♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R
R A S A S A Y A N G ' E H
CERITA TAK MUNGKIN BASI

FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.

DISEMBER 2010 - 02 APRIL 2014
FERRA JULIES FERNANDES 

       Tarik nafas dalam-dalam. Kuat kan semangat untuk cerita tentang Ferra atau nama timangan Pek Hah. Hee. Okay aku dah boleh tersenyum. Ferra Julies Fernandes nama diberi oleh aku. Walaupun binatang peliharaan ni bukan milik aku pada asalnya. Bukan aku yang beli tetapi pemberian seorang insan yang pernah menyinggah di hati ni untuk sementara waktu. Mungkin dia bagi bukan sebab hadiah kerana sayang or what. Past is past. Tapi aku nak flash back sempena memperingati my love pet

       Bismillah. Masa aku form 4, masa tu tengah up, ribut, hebat mengenai haiwan exotic ni. SUGAR GLIDER. Haiwan ni memang jinak. Haiwan ni memang comel. Haiwan ni hanya lekat pada tuan dia sahaja. Okay, si 'dia' ni tertarik dengan haiwan ni. Dia nak beli. Tapi aku kata, jangan membazir. Simpan duit. Lagi pun, bukan dia ada masa untuk binatang ni. Dia kata, tak apa. Dia boleh spent time dengan binatang ni. Tahu-tahu, dia dah beli. Nak buat macam mana, duit dia tak apalah. Bukan duit aku. Tapi, dia minta aku bagi nama kat binatang ni. Aku tertarik nak bagi nama "Ferra" sebab aku rasa unik. Tak ada lah asyik Comel, Kitty, Momo, Chichi and else laa. Kebetulan kat iklan, ada iklan biskut "Julies" , hehe. Aku taram lagi tambah nama. Lepastu, teringat pula nama Pengarah AirAsia nama Fernandes. Aku tokok kan tambah kan kan kan kan kan lagi. Hehe.  Then terjadilah Ferra Julies Fernandes. Dia jaga dan jaga sampai satu masa tu, dia nak pergi PLKN. Nak dijadikan cerita, dia suruh aku jaga untuk sementara. Mula-mula aku risau. Macam mana ni. Aku bukan pandai pun nak jaga benda-benda ni semua. Macam mana dengan mama? Ayah? Diaorang mana suka bela binatang dalam rumah kecuali ikan. Kang berak dia lagi kang. Petang tu, dia hantar si Ferra ke rumah aku dengan sangkar-sangkar sekali dia kasi. Dia cakap, Ferra ni okay. Nanti dia dah kenal tuan, dia manja. Makan pun tak cerewet. Dia makan epal, buah-buah. Aku cuma oh okay. Aku ngintai-ngintai dalam sangkar tu. Mana Ferra nya? Pastu dia keluarkan Ferra dalam poket seluar jean dia. Dia suruh aku pegang. Errr, tak berani. Mama pegang okay je. Aku ada idea nakal. Aku terus cakap kat mama, "haa, mama. Dia okay dengan mama lah. Mama lah jaga dia ya. Hehe." Aku tengok mama macam tak ada masalah nak jaga binatang ni. Sebab tahi Ferra ni macam tahi cicak je. Kecik. Bau pun tak ada. Tinggal nak fikir, macam mana pula ayah?

