kita bersua.
Aku rinduuu zaman sekolah :(

Kena marah dengan cikgu, tak apa. Sebab best. Cikgu bebel bagi input.
Kena buat homework banyak-banyak, tak apa. Sebab homework ada tunjuk ajar dan ada jawapannya.
Bergaduh-gaduh dengan kawan, tak apa. Sebab kita sesama enjoy in learning. Tak fikir pun masalah lain. Yang tahu, belajar, belajar, belajar, enjoyyy dalam classss! :))


Masa lalu selalu mengingatkan kita untuk merinduinya. Masa lalu bila ada dengan kita, kita minta agar masa depan menghampiri kita. Bila kita telah berada dimasa depan yang selalu kita impikan, kita rasa masa lalu itu ada lebih maknanya. Jadi, setiap masa kita adalah berharga maka kita sebagai pemain masa,hargai setiap masa yang sentiasa berada dengan kita. Kerana yang lalu tetap akan berlalu. Yang pasti, kita perlu kejar masa seterusnya :)