♥4F24N174♥
Sweet Owner Like Reader

Navigation : touch hover image



Story History Owner Linkies Stuff

Hello Reader! Welcome to Cheese-Lady Blogspot. GAMBAR COMING SOON.




Follow This ♥

Instagram: AFZANITA
Twitter: @afzanitamahroji
Facebook 1: Afzanita Mahroji
Facebook 2: AFF AFZANITA
♥♥♥


Monthly Yearly Updated
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | April 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | September 2012 | November 2012 | December 2012 | February 2013 | June 2013 | July 2013 | November 2013 | December 2013 | January 2014 | February 2014 | April 2014 | July 2015 |

Recent Updates
SYAWAL 1436 HIJRAH :)
FERRA JULIES FERNANDES DALAM KENANGAN :')
Count Down Day ! Hijrah Dan Sewaktu Dengannya :)
S H I P :)
KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015
MUKA BARU :D
SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamuala...
A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR
E N D OF Y E A R

S H I P :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah kewajiban*



     Dear sahabat, apa khabar? Harap semua sihat walafiat. Aku? Alhamdulillah sihat. Latihan Industri, okay semua okay. Eh okay ke? So far, insya'ALLAH okay. Semoga baik-baik. Stress, tension, tertekan. 'Spell' yang berbeza, sebutan yang berlainan tapi membawa makna yang sama tu perkara biasa untuk kanak-kanak yang digelar sebagai "PELAJAR PRAKTIKAL". Orang kata, kat sini lah kita rasa dunia berhenti sekejab untuk pelajar latihan industri. Eh yeke? ( Half / Half ) Hanya senyuman aku mampu bagi. Biarlah apa yang terjadi, semua di dalam hati. Yang aku tahu, bahagia tercipta. Pheh! Sebab hari-hari aku balik rumah, hari-hari aku tengok muka ma ayah. Ada anak buah aku. Sakat adik-adik aku kat rumah. Lepastu nak tambah lagi boleh? Aku rasa dekat dengan *si dia* walaupun kita tak berjumpa. Orang kata, kalau bercinta, tak dapat tengok muka, tengok bumbung rumah pun jadi. Kan? Dapat lah, hari-hari aku pergi balik kerja tengok bumbung rumah dia. Kan sweet. Kalau berjumpa 'face-to-face' orang kata tak elok. Tak manis. Tapi darah manis ni. Ehh..

     Minggu ni aku sedih wey sedih. Minggu ke-12 aku kat sini sebab orang lain yang dah nak habis praktikal, aku yang sibuk 'countdown' hari dia dan aku nak habis latihan ni. Dia habis Jumaat ni. Gadis bergigi besi. Amalya (AMEL). 'Serius talk', aku rasa ngam dengan dia maybe sebab kita dekat  Jabatan yang sama dengan aku. Kau tolong aku, aku rasa okay kau guru aku. 'Thanks dear' sebab sudi turun kan ilmu. Dia ni 'open minded', pendengar yang baik. Tak stress aku kawan dengan dia. Bukan dia jela, ni ada lagi kawan-kawan aku kat sini. Aku 'mention' nama dia sebab dia 'partner' aku dekat jabatan ni. 'Serius talk again', aku rasa tak sabar nak habis! Aku siap kira hari bila aku nak habis, aku bagi tanda. Now, tinggal 59 hari. Pheh lamaaaa! Kenapa lama sangat :'( 

      Aku berharap, dengan pemergian Amel nanti, 'nobody' boleh bezakan aku dengan dia. Aku is aku. Maaf aku tak boleh jadi macam dia. Kerja dia 'perfect', kalau aku 'unperfect', tolong tegur aku dan ajar aku. Bukan sebaliknya sebab aku 'PELAJAR' yang perlu di ajar kerana aku disini untuk mengutip ilmu. Sebagai sifu, be a excellent mentor! Itu harapan aku. Kerana perkara ini, aku rasa setiap pagi aku sebelum pergi kerja, fikiran aku "Hmm, agak-agak apalah yang berlaku hari ni? / Apa masalah yang aku kena hari ni? / Apa lah agaknya persepsi orang pada aku agaknya hari ni?" . Berharap agar semuanya licin untuk aku meneruskan perjalanan.