       Tak lama tu, ayah balik. Ayah tengok. Ayah kata, "eh comelnya. Tikus apa ni?". Aku pun kata, "hish ayah ni. Takkan lah nak bela tikus dalam rumah. Ni Sugar Glider laa. Haiwan Exotic." Ayah pun tengok. Ayah interview macam-macam lah. And last, Alhamdulillah. Ayah okay. Hee. Aku rasa happy sangat sebab ayah izinkan untuk jaga dia. Now, cemana aku nak jaga Ferra ni kalau aku tak berani pegang. Aku baru sentuh sikit, dia dah bunyi. Marah kut sebab aku ni bukan sesape nak sentuh-sentuh dia. Bunyi dia macam start enjin kereta. Hehe. Aku sentuh lagi, banyak kali juga aku hampir kena heart-attack terkejut dia bunyi. Pastu aku bagi dia makan. Aku usap-usap badan dia, kepada dia. Bulu dia lembut sangat. Aku cakap kat dia, "Awak, start from now, I'll take over him for you." Pastu aku fikir jab, "err, sampai bila aku nak jaga dia kena speaking. Agak-agak dia faham tak BM?". Haha tak apa lah, aku didik dia dari sekarang cakap BM and Jawa. Haha. So ehem ehem, "Ferra, saya akan jaga awak untuk sementara waktu. Tuan awak ada hal, nati dia ambil awak balik. Jadi, awak kena friendly dengan saya okay!" . Aku pun baca Bismillah, pegang dia. Ehhh, dia faham BM rupanya. Haa, dia tak marah-marah lagi dah. Dia terus jilat-jilat tangan aku. Nak feel-feeling lah tu rasa tuan baru punya rasa macam mana. Terus dia macam tenggiling kat tangan aku. Eh manjanya. Hee sukesukesukeee. Dia dah mula sayang aku. Seronoknyaa dah boleh pegang dia! Yeay!

       Malam tu, aku letak dia kat ruang tamu. Semua keluarga aku tengok dia. Dia malu. Dia masuk dalam mangkuk dia. Dia menyorok. Alo bucuk-bucuk. Aku panggil dia, "Ferra, ferra! Awak ada keluarga baru ni. Keluarlah." Hemm, dia taknak. Dia menyorok. Nampak juga badan dia gigil-gigil. Hehe baru aku tahu, macam tu gaya dia takut rupanya. Lama-lama, dia dah ada dapat aura keluarga kami. Aku kira-kira tinggal berapa hari lagi tuan dia nak balik dari PLKN. Rasa sedih nak pulangkan balik. Mama pun cakap, 'kena pulang kan ke? Sedihnya. Dah sayang.' Aku pun rasa yang sama.

       Bila dah seminggu dia balik, aku tak pernah tanya pun kat dia pasal Ferra. Haha dia ada tanya. Ferra okay? Aku just jawab dia okay. Tapi satu hari tu, dia cakap, ambil jela terus Ferra tu. Tak ada sape pun nak jaga Ferra kat sana sebab dia dah nak mula kerja. Aku pun berlari kat mama bagi tahu pasal ni. Mama pun tersenyum lebar! Aku lari pula kat Ferra, aku ambil dia dalam genggaman. Aku usap-usap dia. Aku cakap kat dia. "Ferra, mulai sekarang saya tuan awak untuk selama-lamanyaa!" Ferra jilat-jilat tangan aku. Lepas tu dia berjalan kat satu badan aku. Aku berdiri masa tu. :)

        Bila hubungan aku dengan dia berakhir. Ferra ni tetap milik aku juga sebab memang dia dah bagi macam tu je. Bukannya ada tanda apa-apa. Jadinya, aku tak kisah. Aku dan keluarga memang sayang Ferra. Dah macam keluarga kitaorang juga dah. Banyak kenangan aku dengan Ferra. Aku pergi holiday kemana-mana, aku bawak dia. Untung dia. Join berjalan juga. Kadang aku tengah genggam dia, aku tertidur. Dia pun tertidur dalam genggaman aku. How so sweet sangat dia ni. Kadang aku buka mata sikit-sikit tengok dia. Dia nampak aku tidur, dia tidur balik. Err sedih pula aku bila cerita balik pasal ni >.<

       
Ferra dapat sangkar baru !

       Lepas aku habis SPM. Aku kerja. Aku niat nak belikan sangkar baru untuk Ferra sebab yang lama dah buruk. Dah karat. Haha. Kesian dia tau. Aku balik kerja 10.30 malam terus minta ayah pergi Uptown Shah Alam. Nak beli sangkar. Aku ada bajet untuk dia ni RM 200. Sampai Uptown, aku cari sangkar untuk Sugar Glider. Tapi orang kedai tu cakap, sangkar untuk Sugar Glider memang tak ada. Dia pakai sangkar cam sarang burung. Senang dia nak terbang sana sini. Hmm, mama pun kata takyah lah beli mahal-mahal sebab Ferra ni seekor bukan berekor-ekor. Cukuplah belikan yang tu. Aku pun beli. Happy sangat tengok Ferra happy dengan rumah baru. Ha nampak tak, ekor Ferra tu togel. Haha. Sebab dia makan benda berminyak. Aku lah senget. Apa aku makan, aku bagi dia. Koropok lah jajan lah. Hehe kesian dia. Tapi lepastu tak ada dah. Betul ! Tak tipu. Pastu aku bagi dia epal, betik, mangga, nestum. Heaven tau dia ni. Epal murah takmo makan. Epal mahal baru nak. Pandai eh. Kiteorang pun makan epal yang murah je tau!


