
|
Sweet Owner Like Reader Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON. Follow This ♥ Monthly Yearly Updated
December 2011 |
January 2012 |
February 2012 |
March 2012 |
April 2012 |
June 2012 |
July 2012 |
August 2012 |
September 2012 |
November 2012 |
December 2012 |
February 2013 |
June 2013 |
July 2013 |
November 2013 |
December 2013 |
January 2014 |
February 2014 |
April 2014 |
July 2015 |
Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :') Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :) S H I P :) KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015 MUKA BARU :D SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala... A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR E N D OF Y E A R
| SYAWAL 1436 HIJRAH :)
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
Dah lama rasanya tak update. Ya, lama sangat-sangat. Setiap kali update, perenggan pertama mesti cerita pasal dah lama tak update. Asyik dah lama tak update je, lebih baik close je akaun, kan?
Tapi bila fikir-fikir balik, tak payah lah tutup akaun ni, mana lah tahu nanti nanti ada benda yang aku nak kongsikan bersama, nak meleret-leret panjang lebar kan, boleh aku bebel dekat sini. Takkan nak dekat Facebook? Facebook pun dah jarang buka. Mungkin sebab aku dah besar kut. Haha. Ada banyak pekara lagi aku boleh buat. Kut mungkin sebab aku sendiri kadang-kadang tak ada idea nak update apa? Emm, entahlah... Ini semua mungkin 90% adalah penyakit MALAS!
Setahun.......
Macam macam berlaku.
Salah satunya, AKU DAH HABIS DIPLOMA! Syukur Alhamdulillah.
Indahnya hari-hari kita bersama orang tersayang. Allah, jaga kan semua orang yang aku sayang agar mereka sentiasa di bawah Rahmat dan BarakahMU- ALLAH. Sayangi mereka selalu :) Aamin :) FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
DISEMBER 2010 - 02 APRIL 2014
FERRA JULIES FERNANDES
Tarik nafas dalam-dalam. Kuat kan semangat untuk cerita tentang Ferra atau nama timangan Pek Hah. Hee. Okay aku dah boleh tersenyum. Ferra Julies Fernandes nama diberi oleh aku. Walaupun binatang peliharaan ni bukan milik aku pada asalnya. Bukan aku yang beli tetapi pemberian seorang insan yang pernah menyinggah di hati ni untuk sementara waktu. Mungkin dia bagi bukan sebab hadiah kerana sayang or what. Past is past. Tapi aku nak flash back sempena memperingati my love pet!
Bismillah. Masa aku form 4, masa tu tengah up, ribut, hebat mengenai haiwan exotic ni. SUGAR GLIDER. Haiwan ni memang jinak. Haiwan ni memang comel. Haiwan ni hanya lekat pada tuan dia sahaja. Okay, si 'dia' ni tertarik dengan haiwan ni. Dia nak beli. Tapi aku kata, jangan membazir. Simpan duit. Lagi pun, bukan dia ada masa untuk binatang ni. Dia kata, tak apa. Dia boleh spent time dengan binatang ni. Tahu-tahu, dia dah beli. Nak buat macam mana, duit dia tak apalah. Bukan duit aku. Tapi, dia minta aku bagi nama kat binatang ni. Aku tertarik nak bagi nama "Ferra" sebab aku rasa unik. Tak ada lah asyik Comel, Kitty, Momo, Chichi and else laa. Kebetulan kat iklan, ada iklan biskut "Julies" , hehe. Aku taram lagi tambah nama. Lepastu, teringat pula nama Pengarah AirAsia nama Fernandes. Aku tokok kan tambah kan kan kan kan kan lagi. Hehe. Then terjadilah Ferra Julies Fernandes. Dia jaga dan jaga sampai satu masa tu, dia nak pergi PLKN. Nak dijadikan cerita, dia suruh aku jaga untuk sementara. Mula-mula aku risau. Macam mana ni. Aku bukan pandai pun nak jaga benda-benda ni semua. Macam mana dengan mama? Ayah? Diaorang mana suka bela binatang dalam rumah kecuali ikan. Kang berak dia lagi kang. Petang tu, dia hantar si Ferra ke rumah aku dengan sangkar-sangkar sekali dia kasi. Dia cakap, Ferra ni okay. Nanti dia dah kenal tuan, dia manja. Makan pun tak cerewet. Dia makan epal, buah-buah. Aku cuma oh okay. Aku ngintai-ngintai dalam sangkar tu. Mana Ferra nya? Pastu dia keluarkan Ferra dalam poket seluar jean dia. Dia suruh aku pegang. Errr, tak berani. Mama pegang okay je. Aku ada idea nakal. Aku terus cakap kat mama, "haa, mama. Dia okay dengan mama lah. Mama lah jaga dia ya. Hehe." Aku tengok mama macam tak ada masalah nak jaga binatang ni. Sebab tahi Ferra ni macam tahi cicak je. Kecik. Bau pun tak ada. Tinggal nak fikir, macam mana pula ayah?
Tak lama tu, ayah balik. Ayah tengok. Ayah kata, "eh comelnya. Tikus apa ni?". Aku pun kata, "hish ayah ni. Takkan lah nak bela tikus dalam rumah. Ni Sugar Glider laa. Haiwan Exotic." Ayah pun tengok. Ayah interview macam-macam lah. And last, Alhamdulillah. Ayah okay. Hee. Aku rasa happy sangat sebab ayah izinkan untuk jaga dia. Now, cemana aku nak jaga Ferra ni kalau aku tak berani pegang. Aku baru sentuh sikit, dia dah bunyi. Marah kut sebab aku ni bukan sesape nak sentuh-sentuh dia. Bunyi dia macam start enjin kereta. Hehe. Aku sentuh lagi, banyak kali juga aku hampir kena heart-attack terkejut dia bunyi. Pastu aku bagi dia makan. Aku usap-usap badan dia, kepada dia. Bulu dia lembut sangat. Aku cakap kat dia, "Awak, start from now, I'll take over him for you." Pastu aku fikir jab, "err, sampai bila aku nak jaga dia kena speaking. Agak-agak dia faham tak BM?". Haha tak apa lah, aku didik dia dari sekarang cakap BM and Jawa. Haha. So ehem ehem, "Ferra, saya akan jaga awak untuk sementara waktu. Tuan awak ada hal, nati dia ambil awak balik. Jadi, awak kena friendly dengan saya okay!" . Aku pun baca Bismillah, pegang dia. Ehhh, dia faham BM rupanya. Haa, dia tak marah-marah lagi dah. Dia terus jilat-jilat tangan aku. Nak feel-feeling lah tu rasa tuan baru punya rasa macam mana. Terus dia macam tenggiling kat tangan aku. Eh manjanya. Hee sukesukesukeee. Dia dah mula sayang aku. Seronoknyaa dah boleh pegang dia! Yeay!
Malam tu, aku letak dia kat ruang tamu. Semua keluarga aku tengok dia. Dia malu. Dia masuk dalam mangkuk dia. Dia menyorok. Alo bucuk-bucuk. Aku panggil dia, "Ferra, ferra! Awak ada keluarga baru ni. Keluarlah." Hemm, dia taknak. Dia menyorok. Nampak juga badan dia gigil-gigil. Hehe baru aku tahu, macam tu gaya dia takut rupanya. Lama-lama, dia dah ada dapat aura keluarga kami. Aku kira-kira tinggal berapa hari lagi tuan dia nak balik dari PLKN. Rasa sedih nak pulangkan balik. Mama pun cakap, 'kena pulang kan ke? Sedihnya. Dah sayang.' Aku pun rasa yang sama.