    Ni aku nak kongsi. Sekarang ni aku tak tahu aku rasa tumpang bahagia ke, aku 'touching' ke, kecewa ke apa-apa ke. Apa pun, tahniah awak sebab awak bahagia sekarang. 'Statement' awak di laman sosial membuat kan bila aku membaca, aku rasa aku perlu menyatakan "Aku minta maaf sebab aku tak mampu bahagiakan kau sebagai kawan bukan sahabat yang selalu kau maksudkan walaupun kau cuba 'blend' ayat. Aku terasa tapi aku bahagia kerana kau jumpa kebahagiaan yang kau cari selama ni. Kalau dulu kau dengan aku, tekanan yang kau dapat. Kenapa eh? Mungkin aku dengan kau, aku kaku. Aku minta maaf sangat-sangat. Sekarang, kau dah jumpa sahabat yang mampu buat kau gelak hari-hari. Ketawa hari-hari. 'HAHA' hari-hari. Kau dengan aku, cekeding. Sekarang kau 'bahagia'. Jagalah diri kau baik-baik. Jaga hati kau. Jaga iman kau." Selama ni aku cuba berfikir. Aku cuba cari jalan. Macam mana aku nak buat kau bahagia. Buat kau tak rasa tertekan. Tak buat kau rasa monyok. Tapi kini, jalannya berada pada diri kau sendiri. Kau jumpa jalan bahagia. Aku tersenyum tumpang sepeha, sehati dan sejiwa. Dalam masa yang sama aku berasa kekurangan pada diri aku untuk menjadi kawan apatah lagi sahabat kau. 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.

Untuk menjadi sahabat yang baik itu tidak mudah seperti yang kita jangkakan. Kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk dirinya tapi tidak baginya menerima kehadiran kita seperti apa yang diminta. Kerana kita tidak mengerti apa yang diinginkan dan kadang kala apa yang diinginkan bukan mudah untuk kita turuti walaupun kita cuba. Sahabat itu pebimbing disaat kita keluar dari rumah tanpa ibubapa. Sahabat pendorong memandu kita ke syurga :) Salam ukhuwah Fillah :)

KUTUB MENYONGSANG PADA TAHUN 2015

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib*


KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.


Sumber dipetik daripada : SinarHarian

ALLAH SWT berfirman : Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187) Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63)


MUKA BARU :D

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawab salam adalah satu kewajipan*


          Ha! See besaq besaq besaq! Beso benor gambo kat atas ni. Okay, cuma nak heboh. Blog aku muka baru. Yeay! Aku rasa, blog lama lagi 'smart'. Kan? Tapi da bosan lah. 2 tahun dah pakai muka yang sama. Apa salahnya tukar mood. Kan? Aku rasa, kalau 'coding' blog aku tak lari, tak ada kut aku tukar muka baru. Eh yeke? Taklah, mana ada. Sebab 'coding' dia, aku ada lah. Aku jumpa 'coding' baru. So aku tukar lah. Okay? Okay lah ek, janji boleh baca. Kan? Aku rasa, kalau aku 'busy', tak sempat aku nak buat semua ni. Sebab tu lah sampai 2 tahun aku pakai muka yang sama je. Kan? Hehe. Yenadeyy, berapa banyak 'aku rasa'. Berapa banyak 'kan' lah kau ni >,<

           Gigih betul tau aku upgrade muka baru ni. Ni semua untuk kauorang tau. Hamboi! Dah macam programmer. Nasib baiklah aku tak futher study course programming. Kalau tak, mesti aku 'just focus' dengan nombor-nombor huruf-huruf 'coding' ni. Macam tak ada life je kalau aku macam ni. Eeheh. Satu hari hadap lappy. Paling bangga, hadap lappy tak pakai spec oi. Pedih mata. Mengecil dah mata ni. Stim jeeee. *Oimaaaakk!*

          Alhamdulillah, dengan berkat kegigihan, apa yang kauorang tengok sekarang ni lah hasil sepanjang hari di 'office' aku buat hari ni. So lecturer, boleh tak saya nak masukkan benda ni dalam laporan Jurnal Refleksi saya? Boleh kan? Puan juga kata, Jurnal Refleksi ni diari awak. Jadi awak boleh buat apa-apa pun ikut kretiviti awak. Yeay!

          Cerita pasal laporan, okay minngu ni minggu paling teruk. Sebab. Sebab. Sebab. Hampir 5 hari aku tak update Jurnal Refleksi. Hahaha! Selalu paling lama pun 3 hari sekali aku akan tulis laporan. Hmm, it's okay lah. Asalkan dah ada catatan dalam 'point-point!'