Ferra dah kenal kamera dah time ni. Dia andai posing kalau aku panggil dia, dia nampak kamera. Mula lah bergaya. Sorry, masa ni tak bersihkan rumah dia lagi :D

       Bila aku dah mula sambung belajar. Adik-adik aku yang take over jaga dia. Pagi-pagi bagi makan. Aku akan update tanya. Dah bagi makan belum. Ha. Bila aku kat rumah. Aku spentime dengan dia. Bila nak balik poli lagi, aku akan ketuk-ketuk pale dia. Usap-usap kepala dia sambil berkata, "Ferra, kita pergi balik dulu tau. Tamo nakal-nakal eh kat rumah." Dia macam tahu. Gaya dia macam dalam gambar tulah bila aku nak pergi. Kadang rasa sayu nak pergi tinggalkan dia. 

       Sejak aku ada anak buah. Kasih sayang keluarga aku pada Ferra semakin pudar. Aku sedar. Kesian dia. Mama sibuk jaga Aisyaa. Aku sibuk ke poli. Tapi adik-adik aku tetap bagi makan. Rutin Harian kan. Aku pun jarang bersihkan sangkar dia. Dulu 2 minggu sekali. Sekarang berbulan-bulan sekali. Kesian :'(

       Ramai yang bertanya, tak beli sepasang ke? Tak kahwin kan ke? Tak apa ke dia hidup sendiri? Ramai yang berkata, Sugar Glider ni tak boleh hidup kalau tak ada pasangan. Tapi aku tahu Ferra bahagia. Alhamdulillah. Lama dah dia hidup tanpa kawan yang serupa dengannya. Kawan dia adalah keluarga aku dan aku. Aku cakap dengan mereka semua, "Betina boleh hidup tanpa jantan, tapi jantan tak boleh hidup yanpa betina. Hehehe." 

       Tapi, 02 April 2014 (Rabu). Aku tengah praktikal time ni. Aku tengah busy. Aku dengar bunyi orang call enfun aku. Berkali-kali orang call. Aku macam dengar tak dengar. Lepas tu berkali-kali aku dengar orang Whats App enfun aku. Haih lain macam je. Aku tengah fotostat. Sekali tu A4 paper tu terkena jari aku. Berdarah tangan. Tapi aku rasa it's normal lah. Lepastu kawan aku panggil, dia bagi tahu aku yang enfun aku bunyi dari tadi. Aku tengok. 15 Missed Call dari ayah, mama dan adik aku. Aku tengok Whats App, adik aku kata 'Kakak, call ijad sekarangg!' Aku pelik, aku tanya lah balik 'kenapa'. Aku terus call.

Aku       : Ha kenapa?
Adik      : Ada berita buruk.
*aku tarik nafas sangat panjang. Sebab aku dah rasa lain macam*
Aku       : Apa dia?
Adik      : Kakak, Ferra dah mati.
*aku sentap! Ya ALLAH. Ferra mati?????*
Aku       : Macam mana boleh mati? *air mata bertakung. Sebab aku tak boleh ciwek. Tak boleh nangis. Aku kat office ni*
Adik        : Aku bagi makan jam 2 petang. Macam biasa. Dia makan. Lepastu dalam jam 3, aku main besi kat sangkar dia. Selalu kan dia terkejut kalau dengar bunyi. Ni dia diam je.
Aku          : Lepas tu?
Adik        : Aku usik-usik badan dia. Aku tengok perut dia, perut dia tak kembang kempis pun. Aku tolak dia, dia terbaring. Kau tahu kak, masa dia mati, dia peluk epal dia.
Aku          : Dah tanam ke?
Adik         : Belum, tunggu kau balik lah kak. Kau tengok dulu.
Aku          : Okay okay. Nanti kakak tengok.
Adik         : K bye. 
Aku          : Bye. Assalamualaikum.