Bila dah seminggu dia balik, aku tak pernah tanya pun kat dia pasal Ferra. Haha dia ada tanya. Ferra okay? Aku just jawab dia okay. Tapi satu hari tu, dia cakap, ambil jela terus Ferra tu. Tak ada sape pun nak jaga Ferra kat sana sebab dia dah nak mula kerja. Aku pun berlari kat mama bagi tahu pasal ni. Mama pun tersenyum lebar! Aku lari pula kat Ferra, aku ambil dia dalam genggaman. Aku usap-usap dia. Aku cakap kat dia. "Ferra, mulai sekarang saya tuan awak untuk selama-lamanyaa!" Ferra jilat-jilat tangan aku. Lepas tu dia berjalan kat satu badan aku. Aku berdiri masa tu. :)
Bila hubungan aku dengan dia berakhir. Ferra ni tetap milik aku juga sebab memang dia dah bagi macam tu je. Bukannya ada tanda apa-apa. Jadinya, aku tak kisah. Aku dan keluarga memang sayang Ferra. Dah macam keluarga kitaorang juga dah. Banyak kenangan aku dengan Ferra. Aku pergi holiday kemana-mana, aku bawak dia. Untung dia. Join berjalan juga. Kadang aku tengah genggam dia, aku tertidur. Dia pun tertidur dalam genggaman aku. How so sweet sangat dia ni. Kadang aku buka mata sikit-sikit tengok dia. Dia nampak aku tidur, dia tidur balik. Err sedih pula aku bila cerita balik pasal ni >.<
Ferra dapat sangkar baru !
Lepas aku habis SPM. Aku kerja. Aku niat nak belikan sangkar baru untuk Ferra sebab yang lama dah buruk. Dah karat. Haha. Kesian dia tau. Aku balik kerja 10.30 malam terus minta ayah pergi Uptown Shah Alam. Nak beli sangkar. Aku ada bajet untuk dia ni RM 200. Sampai Uptown, aku cari sangkar untuk Sugar Glider. Tapi orang kedai tu cakap, sangkar untuk Sugar Glider memang tak ada. Dia pakai sangkar cam sarang burung. Senang dia nak terbang sana sini. Hmm, mama pun kata takyah lah beli mahal-mahal sebab Ferra ni seekor bukan berekor-ekor. Cukuplah belikan yang tu. Aku pun beli. Happy sangat tengok Ferra happy dengan rumah baru. Ha nampak tak, ekor Ferra tu togel. Haha. Sebab dia makan benda berminyak. Aku lah senget. Apa aku makan, aku bagi dia. Koropok lah jajan lah. Hehe kesian dia. Tapi lepastu tak ada dah. Betul ! Tak tipu. Pastu aku bagi dia epal, betik, mangga, nestum. Heaven tau dia ni. Epal murah takmo makan. Epal mahal baru nak. Pandai eh. Kiteorang pun makan epal yang murah je tau!
Ferra dah kenal kamera dah time ni. Dia andai posing kalau aku panggil dia, dia nampak kamera. Mula lah bergaya. Sorry, masa ni tak bersihkan rumah dia lagi :D
Bila aku dah mula sambung belajar. Adik-adik aku yang take over jaga dia. Pagi-pagi bagi makan. Aku akan update tanya. Dah bagi makan belum. Ha. Bila aku kat rumah. Aku spentime dengan dia. Bila nak balik poli lagi, aku akan ketuk-ketuk pale dia. Usap-usap kepala dia sambil berkata, "Ferra, kita pergi balik dulu tau. Tamo nakal-nakal eh kat rumah." Dia macam tahu. Gaya dia macam dalam gambar tulah bila aku nak pergi. Kadang rasa sayu nak pergi tinggalkan dia.
Sejak aku ada anak buah. Kasih sayang keluarga aku pada Ferra semakin pudar. Aku sedar. Kesian dia. Mama sibuk jaga Aisyaa. Aku sibuk ke poli. Tapi adik-adik aku tetap bagi makan. Rutin Harian kan. Aku pun jarang bersihkan sangkar dia. Dulu 2 minggu sekali. Sekarang berbulan-bulan sekali. Kesian :'(
Ramai yang bertanya, tak beli sepasang ke? Tak kahwin kan ke? Tak apa ke dia hidup sendiri? Ramai yang berkata, Sugar Glider ni tak boleh hidup kalau tak ada pasangan. Tapi aku tahu Ferra bahagia. Alhamdulillah. Lama dah dia hidup tanpa kawan yang serupa dengannya. Kawan dia adalah keluarga aku dan aku. Aku cakap dengan mereka semua, "Betina boleh hidup tanpa jantan, tapi jantan tak boleh hidup yanpa betina. Hehehe."
Tapi, 02 April 2014 (Rabu). Aku tengah praktikal time ni. Aku tengah busy. Aku dengar bunyi orang call enfun aku. Berkali-kali orang call. Aku macam dengar tak dengar. Lepas tu berkali-kali aku dengar orang Whats App enfun aku. Haih lain macam je. Aku tengah fotostat. Sekali tu A4 paper tu terkena jari aku. Berdarah tangan. Tapi aku rasa it's normal lah. Lepastu kawan aku panggil, dia bagi tahu aku yang enfun aku bunyi dari tadi. Aku tengok. 15 Missed Call dari ayah, mama dan adik aku. Aku tengok Whats App, adik aku kata 'Kakak, call ijad sekarangg!' Aku pelik, aku tanya lah balik 'kenapa'. Aku terus call.
Aku : Ha kenapa?
Adik : Ada berita buruk.
*aku tarik nafas sangat panjang. Sebab aku dah rasa lain macam*
Aku : Apa dia?
Adik : Kakak, Ferra dah mati.
*aku sentap! Ya ALLAH. Ferra mati?????*
Aku : Macam mana boleh mati? *air mata bertakung. Sebab aku tak boleh ciwek. Tak boleh nangis. Aku kat office ni*
Adik : Aku bagi makan jam 2 petang. Macam biasa. Dia makan. Lepastu dalam jam 3, aku main besi kat sangkar dia. Selalu kan dia terkejut kalau dengar bunyi. Ni dia diam je.
Aku : Lepas tu?
Adik : Aku usik-usik badan dia. Aku tengok perut dia, perut dia tak kembang kempis pun. Aku tolak dia, dia terbaring. Kau tahu kak, masa dia mati, dia peluk epal dia.
Aku : Dah tanam ke?
Adik : Belum, tunggu kau balik lah kak. Kau tengok dulu.
Aku : Okay okay. Nanti kakak tengok.
Adik : K bye.
Aku : Bye. Assalamualaikum.
Aku terkilan. Aku terasa dengan perginya Ferra untuk selama-lamanya. Aku terkilan sebab tak sempat nak kawan kan dia dengan Sugar Glider lain. Tak sempat nak belikan rumah baru untuk dia. Tak sempat! Selalu aku usap-usap kepala dia sebelum pergi kerja. Tapi minggu ni aku tak tahu kenapa aku tak sempat buat semua tu. Malam terakhir dia tu. Masa lepas aku iron, aku tegur dia, "Pekkkkkk Haaah!" Kalau dia boleh cakap, mesti dia kata, "heyyy bisinglah tuan aku ni!" Sebab muka dia, jeling tau pandang aku. Tapi tak tahu pula itu malam terakhir dia. Aku teringat-ingat kenangan aku dengan dia. Perangai dia. Aksi dia. Manja. Pandai posing. Kalau maghrib, aku ketuk sangkar dia. "Ferra Ferra! Bangun. Maghrib jangan tidur." Dia bangun. Keluarkan kepala dari mangkuk. Dia mengintai aku. Tiap malam dia tidur kat bilik aku. Cuma kebelakangan ni, aku letak sangkar dia kat dapur sebab bilik aku tak kemas lagi.
