♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R
R A S A S A Y A N G ' E H
CERITA TAK MUNGKIN BASI
C e r i t a C u t i : )

Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah wajib wahai saudaraku*


     Ehem ehem ehem. Apa khabar? Semoga semua sihat walafiat. Aku sihat, Alhamdulillah. Walaupun di saat ada golongan ahli keluarga, kawan-kawan yang tak berapa sihat disebabkan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ni tapi aku syukur pada ke hadrat Illahi kerana diberi kesihatan dan kesejahteraan. Terima Kasih Allah :) 

      Sebelum memanjangkan cerita dan mencoret kemana-mana, hem hem hemmm. Kita sedia maklum yang negara kita telah digemparkan dengan kehilangan pesawat MH 370 pada waktu awal pagi 8 Mac 2014. Oleh itu, aku nak ucapkan salam takziah kepada ahli keluarga bagi penumpang mahupun ahli keluarga petugas MH 370. Walau apa pun yang terjadi, kita masih boleh usaha, usaha, usaha dan terus usaha untuk mencari mereka. Insya'ALLAH dengan rasa yakin dan semangatnya aku percaya dengan kuasa ALLAH, tiada siapa yang tahu keajaibannya. Moga ALLAH SWT permudahkan segala usaha pencarian kami untuk MH 370. Kepada mereka yang suka akan teka-teki, sudah lah. Hentikan spekulasi! Kesian pihak atasan mahupun rakyat yang lain yang menanti kebenaran. Jangan memeningkan dan menyukarkan lagi kerja mereka. Pleasee, saya merayu.

     Okay, rasanya dah boleh back to my topics! "Countdown Day" ! Yess, saya sedang menghitung hari ni wahai awak awak sekaliannnnn! Yabedaaaaah bedah cek bedah! Joget joget ~~ *macam shinchan* Okay stop! Hari ni 1 April 2014. Makanya secara rasminya tinggal 17 hari lagi aku nak habis praktikal. Tolak Sabtu Ahad, makan, minum, tidur, main enfun semua, sila jumlahkan? Yess, tak sampai 10 hari pun sebenarnya. Cepatnya masa berlalu. Eh taktaktak! Lama sangat. Walaupun tempoh latihan industri hampir menamatkan riwayatnya TETAPI aku rasa tak tenang sebab masih ada the next step. Dengan presentation, final report. Oh My ALLAH! Tolong berada disisiku di saat senang dan susahku. Bantu aku. Kuat kan aku. Semangat aku. Jauhkan aku daripada setan-setan yang menyesatkan aku. Aamin Aamin Aamin.

     Cerita pasal LI ni, memang dah lama sangat-sangat aku tak jumpa dengan sahabat-sahabat aku. Tak kira lah sahabat poli sekelas ke, sekolah rendah ke, menengah ke tadika ke. Kemain susah aku nak jumpa! Sebab masing-masing buat hal sendiri. Apa boleh buat. Tapi ada hikmah kut, sebab aku dah kopak habis! Ingatkan sem 4 ni dapatlah aku berjimat-cermat. Dapatlah didik diri aku jadi macam zaman comel-comel aku dulu menabung. Aih, baik je dulu-dulu. Eh sebenarnya nak cerita, hari tu ada MATTA Fair Selangor. Minggu lepas. 21-23 Mac 2014. Okay, aku terjumpa kawan-kawan aku yang praktikal kat tempat lain. Apa aku nak cakap is, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sahabat ku. Mereka berhijrah. Kalau dulu dia hanya gadis biasa tapi kini dia gadis luar biasa. Bukan setakat dua tiga orang tapi ramai sahabat aku dah berhijrah. Alhamdulillah. ALLAH, aku maluu :( Bila aku nak jadi macam mereka eh? Bukan aku tak cuba, aku dah cuba tapi kenapa aku macam tak mampu macam diaorang eh? Kenapa eh? Setiap kali aku nak cuba usaha macam tu, ada satu bisikan kata "Buat apa hipokrit! Jadi diri sendiri je. Sebab tu ikhlas dari hati." Eh eh, aku cuba tepis! Janganlah macam ni. Ni bukan hipokrit ke apa. Kadang-kadang memang kena jadi hipokrit pada diri sendiri supaya kita sendiri boleh jadi kebiasaan. Kita cuba usaha. Yang penting jangan jadi hipokrit dan show pada orang lain. Orang selalu kata, biar orang pandang kita keji, asalkan baik di pandangan ALLAH. Bagi aku, 80% aku boleh terima. Selebihnya tidak. Sebab, sebaik-baiknya biarlah kita ni senang di mata orang lain juga supaya hubungan kita sesama manusia turut terjaga. Kan? Tapi selebihnya biarlah orang nak menilai, kita dah usaha berbaik dengan mereka. Hak penilaian kita serahkan pada urusan dia dengan ALLAH. 