Indahnya hari-hari kita bersama orang tersayang. Allah, jaga kan semua orang yang aku sayang agar mereka sentiasa di bawah Rahmat dan BarakahMU- ALLAH. Sayangi mereka selalu :) Aamin :)


SALAM MAULIDUR RASUL 1435 hij / 2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
*memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah satu kewajipan*


Syukur Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi dengan nafas dan kurnianya kepadaku dan juga orang-orang sekeliling ku. Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435 Hij bersamaan 14 Januari 2014. Hari ni dah 15 Januari bermakna aku lewat sehari lah kan. Tapi tak apa lah kan. Hee.

Dengan ucapan Maulidur Rasul, semoga tema pada hijrah kali ini "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" dapat direalisasikan dengan jayanya. Dengan bersatu padunya antara kita sesama umat Islam. Insya"ALLAH. Moh kita bersama-sama menjaga imej agama kita. Tunjukkan ketinggian kesucian agama kita. Pelihara agama kita. Hargai pengorbanan Nabi utusan terakhir kita, Muhammad SAW. Kerana kita ummat terakhir yang perlu dan mesti memelihara dan mempertahankan agama kita hingga akhir akhirat kelak. Sungguh, aku teringin melihat wajah Ya Rasulallah. Semoga kita bersama-sama diberi peluang untuk bertemu dengannya di Syurga nanti. Aamin. Insya'ALLAH.

Bila tiba hari Mailidur Rasul, pertama sekali aku akan ingat okay birthday mama dalam tahun Islam. Selamat Hari Lahir mama. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati hari-hari mama sebagai seorang ibu dan isteri yang solehah, Aamin.

Perkara yang kedua, aku akan ingat zaman sekolah. Sekolah rendah pada awalnya dimana apabila tiba waktu Maulidur Rasul, sekolah pasti meriah. Meriah dengan sambutan memperingati peristiwa kelahiran baginda. Apa yang meriah? Meriah sebab ada perarakan. Boleh pakai baju raya tahun lepas. Haha. Kawan-kawan masing-masing tunjuk baju raya diaorang yang cantik-cantik. Amboi amboi kemainnnnn! Kalah cikgu-cikgu kat sekolah. Heee.

Kalau dekat sekola menengah pula yang seronoknya masa Mailidur Rasul ni, panitia Persatuan Pelajar Islam akan mengadakan macam-macam aktiviti program yang berkaitan dengan Maulidur Rasul. Antaranya buat banner. Buat banner ni best, Kita ada group. Pastu kain rintang ustazah akan bagi pada setiap kumpulan. So kita design! Yeah! Group mana paling cantik, paling kretif, paling kemas, paling menarik, dialah pemenangnya. Kemudian, banner tu pihak sekolah akan gantung dekat bangunan sekolah sempena Sambutan Maulidur Rasul. Agak bangga bila hasil kita tu ditayangkan ketika perarakan sebagai sepanduk. Waaaah! 
Buat khat. Tilawah al-Quran, semua join. Best tau. Tak kisahlah about menang ke kalah ke. Bila kita join, rasa macam seronok. Hasilnya kita berjaya. Alhamdulillah. Seronok tahu naik atas pentas ambil hadiah. Hehe.

Nak tahu apa lagi best? Bila datang sekolah, then dapat tahu yang that day ada ustaz akan datang buat ceramah kat surau. Huraaaay! Takde class untuk satu hari. No tension tension. Balik rumah takkan ada homework! Lagi lagi matematik. Hehehe.

Serious, durious, teriousss!
Bila aku praktikal ni, aku rindukan zaman persekolahan. Rindu leteran cikgu-cikgu.
Sungguh! Leteren cikgu tu lebih sweet. Begurau senda dengan cikgu.
Rindu homework. Dengar, faham, tulis, ingat. Buat latihan buat buat buat, tak dapat jawapan. Cari cari dan terus mencari akhir sekali walau kita salah pun, cikgu akan bagi tahu jawapan pada akhirnya. 
Seronoknya hai. 