Masa aku On The Way nak balik dari Office ke rumah. Dalam kereta, aku teringat-ingatkan Ferra. Air mata aku bertakung. Dalam hati aku, "Allah, kuatkan aku untuk hadap kematian Ferra. Kuatkan aku. Kuatkan aku." Sampai rumah, macam biasa aku akan salam cium mama semua tapi hari tu, mama peluk aku. Lagilah aku sedih haaa! Aku tengok dia. Aku senyum. Sebab aku taknak aku nangis tapi aku tak tahan. Air yang bertangkung sampai bila boleh bertahan? Dia mengalir. Aku ambil dia. Aku main-main bulu dia. Sampai mama cakap, "dah lah tu. Betul lah dia dah mati tu. Macam meroyan dah." Aku cakap dengan mama, "Mama, mata dia terbuka lagi lah maa. Kakak tutup, dia buka lagi. Tak keras pun badan dia. Okay je ni. Hidup lagi kut. Pengsan je ni." Aku tiup-tiup dia. Tiba-tiba terfikir cerita Putera Katak. Aku cium Ferra. Manalah tahu hidup ke. Sah! Macam orang bengong! Pastu aku sambung cakap, "Maa, mata dia ada air mata. Dia mennagis ke?". Mama kata, "Dah lah tuuuu......" (mama pun nangis) Ait, dah berjangkit-jangkit dah menangis. Lepastu aku ambil tisu. Aku balut dia dengan tisu. Aku bagi kat adik aku. Aku suruh dia yang tanam. Sebab aku tak sanggup.
Ferra, aku minta maaf sebab aku tak jadi tuan yang baik untuk kau. Maafkan segala kekurangan aku :'((
Aku dah taknak bela mana-mana binatang lagi dah. Sakit bila kita kehilangan. Sangat sakit. Miss youu Pekk Hah. Miss you Ferra :(
Ferra, kita takkan cari peganti awak. Biarlah awak seekor dalam sejarah hidup kita. Terima kasih Ferra :)
Mandi untuk kali terakhir. Awal Bulan Mac :'((
CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI. CINTA PADA BUNGA, BUNGA AKAN LAYU. CINTA PADA ALLAH, CINTA YANG KEKAL ABADI.
CINTA PADA-NYA TAK AKAN BERI KEPERITAN. CINTA YANG SELAMA-LAMANYA. ALLAH, MAAFKAN AKU AMPUNKAN AKU SEKIRANYA AKU MENYAKITKAN PINJAMAN KAU PADA KU. MAAF KAN AKU SEKIRANYA AKU TIDAK HARGAINYA. ALLAH, MAAF KAN AKU SEKIRANYA AKU MENZALIMINYA. MAAFKAN AKU. LA'ILLAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN.
-TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU TELAH BERLAKU ZALIM-
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
Ehem ehem ehem. Apa khabar? Semoga semua sihat walafiat. Aku sihat, Alhamdulillah. Walaupun di saat ada golongan ahli keluarga, kawan-kawan yang tak berapa sihat disebabkan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ni tapi aku syukur pada ke hadrat Illahi kerana diberi kesihatan dan kesejahteraan. Terima Kasih Allah :)
Sebelum memanjangkan cerita dan mencoret kemana-mana, hem hem hemmm. Kita sedia maklum yang negara kita telah digemparkan dengan kehilangan pesawat MH 370 pada waktu awal pagi 8 Mac 2014. Oleh itu, aku nak ucapkan salam takziah kepada ahli keluarga bagi penumpang mahupun ahli keluarga petugas MH 370. Walau apa pun yang terjadi, kita masih boleh usaha, usaha, usaha dan terus usaha untuk mencari mereka. Insya'ALLAH dengan rasa yakin dan semangatnya aku percaya dengan kuasa ALLAH, tiada siapa yang tahu keajaibannya. Moga ALLAH SWT permudahkan segala usaha pencarian kami untuk MH 370. Kepada mereka yang suka akan teka-teki, sudah lah. Hentikan spekulasi! Kesian pihak atasan mahupun rakyat yang lain yang menanti kebenaran. Jangan memeningkan dan menyukarkan lagi kerja mereka. Pleasee, saya merayu.
Okay, rasanya dah boleh back to my topics! "Countdown Day" ! Yess, saya sedang menghitung hari ni wahai awak awak sekaliannnnn! Yabedaaaaah bedah cek bedah! Joget joget ~~ *macam shinchan* Okay stop! Hari ni 1 April 2014. Makanya secara rasminya tinggal 17 hari lagi aku nak habis praktikal. Tolak Sabtu Ahad, makan, minum, tidur, main enfun semua, sila jumlahkan? Yess, tak sampai 10 hari pun sebenarnya. Cepatnya masa berlalu. Eh taktaktak! Lama sangat. Walaupun tempoh latihan industri hampir menamatkan riwayatnya TETAPI aku rasa tak tenang sebab masih ada the next step. Dengan presentation, final report. Oh My ALLAH! Tolong berada disisiku di saat senang dan susahku. Bantu aku. Kuat kan aku. Semangat aku. Jauhkan aku daripada setan-setan yang menyesatkan aku. Aamin Aamin Aamin.
Cerita pasal LI ni, memang dah lama sangat-sangat aku tak jumpa dengan sahabat-sahabat aku. Tak kira lah sahabat poli sekelas ke, sekolah rendah ke, menengah ke tadika ke. Kemain susah aku nak jumpa! Sebab masing-masing buat hal sendiri. Apa boleh buat. Tapi ada hikmah kut, sebab aku dah kopak habis! Ingatkan sem 4 ni dapatlah aku berjimat-cermat. Dapatlah didik diri aku jadi macam zaman comel-comel aku dulu menabung. Aih, baik je dulu-dulu. Eh sebenarnya nak cerita, hari tu ada MATTA Fair Selangor. Minggu lepas. 21-23 Mac 2014. Okay, aku terjumpa kawan-kawan aku yang praktikal kat tempat lain. Apa aku nak cakap is, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sahabat ku. Mereka berhijrah. Kalau dulu dia hanya gadis biasa tapi kini dia gadis luar biasa. Bukan setakat dua tiga orang tapi ramai sahabat aku dah berhijrah. Alhamdulillah. ALLAH, aku maluu :( Bila aku nak jadi macam mereka eh? Bukan aku tak cuba, aku dah cuba tapi kenapa aku macam tak mampu macam diaorang eh? Kenapa eh? Setiap kali aku nak cuba usaha macam tu, ada satu bisikan kata "Buat apa hipokrit! Jadi diri sendiri je. Sebab tu ikhlas dari hati." Eh eh, aku cuba tepis! Janganlah macam ni. Ni bukan hipokrit ke apa. Kadang-kadang memang kena jadi hipokrit pada diri sendiri supaya kita sendiri boleh jadi kebiasaan. Kita cuba usaha. Yang penting jangan jadi hipokrit dan show pada orang lain. Orang selalu kata, biar orang pandang kita keji, asalkan baik di pandangan ALLAH. Bagi aku, 80% aku boleh terima. Selebihnya tidak. Sebab, sebaik-baiknya biarlah kita ni senang di mata orang lain juga supaya hubungan kita sesama manusia turut terjaga. Kan? Tapi selebihnya biarlah orang nak menilai, kita dah usaha berbaik dengan mereka. Hak penilaian kita serahkan pada urusan dia dengan ALLAH.