     Aku ni bukanlah orang jahat. Eh mana ada orang jahat nak mengaku dia jahat kan? Not my meaning! Aku juga bukanlah orang yang baik-baik. Aku seorang manusia, gadis yang biasa. Tak tahu bila nak jadi luar biasa. Aku pernah cuba untuk jadi macam Diana Amir, Yatt Hamzah dan mana-mana muslimah yang telah berhijarah. Okay, tu tak bermaksud aku nak jadi macam mereka sebji-biji! Tolong buang segala negetif thinking di kotak fikiran awak. Just want to be myself and they're my idol. Mungkin aku boleh jadikan mereka sebagai sumber inspirasi. Kan? Insya'ALLAH. Tapi aku tak tahu mana aku nak dapat kekuatan aku tu. Alhamdulillah, memang perlahan-lahan kayuh. Aku bersyukur kerana aku masih menjaga pergaulanku, maruah keluarga aku semua tu Alhamdulillah terjaga. Tapi untuk jadi gadis yang dipandang mulia oleh ALLAH..... ALLAH. Aku maluuu dengan MU, dengan kawan-kawan yang pakai tudung labuh. Yang berjubah. Yang berniqab. Yang memakai handshock always. Aku cuma pakai tudung bawal biasa dan kelepet-kelepet macam karipap then aku pin kiri dan kanan. Aku pakai handshock bila pakai lengan pendek je. Bila lengan panjang, aku tak pakai. Kononnya lengan dah panjang, tak perlu pakai handshock tapi aku sedar, kadang-kadang terselak. Afzanita, tau tak, tu aurat! Aku tahu, tapi kenapa aku tak pakai gak even tu lengan panjang? Stokin lak, kalau pakai kasut bersarung baru pakai stokin. Kalau keluar depan rumah tu pakai selipar, slumber jela aku pakai selipar. Tak pakai stokin pun. 



     Comel je kan kartun muslimah kat atas tu. Aku teringin nak pakai macam mana Irine Nadia Marcello ( irinenadia.blogspot.com ) bukan sebab dia comel ke cantik ke apa ke. Walaupun memang dia cantik dan comel orangnya. Hehe. Tapi pakaian dia buat aku rasa tenang. Aku suka tengok dan aku cuba nak berpakaian macam tu tapi kebanyakannya semua mahal-mahal belaka. Aku bukan nak berfesyen tapi aku nak berpakaian yang nampak aku seorang berkeyakinan, kemas, sopan dan indah pada pandangan ALLAH. Aku tak suka selebet selebet. Aku sendiri pantang tengok orang berselebet. Aku punya prinsip its easy! Tak cantik tak apa, asalkan kemas. Bila kita kemas, tu dah cukup menampakkan kita cantik sebenarnya walaupun sebenarnya kita tak cantik. TAPI ! Ciptaan ALLAH semua indah, sayang. Macam aku sendiri pun, pandangan aku pada laki-laki, mereka tu biar tak hensem tak apa. Please, kemas! Biar sedap mata memandang. Orang pun berkeyakinan untuk berurusan dengan kita. Itulah aku. 


     Walaupun aku bukan orang yang baik-baik. Bukan yang sempurna tapi aku sedikit terkilan dengan beberapa wanita Islam yang kadang-kadang memalukan diri sendiri dan terkadang aku sendiri malu. Jika awak berpakaian yang sempurna, jagalah imej dan keperibadian seperti pakaian awak. Bukan menunjuk, bukan menayang, bukan hipokrit, bukan riak. Ikhlas kerana ALLAH. Istiqamahlah. Nawaitu Lillahita'ala. Tu penting. Kerana awak mungkin menjadi mentor kepada mereka yang ingin berubah. Insya'ALLAH mungkin salah seorang nya saya. Jadi, awak sepatutnya tunjukkan keperibadiaan yang mulia. Sama-sama ya ^^

     


     

     Maafkan aku sekiranya luahan aku, bagi kau rasa tak senang duduk. Macam-macam perkara lagilah yang mengganggu hati awak tu something wrong. Tapi ini apa yang aku rasa.

     Sebelum aku akhiri updated today, aku nak ucapkan salam takziah kepada sahabat seperjuanganku ketika di zaman sekolah menengah. Mohammad Hadi bin Hashim. Gelak tawa kau, masih dalam kotak ingatanku. Pertemuan terakhir kita, masa aku bertugas jaga booth pameran di Karnival Usahawan Muda di Kapar. Booth aku betul-betul belakang gerai mak kau. Aku tengok mak kau, cam kenal je. Sekali aku nampak ayah kau. Yess, aku kenal ayah kau sebab ayah kau punya trademark easy! Misai Tok Mudim. Aku boleh cham. Yess, he is hadi's father. Tengahari tu, aku nampak kau! Tak teragak-agak kau pun nampak aku. Sekian lama kita tak jumpakan? Berbulan. Mungkin bertahun? Kadang terserempak pun jarang bertegur. Senyum dari jauh. Kau tak pernah tarik muka dengan aku even kau ada masalah pun. Masa terakhir tu, hujung bulan 12. Kemain pampum pam pum pam pum kita cerita. Macam-macam! Kau smart masa tu. Pakai kasut baru eh eh eh? Sampailah kau cakap, kau nak pergi makan dulu and kau suruh aku tunggu. Nanti jumpa lagi. Sempat juga kita bergambar kan? Tulah kali terakhir :( Aku minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan kau. Aku tak tunggu kau. Aku terus balik sebab jadual kerja aku dah tamat masa tu. Maaf maaf. Ayah aku dah tunggu. Aku terkejar-kejar. Tapi kita sempat bertukar twitter. Sempat berborak. Bergurau. Kau pergi meninggalkan kita semua pada 28 MAC 2014 (Sabtu). Aku terus buka akaun twitter kau. Aku orang ketiga terakhir yang bertweet dengan kau kat twitter. Hadi, minta maaf sebab aku tak dapat jadi sahabat yang baik untuk kau. Kau orang yang baik. Dan ALLAH lebih sayangkan kau. Semoga kau aman di sana. Semoga kau ditempatkan digolongan orang yang beriman dan soleh. Aamin. AL-FATIHAH Mohammad Hadi Bin Hashim.
   
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.

"Kun Fayakun". Jika ALLAH berkata, "JADILAH", maka ia TERJADI.