       Aku terkilan. Aku terasa dengan perginya Ferra untuk selama-lamanya. Aku terkilan sebab tak sempat nak kawan kan dia dengan Sugar Glider lain. Tak sempat nak belikan rumah baru untuk dia. Tak sempat! Selalu aku usap-usap kepala dia sebelum pergi kerja. Tapi minggu ni aku tak tahu kenapa aku tak sempat buat semua tu. Malam terakhir dia tu. Masa lepas aku iron, aku tegur dia, "Pekkkkkk Haaah!" Kalau dia boleh cakap, mesti dia kata, "heyyy bisinglah tuan aku ni!" Sebab muka dia, jeling tau pandang aku. Tapi tak tahu pula itu malam terakhir dia. Aku teringat-ingat kenangan aku dengan dia. Perangai dia. Aksi dia. Manja. Pandai posing. Kalau maghrib, aku ketuk sangkar dia. "Ferra Ferra! Bangun. Maghrib jangan tidur." Dia bangun. Keluarkan kepala dari mangkuk. Dia mengintai aku. Tiap malam dia tidur kat bilik aku. Cuma kebelakangan ni, aku letak sangkar dia kat dapur sebab bilik aku tak kemas lagi.

       Masa aku On The Way nak balik dari Office ke rumah. Dalam kereta, aku teringat-ingatkan Ferra. Air mata aku bertakung. Dalam hati aku, "Allah, kuatkan aku untuk hadap kematian Ferra. Kuatkan aku. Kuatkan aku." Sampai rumah, macam biasa aku akan salam cium mama semua tapi hari tu, mama peluk aku. Lagilah aku sedih haaa! Aku tengok dia. Aku senyum. Sebab aku taknak aku nangis tapi aku tak tahan. Air yang bertangkung sampai bila boleh bertahan? Dia mengalir. Aku ambil dia. Aku main-main bulu dia. Sampai mama cakap, "dah lah tu. Betul lah dia dah mati tu. Macam meroyan dah." Aku cakap dengan mama, "Mama, mata dia terbuka lagi lah maa. Kakak tutup, dia buka lagi. Tak keras pun badan dia. Okay je ni. Hidup lagi kut. Pengsan je ni." Aku tiup-tiup dia. Tiba-tiba terfikir cerita Putera Katak. Aku cium Ferra. Manalah tahu hidup ke. Sah! Macam orang bengong! Pastu aku sambung cakap, "Maa, mata dia ada air mata. Dia mennagis ke?". Mama kata, "Dah lah tuuuu......" (mama pun nangis) Ait, dah berjangkit-jangkit dah menangis. Lepastu aku ambil tisu. Aku balut dia dengan tisu. Aku bagi kat adik aku. Aku suruh dia yang tanam. Sebab aku tak sanggup. 

       Ferra, aku minta maaf sebab aku tak jadi tuan yang baik untuk kau. Maafkan segala kekurangan aku :'((
Aku dah taknak bela mana-mana binatang lagi dah. Sakit bila kita kehilangan. Sangat sakit. Miss youu Pekk Hah. Miss you Ferra :(







Ferra, kita takkan cari peganti awak. Biarlah awak seekor dalam sejarah hidup kita. Terima kasih Ferra :)

       
Mandi untuk kali terakhir. Awal Bulan Mac :'((







CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI. CINTA PADA BUNGA, BUNGA AKAN LAYU. CINTA PADA ALLAH, CINTA YANG KEKAL ABADI. CINTA PADA-NYA TAK AKAN BERI KEPERITAN. CINTA YANG SELAMA-LAMANYA. ALLAH, MAAFKAN AKU AMPUNKAN AKU SEKIRANYA AKU MENYAKITKAN PINJAMAN KAU PADA KU. MAAF KAN AKU SEKIRANYA AKU TIDAK HARGAINYA. ALLAH, MAAF KAN AKU SEKIRANYA AKU MENZALIMINYA. MAAFKAN AKU. LA'ILLAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN. 
-TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU TELAH BERLAKU ZALIM-