Aku ni bukanlah orang jahat. Eh mana ada orang jahat nak mengaku dia jahat kan? Not my meaning! Aku juga bukanlah orang yang baik-baik. Aku seorang manusia, gadis yang biasa. Tak tahu bila nak jadi luar biasa. Aku pernah cuba untuk jadi macam Diana Amir, Yatt Hamzah dan mana-mana muslimah yang telah berhijarah. Okay, tu tak bermaksud aku nak jadi macam mereka sebji-biji! Tolong buang segala negetif thinking di kotak fikiran awak. Just want to be myself and they're my idol. Mungkin aku boleh jadikan mereka sebagai sumber inspirasi. Kan? Insya'ALLAH. Tapi aku tak tahu mana aku nak dapat kekuatan aku tu. Alhamdulillah, memang perlahan-lahan kayuh. Aku bersyukur kerana aku masih menjaga pergaulanku, maruah keluarga aku semua tu Alhamdulillah terjaga. Tapi untuk jadi gadis yang dipandang mulia oleh ALLAH..... ALLAH. Aku maluuu dengan MU, dengan kawan-kawan yang pakai tudung labuh. Yang berjubah. Yang berniqab. Yang memakai handshock always. Aku cuma pakai tudung bawal biasa dan kelepet-kelepet macam karipap then aku pin kiri dan kanan. Aku pakai handshock bila pakai lengan pendek je. Bila lengan panjang, aku tak pakai. Kononnya lengan dah panjang, tak perlu pakai handshock tapi aku sedar, kadang-kadang terselak. Afzanita, tau tak, tu aurat! Aku tahu, tapi kenapa aku tak pakai gak even tu lengan panjang? Stokin lak, kalau pakai kasut bersarung baru pakai stokin. Kalau keluar depan rumah tu pakai selipar, slumber jela aku pakai selipar. Tak pakai stokin pun.
Comel je kan kartun muslimah kat atas tu. Aku teringin nak pakai macam mana Irine Nadia Marcello ( irinenadia.blogspot.com ) bukan sebab dia comel ke cantik ke apa ke. Walaupun memang dia cantik dan comel orangnya. Hehe. Tapi pakaian dia buat aku rasa tenang. Aku suka tengok dan aku cuba nak berpakaian macam tu tapi kebanyakannya semua mahal-mahal belaka. Aku bukan nak berfesyen tapi aku nak berpakaian yang nampak aku seorang berkeyakinan, kemas, sopan dan indah pada pandangan ALLAH. Aku tak suka selebet selebet. Aku sendiri pantang tengok orang berselebet. Aku punya prinsip its easy! Tak cantik tak apa, asalkan kemas. Bila kita kemas, tu dah cukup menampakkan kita cantik sebenarnya walaupun sebenarnya kita tak cantik. TAPI ! Ciptaan ALLAH semua indah, sayang. Macam aku sendiri pun, pandangan aku pada laki-laki, mereka tu biar tak hensem tak apa. Please, kemas! Biar sedap mata memandang. Orang pun berkeyakinan untuk berurusan dengan kita. Itulah aku.
Walaupun aku bukan orang yang baik-baik. Bukan yang sempurna tapi aku sedikit terkilan dengan beberapa wanita Islam yang kadang-kadang memalukan diri sendiri dan terkadang aku sendiri malu. Jika awak berpakaian yang sempurna, jagalah imej dan keperibadian seperti pakaian awak. Bukan menunjuk, bukan menayang, bukan hipokrit, bukan riak. Ikhlas kerana ALLAH. Istiqamahlah. Nawaitu Lillahita'ala. Tu penting. Kerana awak mungkin menjadi mentor kepada mereka yang ingin berubah. Insya'ALLAH mungkin salah seorang nya saya. Jadi, awak sepatutnya tunjukkan keperibadiaan yang mulia. Sama-sama ya ^^
Maafkan aku sekiranya luahan aku, bagi kau rasa tak senang duduk. Macam-macam perkara lagilah yang mengganggu hati awak tu something wrong. Tapi ini apa yang aku rasa.
Sebelum aku akhiri updated today, aku nak ucapkan salam takziah kepada sahabat seperjuanganku ketika di zaman sekolah menengah. Mohammad Hadi bin Hashim. Gelak tawa kau, masih dalam kotak ingatanku. Pertemuan terakhir kita, masa aku bertugas jaga booth pameran di Karnival Usahawan Muda di Kapar. Booth aku betul-betul belakang gerai mak kau. Aku tengok mak kau, cam kenal je. Sekali aku nampak ayah kau. Yess, aku kenal ayah kau sebab ayah kau punya trademark easy! Misai Tok Mudim. Aku boleh cham. Yess, he is hadi's father. Tengahari tu, aku nampak kau! Tak teragak-agak kau pun nampak aku. Sekian lama kita tak jumpakan? Berbulan. Mungkin bertahun? Kadang terserempak pun jarang bertegur. Senyum dari jauh. Kau tak pernah tarik muka dengan aku even kau ada masalah pun. Masa terakhir tu, hujung bulan 12. Kemain pampum pam pum pam pum kita cerita. Macam-macam! Kau smart masa tu. Pakai kasut baru eh eh eh? Sampailah kau cakap, kau nak pergi makan dulu and kau suruh aku tunggu. Nanti jumpa lagi. Sempat juga kita bergambar kan? Tulah kali terakhir :( Aku minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan kau. Aku tak tunggu kau. Aku terus balik sebab jadual kerja aku dah tamat masa tu. Maaf maaf. Ayah aku dah tunggu. Aku terkejar-kejar. Tapi kita sempat bertukar twitter. Sempat berborak. Bergurau. Kau pergi meninggalkan kita semua pada 28 MAC 2014 (Sabtu). Aku terus buka akaun twitter kau. Aku orang ketiga terakhir yang bertweet dengan kau kat twitter. Hadi, minta maaf sebab aku tak dapat jadi sahabat yang baik untuk kau. Kau orang yang baik. Dan ALLAH lebih sayangkan kau. Semoga kau aman di sana. Semoga kau ditempatkan digolongan orang yang beriman dan soleh. Aamin. AL-FATIHAH Mohammad Hadi Bin Hashim.
"Kun Fayakun". Jika ALLAH berkata, "JADILAH", maka ia TERJADI.
S H I P :) Untuk menjadi sahabat yang baik itu tidak mudah seperti yang kita jangkakan. Kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk dirinya tapi tidak baginya menerima kehadiran kita seperti apa yang diminta. Kerana kita tidak mengerti apa yang diinginkan dan kadang kala apa yang diinginkan bukan mudah untuk kita turuti walaupun kita cuba. Sahabat itu pebimbing disaat kita keluar dari rumah tanpa ibubapa. Sahabat pendorong memandu kita ke syurga :) Salam ukhuwah Fillah :) KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
KEBANYAKAN
media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku
di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal. Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan. Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika. Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang. Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan. Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas. Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju. Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kiamat
menurut Islam
Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat: Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu: 1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH. 2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH. 3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH. 4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH. 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH. (Hadis Riwayat Bukhari) Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman? Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.' (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud) Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman : Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187) Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63) MUKA BARU :D
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawab salam adalah satu kewajipan*
Ha! See besaq besaq besaq! Beso benor gambo kat atas ni. Okay, cuma nak heboh. Blog aku muka baru. Yeay! Aku rasa, blog lama lagi 'smart'. Kan? Tapi da bosan lah. 2 tahun dah pakai muka yang sama. Apa salahnya tukar mood. Kan? Aku rasa, kalau 'coding' blog aku tak lari, tak ada kut aku tukar muka baru. Eh yeke? Taklah, mana ada. Sebab 'coding' dia, aku ada lah. Aku jumpa 'coding' baru. So aku tukar lah. Okay? Okay lah ek, janji boleh baca. Kan? Aku rasa, kalau aku 'busy', tak sempat aku nak buat semua ni. Sebab tu lah sampai 2 tahun aku pakai muka yang sama je. Kan? Hehe. Yenadeyy, berapa banyak 'aku rasa'. Berapa banyak 'kan' lah kau ni >,<
Gigih betul tau aku upgrade muka baru ni. Ni semua untuk kauorang tau. Hamboi! Dah macam programmer. Nasib baiklah aku tak futher study course programming. Kalau tak, mesti aku 'just focus' dengan nombor-nombor huruf-huruf 'coding' ni. Macam tak ada life je kalau aku macam ni. Eeheh. Satu hari hadap lappy. Paling bangga, hadap lappy tak pakai spec oi. Pedih mata. Mengecil dah mata ni.
Alhamdulillah, dengan berkat kegigihan, apa yang kauorang tengok sekarang ni lah hasil sepanjang hari di 'office' aku buat hari ni. So lecturer, boleh tak saya nak masukkan benda ni dalam laporan Jurnal Refleksi saya? Boleh kan? Puan juga kata, Jurnal Refleksi ni diari awak. Jadi awak boleh buat apa-apa pun ikut kretiviti awak. Yeay!
Cerita pasal laporan, okay minngu ni minggu paling teruk. Sebab. Sebab. Sebab. Hampir 5 hari aku tak update Jurnal Refleksi. Hahaha! Selalu paling lama pun 3 hari sekali aku akan tulis laporan. Hmm, it's okay lah. Asalkan dah ada catatan dalam 'point-point!'
Indahnya hari-hari kita bersama orang tersayang. Allah, jaga kan semua orang yang aku sayang agar mereka sentiasa di bawah Rahmat dan BarakahMU- ALLAH. Sayangi mereka selalu :) Aamin :) SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah satu kewajipan*
Syukur Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi dengan nafas dan kurnianya kepadaku dan juga orang-orang sekeliling ku. Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435 Hij bersamaan 14 Januari 2014. Hari ni dah 15 Januari bermakna aku lewat sehari lah kan. Tapi tak apa lah kan. Hee.
Dengan ucapan Maulidur Rasul, semoga tema pada hijrah kali ini "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" dapat direalisasikan dengan jayanya. Dengan bersatu padunya antara kita sesama umat Islam. Insya"ALLAH. Moh kita bersama-sama menjaga imej agama kita. Tunjukkan ketinggian kesucian agama kita. Pelihara agama kita. Hargai pengorbanan Nabi utusan terakhir kita, Muhammad SAW. Kerana kita ummat terakhir yang perlu dan mesti memelihara dan mempertahankan agama kita hingga akhir akhirat kelak. Sungguh, aku teringin melihat wajah Ya Rasulallah. Semoga kita bersama-sama diberi peluang untuk bertemu dengannya di Syurga nanti. Aamin. Insya'ALLAH.
Bila tiba hari Mailidur Rasul, pertama sekali aku akan ingat okay birthday mama dalam tahun Islam. Selamat Hari Lahir mama. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati hari-hari mama sebagai seorang ibu dan isteri yang solehah, Aamin.
Perkara yang kedua, aku akan ingat zaman sekolah. Sekolah rendah pada awalnya dimana apabila tiba waktu Maulidur Rasul, sekolah pasti meriah. Meriah dengan sambutan memperingati peristiwa kelahiran baginda. Apa yang meriah? Meriah sebab ada perarakan. Boleh pakai baju raya tahun lepas. Haha. Kawan-kawan masing-masing tunjuk baju raya diaorang yang cantik-cantik. Amboi amboi kemainnnnn! Kalah cikgu-cikgu kat sekolah. Heee.
Kalau dekat sekola menengah pula yang seronoknya masa Mailidur Rasul ni, panitia Persatuan Pelajar Islam akan mengadakan macam-macam aktiviti program yang berkaitan dengan Maulidur Rasul. Antaranya buat banner. Buat banner ni best, Kita ada group. Pastu kain rintang ustazah akan bagi pada setiap kumpulan. So kita design! Yeah! Group mana paling cantik, paling kretif, paling kemas, paling menarik, dialah pemenangnya. Kemudian, banner tu pihak sekolah akan gantung dekat bangunan sekolah sempena Sambutan Maulidur Rasul. Agak bangga bila hasil kita tu ditayangkan ketika perarakan sebagai sepanduk. Waaaah!
Buat khat. Tilawah al-Quran, semua join. Best tau. Tak kisahlah about menang ke kalah ke. Bila kita join, rasa macam seronok. Hasilnya kita berjaya. Alhamdulillah. Seronok tahu naik atas pentas ambil hadiah. Hehe.
Nak tahu apa lagi best? Bila datang sekolah, then dapat tahu yang that day ada ustaz akan datang buat ceramah kat surau. Huraaaay! Takde class untuk satu hari. No tension tension. Balik rumah takkan ada homework! Lagi lagi matematik. Hehehe.
Serious, durious, teriousss!
Bila aku praktikal ni, aku rindukan zaman persekolahan. Rindu leteran cikgu-cikgu.
Sungguh! Leteren cikgu tu lebih sweet. Begurau senda dengan cikgu.
Rindu homework. Dengar, faham, tulis, ingat. Buat latihan buat buat buat, tak dapat jawapan. Cari cari dan terus mencari akhir sekali walau kita salah pun, cikgu akan bagi tahu jawapan pada akhirnya.
Seronoknya hai.
Rindu kawan-kawan sekolah. Gelak tawa. Bermain-main. Begurau senda. Subhanallah! Rindunya dekat kauorang. Sekarang nak jumpa pun susah. Yang dekat-dekat pun susah nak jumpa. Bila sorang free, sorang sibuk exam. Bila sorang free, sorang sibuk kerja. Hmm. How can?
Selagi kudrat dan belum kaya, selagi itulah masih ada kekangan untuk kita bersua.
Aku rinduuu zaman sekolah :(
Kena marah dengan cikgu, tak apa. Sebab best. Cikgu bebel bagi input.
Kena buat homework banyak-banyak, tak apa. Sebab homework ada tunjuk ajar dan ada jawapannya.
Bergaduh-gaduh dengan kawan, tak apa. Sebab kita sesama enjoy in learning. Tak fikir pun masalah lain. Yang tahu, belajar, belajar, belajar, enjoyyy dalam classss! :))
Masa lalu selalu mengingatkan kita untuk merinduinya. Masa lalu bila ada dengan kita, kita minta agar masa depan menghampiri kita. Bila kita telah berada dimasa depan yang selalu kita impikan, kita rasa masa lalu itu ada lebih maknanya. Jadi, setiap masa kita adalah berharga maka kita sebagai pemain masa,hargai setiap masa yang sentiasa berada dengan kita. Kerana yang lalu tetap akan berlalu. Yang pasti, kita perlu kejar masa seterusnya :)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum WBT.
*memberi salam itu sunat, menjawab salam itu kewajipan*
Salam semua! Hari ini hari Jumaat. Hari ini 10 Januari 2014. Yeah boring! Hari boring. Hupdate blog kita merepek! Yok!
Dah puas stalk orang. Yeah, hobby. Dah habis hobi stalk orang. Buat apa lagi oi jah? Whats App orang? Hurgh malesss. Nanti pegang handphone 24 hours. Orang dok ushar. Pehal budak ni main handphone je. Hurgh. Pe tengok tengok?!
Nak balikkkk! Hahahahahahahahahahahaha!
Bila tak ada kerja, tak ada tugas terasa diri sedang diperhatikan dan diperkatakan. Amboi nyahhh! Pemalasnyaaaaa budak praktikal ni oiiiii! Ayoooo Puan Puan Tuan Tuan besar ampun yaaaa. Tak ada kerja. Mati kutu tak tahu nak cari kerja apa. Report dah siap. Itu rumah bikin buat sana lah. Haiyaaa!
Dah tak kisah kalau ada orang beso nak mengata. Haha sebab mulut orang memang tak boleh tutupkan? Hihi. Jom budak praktikal. Enjoyyyy!
Kita susah nak puaskan hati orang lain. Susah. Memang susah! Walau kita cuba sebaik mana pun, tetap buruk dipandangan orang lain. Jadi, tulikan segala apa yang terbuka agar kita lebih tahu apa yang kita buat kerana ALLAH SWT selalu bersama kita dan DIA MAHA MENGETAHUI. ALLAHUAKHBAR! A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu :)
*memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah satu kewajipan*
Salam Sejahtera :)
Hai semua sahabat sahabat fillah ku. How are you? Alhamdulillah. I'm fine. Thanks. Hehe.
Aku harap semua sihat walafiat kayy. Aku berharap juga yang aku tak kelewatan untuk mengucapkan Salam Tahun Baru 2014. Happy New Yeakkk! (Slex Tourist from Australia yang wish aku dekat Cruise) Hihi. Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga tahun ni lebih banyak hijrahnya. Lebih banyak manfaatnya. Lebih banyak memori manisnya. Lebih banyak ibadatnya. Lebih banyak dakwahnya. Insya'ALLAH. Dan yang pasti bukan kepastian tapi memang ia terjadi, lebih banyak umurnya terjadi. Moga-moga rezeki terus melimpah ruah dengan rahmat dan barakah daripada DIA Yang MAHA ESA. Aamin.
Umur aku nak masuk 20 dah? Masya'ALLAH cepatnya masa tu berlalu! Aku bukan lagi remaja tapi aku telah meningkat dewasa! DEWASA! HasbiRabbi. Alhamdulillah. Yang aku rasa usia remaja aku, tak puas. Tapi Alhamdulillah, insya'ALLAH aku telah gunakan sedaya mampu aku. Cuma aku belum capai misi ku untuk menjadi gadis solehah. Allah, izinkan aku. Berikan kekuatan kepada aku untuk aku menjadi wanita solehah, isteri yang solehah dan ummi yang solehah suatu hari nanti di pandangan MU ALLAH. Hantarkan aku orang orang yang mampu memimpinku. Dari ayahku, mama ku, sahabat-sahabatku dan orang-orang yang sentiasa bersamaMU. Jadikan mereka untuk memimpinku. Jauhkan aku daripada manusia-manusia munafik di luar sana. Yang hanya kepura-puraan semata-mata dimataku. Hanya KAU Yang MAHA Mengetahui. Allahurabbi!
Allah, aku sedar aku jauh daripadaMU. Cekalkan hati dan imanku, Allah. Agar aku sentiasa mengingatiMU. Agak aku selalu bersamaMU. Agar aku tidak pernah lepas daripada agamaMU. Sungguh, aku mahu HIDAYAHMU selalu denganku. Raqib dan Atid, malaikatMU selalu disampingku. Izinkan Raqib dan Atid menjadi pengawal ku disetiap jaga dan tidurku.
Keindahan yang dicipta adalah datang daripada jiwa dan hati kita. Jika kita mahu, kita usahakannya. Jika kita mahu tanpa gigihan kita. Lupakanlah. Kemahuan itu akan pergi dengan masa dan waktu. Berlalu tanpa kembali. E N D OF Y E A R
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
*memberi salam itu sunat tapi menjawabnya adalah wajib*
Hai gengsss awesome! How are you? Ceh speaking. Piuuuuhh~ Haha. Apa khabar sahabat ku yang comel, yang kacak, yang chun? Semoga semua sihatlah hendaknya kan. Dah lama kut rasanya tak 'hupdate blog' bukan pa, kemain lah sangat busy busy busy. Nampak tak tu 'baby beees' kita kata kita 'busy'! Nampak tak nampak tak? Hee. Aku disini sihat kut, Alhamdulillah. Baru lepas batuk-batuk, selsema equal to fever lah juga. Almaklumlah cuaca yang tak menentu. Hari-hari main hujan. Hihi.
Okay now aku tengah praktikal. Yess praktikal! Ha???! Hahaha see punya lah lama kan aku tak update. tahu tahu dah praktikal. Sem 4 dah aku ni. Hihi. Tua dah. Eh taktak. Awet muda. Kalau aku kata aku form 4 pun orang percaya kudddddds :D Pendek itu comel kanssss? Haha. *aiiitetibenakbanggadirikenapa* :p
Cerita tentang keputusan sem 3 aku. Alhamdulillah syukur pada Illahi kerana aku masih diberi peluang, diberi nikmat, diberi anugrah daripada ALLAH untuk aku hadiahkan mama dan ayah bangga dengan apa hasil penat lelah dia hantar ambik hantar ambik aku dari Klang ke Sabak dari Sabak ke Klang dan dari Sabak ke Klang lagi. Haha. Sem ni memang terrrrbaik sebab semua keputusan kawan-kawan aku pun yeaaaah TERRRBAIKK! Tahniah gengss, Teruskan usaha. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Ehh tetibeee! Keep it up! Terima kasih juga pada mama, ayah bagi kekuatan kat kakak. Huhu. Kepada kawan-kawan yang bersama-sama berjuang dengan aku dan menemani aku sampailah sekarang aku disini ! Semoga ALLAH SWT memberkati jasa kauorang semua. Sayang kauorang. Rindu kauorang. Mwahx! :*
Tempat praktikal aku 'not bad' boleh lah aku cari pengalaman kat sini. Pengalaman manis, pahit, pelat bagai semua tu boleh lah cari kat sini. Hihi. Eh haraplah tak ada yang pahit. Insya'ALLAH dipermudahkan oleh ALLAH. Aamin. Aku masuk 'office' 8.30 pagi tapi 7.20 pagi aku dah sampai depan office dah. Haha. Kalau ada 'award' perkerja datang awal, aku rasa every year nama aku yang naik. Wow! Nak request boleh tak? Haha. Baik, cenggini ceritonyooww, aku pergi kerja ayah aku yang hantar. Sekali jalan lah dengan ayah sebab ayah aku kerja kat Seksyen 13 Shah Alam. Makanya sekali jalanlah ayah hantar aku dekat Tourism Selangor Shah Alam Seksyen 14. Bangunan memang agak tersoroklah sebab aku sendiri yang kerap pergi Shah Alam pun tak pernah nampak bangunan ni. Hee, bangunan ni tepi jalan dekat dengan dataran Shah Alam yang ada jam tu. Seberang Bangunan Darul Ehsan. Belakang bangunan Wisma MBSA. Berharap kauorang boleh nampak yaa! Heehee. Bangunannya agak 'so kiudddmiuddd' berwarna biru. Tapi dalam memang 'thumbs up!' . Okay! Tugas aku? First sekali aku dapat kat bahagian unit produk. Unit produk means suatu benda atau objek tapi ni bukan benda lah kan. Ni suatu benda yang membawa kepada sumber utama pendapatan Tourism Selangor Sdn. Bhd. Unit produk ni ada 3 produk. Antaranya adalah, Sungai Chongkak park & Resort, Hutan Lipur Kanching, Rawang dan Rumah Rehat Sri Berkat, Fraser Hill. M&L nak cakap banyak, apa kata awak awak semua cuba search sendiri okay? Hihi. Kalau nak tempah sila dail 03-55132000. Insya'ALLAH kami sedia berkhidmat untuk anda semua. Hihi. Kalau ikutkan tugas aku adalah membuat kerja yang berkaitan dengan hal-hal produk ni lah. Ambik booking, serve customer and so on. Tapi aku belum buat full of 100% ambik booking. Aku akan buat kerja kerja ni semua bila Amalya tak ada kat 'office' jaa. Okay siapakah si Amalya? Amalya ni klon Afina Aulia heroin Playboy Itu Suamiku. Aku bukanlah penonton yang setia menonton cerita ni tapi aku pernah lah tengok. Yela kud sama. Hehe. Dia comel orangnya bekaca mata macam Fina tapi kaca mata dia tak beso sangat pun :3 Dia ni pun intend. Intend dari UiTM Penang. Dia dah masuk sebulan lebih awal dari aku. Kira aku ni jadi PA dia lah. Haha, dia tak ada, aku busy! Kalau dia ada, kurang sikit kut kerja aku. Haha. Masa mula-mula aku masuk sini, kira rancak gila lah sebab hujung tahun kan, macam-macam event Negeri Selangor ni nak buat! Itulah inilah. Rancak lah tugas aku. Aku boleh jadi setiausaha, boleh jadi akauntan, boleh jadi personal assistance. Serba boleh lahh nak jadi. Hamboi kemain kauuuu gila kuasa ya nyah! Hahha. Tapi tu masa minggu pertama, kedua dan ketiga lah. Lepas lepastu laporan nak buat pun dah tak tahu nak cerita apa dah. Nak cerita apa ekk? Haha boleh tak kalau nak cerita hari ni aku WhatsApp si dia, aku berangan dengan si dia, aku rancang itu rancang ini. Boleh? Haha. *merepeeeeekkk!* Seronoklah juga. Lepas ni aku nak request yang aku nak join unit event walaupun aku jabatan produk. Aku nak request join apa-apa majlis yang akan diuruskan oleh mereka untuk timba pengalaman. Dapatkan ilmu lebih banyak! Tak salah kan? Asalkan aku tak gunakan masa 'office hour'. Hehe. Insya'ALLAH.
"Two 'O' One Three" akan menamatkan masa dia pada 31 Disember pada jam 11.59 pm. Sungguh! Cepatnya masa tu berlalu. Rasanya baru semalam aku cakap dengan 'roomate' aku begini bunyinya. "Asmaa, sedihnya kita kan. Sambut NewYear jauh dari family. Sunyi je Poli kita ni. Kalau kat rumah kita mesti dah macam-macma bunyi. Mesti sekarang tengah countdown kankan." Haaa tahu-tahu dah nak dekat setahun dah kan. Dunia dah nak kiamat kan, masa memang cepat berlalu. Para Ulamak mengatakan kalau kita rasa masa tu cepat sangat berlalu bermakna kita banyak membazirkan masa tu. Kita leka dengan masa, kita lalai dengan masa. Bermakna kita sia-siakan masa lah. Haa. Kita buat perkara yang tiada faedah tanpa kita sedar kita tidak menggunakan sebaiknya. Yeke? Masya'ALLAH. Aku rasa masa cepat sangat berlalu. Maknanya aku banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Astaghfirullah. Semoga apa yang aku buat, saudara mara ku sesama Islam lakukan akan diberkati oleh ALLAH dan menjadi bekalan untuk akhirat kita kelak. Insya'ALLAH. Aamin. Jadi sekarang boleh lah kita buat checklist! Yess, checklist apa azam yang kita dah buat dan dah tercapai untuk tahun ni. Anddd apa yang tak tercapai tu boleh lah 'try again' masukkan dalam wishlist "Two 'O' One Four" nanti. Kan? Boleh dah tu start now! P buat p buat. Okayyy see youuu soon! Daaaa~ Assalamualaikum WBT :)
Lumrah sebagai manusia kadang kita alpa dengan tanggungjawab kita sendiri. Amanah kita. Entah kenapa. Adakah lumrah manusia juga yang sering lupa? Katanya kita manusia biasa bukan selalu boleh ingat semua benda? Macam tu ke? Sebenanrnya tidak. Kita boleh ubah semua tu. Insya'ALLAH. Juga kepada kehendak kita sendiri. Sebagai contoh mandi. Kita dah lali kan, bangun tidur je, kita mandi. Kita busuk je, kita mandi. Kita kotor je, kita mandi. Haa jadi kita boleh buat semua tu umpama kita mandi lah. Kita kena 'mind set' diri kita. Sekali kita liat buat, sekali kita malas nak buat. Memang benda tu tak akan jadi seperti rutin kita. Takkan sempurna tugas dan amanah kita kalau kita tak uruskan dengan baik tanpa keikhlasan hati yang terbuka. Think postive, be positive, U're king of positive ! :) R A S A S A Y A N G ' E H
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
menjawab salam itu adalah satu kewajiban :)
Kebahgiaan yang datang dalam hidup kita hanyalah sementara.
Yang ALLAH pinjamkan kepada kita untuk sementara.
Kebahgiaan juga ujian daripada kita untuk kita hadapi dan rasai.
ALLAH uji kita sama ada kita masih ingat pada DIA pada waktu kita sedang bahagia ataupun sebaliknya?
Kita selalu alpa pada-NYA di saat kita sedang bergelak tawa,
Disaat kita bersenda, berkata-kata,
Terukir sebuah senyuman yang melambangkan kebahgiaan kita sebagai hamba-NYA.
Namun disitu selalu kita silap, disitu selalu kita melupakan DIA.
Sedangkan DIA selalu ada bersama kita dengan mencurahkan segala nikmat-NYA
DIA tak pernah lupa pada kita malah DIA selalu mengingatkan kita pada DIA
Cuma kita yang tidak berusaha mendekati-NYA
Kita hanya manusia biasa,
Yang kosong tiada apa-apa tanpa DIA.
Apa yang kita rancang semua ditentukan oleh-NYA
Jadi kita tiada hak yang batil untuk menjadikan sesuatu itu yang hakiki.
Bila-bila masa DIA akan rentap segala kenikmatan yang diberikan kepada kita.
Tapi kita tak pernah sedar dan kita masih alpa dengan tanggungjawab kita.
Dimana kita sebenarnya?
Kita selalu berada disebuah persinggahan dan hanya sementara.
Adat duniawi.
Bila kita nak menetap.
Tunggu HIDAYAH?
Mana nak datangnya Hidayah daripada-NYA kalau kita sendiri tidak berusaha?
Jangan pernah berhenti dari apa yang kita langkah ke arah mahmudah. Teruskan jihad dan hijrah ke Jalan ALLAH. Fisabilillah. Kerana kebaikan dan dakwah itu bukan berhenti setakat apa yang kita ada tapi ianya luas seperti apa yang kita lihat luasnya dunia kita ini. Teruskan melangkah dan jangan pernah jemu dan jangan sesekali mengatakan ianya sudah mencukupi untuk diri kita. Ia takkan pernah mencukupi selagi hayat dikandung badan selagi kita belum menetap di liang lahad. Salam MAAL HIJRAH 1435hij. Semoga segala amalan kita yang lalu diberkati ALLAH SWT. Semoga tahun ini, kita teruskan perjuangan hidup kita bersama-sama kita melangkah menuju ke jalan-NYA untuk mendapat RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH SWT. #tiada yang sempurna di antara kita. kita sama insan yang kosong yang masih berusaha mencari NUR HIDAYAH-NYA# CERITA TAK MUNGKIN BASI
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu :)
*memberi salam itu sunat, menjawab salam adalah wajib*
Hai sayang sayangg kita semuaaa! Salam Ramadhan! Selamat beribadat. Semoga amalan ibadat kita pada bulan Ramadhan ini bertambah dan diterima oleh Yang Maha Esa. Aumm, sihat? Semoga semuanya sihat hendaknya lah yaa. Walau Hakikatnya memang sekarang musim batuk batuk, selsema, demam dan sebagainya. Tapi penyakit itu kan penghapus dosa. Semoga tabah menhadapinya okay!
Kita ni memang macam chipsmore pun, kejab ada kejab tak ada. Haha. Bukan apa, kadang kadang nak buka lappy ni M laa! Tak rajin macam awak awak yang hari hari tu online, kalau tak online tu tak sah. Tapi kita ni kalau seminggu tak dapat online pun tak apa. Ehh. Haha betul. TAK TIPU! Makruh kalau kita bohong tau.
Haa kalau kauorang semua nak tau, sejak aku balik ke Sabak Bernam, aku tak pernah update blog lagi. Sebulan koud ada. Yelaa SURE sebulan! Haha padahal pernah ada niat, lepas sampai je rumah sewa tu, malam tu aku nak update blog tapi kemaleeeeesan tu menguasai diri untuk buka lappy. Eh chup chup! Apa diaa??? Rumah sewa?!!!! Yee awakk, kita sekarang duduk kat luar. Menyewa rumah dekat Jalan Hj Parit Hassan. Kg sg Apong SG. Besar. Haha. Aku tk dapat asrama lah! Ee aku tak faham kenapa aku tk dapat asrama. Kenapa dia pilih random? INI TIDAK ADIL tapi now insya'ALLAH aku dah redha. Yeke? Wallahualam. Hehehe. Satu rumah actually ad 11 orang. Ada 3 bilik TIDUR. 2 bilik air. 2 toilet. 1 ruang tamu. 1 dapur. 1 televisyen. 1 peti ais. Semua tempat ada kipas kecuali dapur dengan toilet lah kan. OK! So far alhamdulillah okay! Btw lama lama tinggal 10 orang sahaja! Housemate yang sporting, gila gila, semua sekapala sebetis sepeha dan yang sewaktu dengannyaa! Malam pertama aku kat sana, *ceh malam pertama* hishhh bulan puasa! Astaghfirullahalazim ! Aku rasa sayu sangat sebab aku rindu family aku. Rumah, bilik. tilam, katil aku! Dan anak buah aku! Mana taknya, 2 bulan maa aku lenggang otak kat rumah. Bangun pagi, aku akan kua dari bilik, duduk dekat ruang tamu. Tengok fruit daughter aku Si Aisyaa. Dia tengah tidur lena jaa. Aku pun lama lama boleh tertidur sebelah dia. Lepastu, dia akan bobok aku. Tepuk tepuk pipi aku. Haha. Tu agenda dia kejut aku bangun ajak main lah tu. Aku bangun je, dia senyum! Yeay. Main dengan dia. Macam babysitter tulaa! Babysitter full time! Best wow! Macam tulah hr hr rutin harian aku. Last day aku kat rumah, sikit pun aku taknak tengok muka dia. Sebab aku sedih sangat koud, serius nangis masa mama nak hanta Aisyaa kat papa dia. Malam tuu, aku tengok pic dia, vdeo dia. Meleler :( Tapi lama lama aku dah okayy! Saya dah besar! Haha. BTW now rumah aku tinggal 9 orang. Farah dapat rayuan asrama. Jika seorang keluar, maka bertambah lah bayaran sewa ituu! OHSEM sangat ! 3 minggu aku dekat sana, aku tak balik rumah. Serious aku homesick! Ulala~ Haha demam! Minggu pertama puasa baru balik.
Alhamdulililah sekarang dah bulan Ramadhan. Buat kali keduanya aku berpuasa jauh dari family lagi. Kali ny kat rumah sewa pula. Haritu kat asrama. Memang menimba pengalaman betullah kan. Time puasa ni lah macam macam presentation, kerja, assesment lah itulah inilah. Apakan daya, tukan tanggungjawab kita. Bertindak mengikut arahan! BAIKLAH :) And for your information, every week aku balik klang. Ulalala~ Balas dendam padi minggu minggu yang aku homesick tuu. Haha bukan apa ouh, aku rasa macam semacam je bila dekat rumah sewa sana time hujung minggu. Kesian aya, every week ambik aku, hanta aku. Tapi dia juga yang nak. Haha. Aku nak bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga aku tiap minggu! Aku nak spirit aku! Haa.! Okay! Sekali lagi juga birthday aku jatuh pada bulan Ramadhan. Mama punya pun! Yeay. Alhamdulillah, Jimat duit ayah takyah belanja kitaorang KEPSI! haha. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mama. Yang ke 49! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Saaaaaaaaaayang mama ketat ketat, erat erat, sendat sendat !! Ha 19 July before bfday mama tu aku test JPJ. Alhamdulillah, aku lulusss! Ny lah dia barakah Ramadhan. Aku dah ada lesen now! Tapi aku tak ada kereta la. Haha aku nak neo! Aku akan cuba capaikan sasaran. Andai kata rezeki aku lebih, aku nak beli Ford Fiesta! Aku boleh. Aamin!
Birthday aku? Terima kasih kepada semua yang ingat, yang ucap dekat msg hp, Facebook, direct face to face, twitter dan sebagainya, yang bagi present. Aku sayang kauorang semua! Semoga semua family, sahabat dan ehem ehem juga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki also May ALLAH bless us! Aamin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih syeeda bagi aku cadbury. Terima kasih Haziq bagi aku frame yang dalamnya kau bagi aku lesen P yaa. Nak je aku sekeh kauu! Dah lah lukis muka aku salah letak tempat taik lalat. Haha.Wek! Ikaa, walaupun kau ego, keras kepala taknak wish aku tapi aku tau hati kau berontak nak wish juga cuma kau keraskan jiwa kau! Haha terima kasih belanja pizza! ILOVEYOUU ALLL!
Mingu ni aku balik, sampai je rumah masuk bilik ada kotak besar. CITY LINK punya kotak. Aku buka lah kotak tu yang besoletip letip banyak tempat! Sekali buka, aku melompat! Mama datang bilik aku tanya kenapa. Dapat apa. Hahaha! Kesian benda tuuu membongkok lama dalam kotak! Hubby! Terima kasih sayang bagi teddy bear besar gedabak tuuu! Akan ku peluk ia erat erat erat erat tetiap malam! Haha. Saaaayang kau cintaaa kauuu!
Dah lah, aku nak g bazaar. Lailai~
RAMADHAN ITU INDAH BAGI MEREKA YANG BERIMAN. RAMADHAN ITU MANIS BAGI MEREKA YANG MENIKMATINYA. RAMADHAN ITU MULIA BAGI MEREKA YANG BERTAQWA. SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA DAN MENINGKATKAN AMALAN IBADAT. MOGA SEGALA AMALAN IBADAT KITA DITERIMA OLEH YANG MAHA ESA, ALLAHUAKHBAR ! AAMIN :) |