Rindu kawan-kawan sekolah. Gelak tawa. Bermain-main. Begurau senda. Subhanallah! Rindunya dekat kauorang. Sekarang nak jumpa pun susah. Yang dekat-dekat pun susah nak jumpa. Bila sorang free, sorang sibuk exam. Bila sorang free, sorang sibuk kerja. Hmm. How can?
Selagi kudrat dan belum kaya, selagi itulah masih ada kekangan untuk kita bersua.
Aku rinduuu zaman sekolah :(

Kena marah dengan cikgu, tak apa. Sebab best. Cikgu bebel bagi input.
Kena buat homework banyak-banyak, tak apa. Sebab homework ada tunjuk ajar dan ada jawapannya.
Bergaduh-gaduh dengan kawan, tak apa. Sebab kita sesama enjoy in learning. Tak fikir pun masalah lain. Yang tahu, belajar, belajar, belajar, enjoyyy dalam classss! :))


Masa lalu selalu mengingatkan kita untuk merinduinya. Masa lalu bila ada dengan kita, kita minta agar masa depan menghampiri kita. Bila kita telah berada dimasa depan yang selalu kita impikan, kita rasa masa lalu itu ada lebih maknanya. Jadi, setiap masa kita adalah berharga maka kita sebagai pemain masa,hargai setiap masa yang sentiasa berada dengan kita. Kerana yang lalu tetap akan berlalu. Yang pasti, kita perlu kejar masa seterusnya :)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum WBT. 
*memberi salam itu sunat, menjawab salam itu kewajipan*

       
            Salam semua! Hari ini hari Jumaat. Hari ini 10 Januari 2014. Yeah boring! Hari boring. Hupdate blog kita merepek! Yok! 

                 Dah puas stalk orang. Yeah, hobby. Dah habis hobi stalk orang. Buat apa lagi oi jah? Whats App orang? Hurgh malesss. Nanti pegang handphone 24 hours. Orang dok ushar. Pehal budak ni main handphone je. Hurgh. Pe tengok tengok?! 

                 Nak balikkkk! Hahahahahahahahahahahaha! 

                 Bila tak ada kerja, tak ada tugas terasa diri sedang diperhatikan dan diperkatakan. Amboi nyahhh! Pemalasnyaaaaa budak praktikal ni oiiiii! Ayoooo Puan Puan Tuan Tuan besar ampun yaaaa. Tak ada kerja. Mati kutu tak tahu nak cari kerja apa. Report dah siap. Itu rumah bikin buat sana lah. Haiyaaa!

                 Dah tak kisah kalau ada orang beso nak mengata. Haha sebab mulut orang memang tak boleh tutupkan? Hihi. Jom budak praktikal. Enjoyyyy!






Kita susah nak puaskan hati orang lain. Susah. Memang susah! Walau kita cuba sebaik mana pun, tetap buruk dipandangan orang lain. Jadi, tulikan segala apa yang terbuka agar kita lebih tahu apa yang kita buat kerana ALLAH SWT selalu bersama kita dan DIA MAHA MENGETAHUI. ALLAHUAKHBAR!


A S S A L A M U A L A I K U M TWO O ONE FOUR

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu :)
*memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah satu kewajipan*
Salam Sejahtera :)



Hai semua sahabat sahabat fillah ku. How are you? Alhamdulillah. I'm fine. Thanks. Hehe.  
Aku harap semua sihat walafiat kayy. Aku berharap juga yang aku tak kelewatan untuk mengucapkan Salam Tahun Baru 2014. Happy New Yeakkk! (Slex Tourist from Australia yang wish aku dekat Cruise) Hihi. Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga tahun ni lebih banyak hijrahnya. Lebih banyak manfaatnya. Lebih banyak memori manisnya. Lebih banyak ibadatnya. Lebih banyak dakwahnya. Insya'ALLAH. Dan yang pasti bukan kepastian tapi memang ia terjadi, lebih banyak umurnya terjadi. Moga-moga rezeki terus melimpah ruah dengan rahmat dan barakah daripada DIA Yang MAHA ESA. Aamin. 

             Umur aku nak masuk 20 dah? Masya'ALLAH cepatnya masa tu berlalu! Aku bukan lagi remaja tapi aku telah meningkat dewasa! DEWASA! HasbiRabbi. Alhamdulillah. Yang aku rasa usia remaja aku, tak puas. Tapi Alhamdulillah, insya'ALLAH aku telah gunakan sedaya mampu aku. Cuma aku belum capai misi ku untuk menjadi gadis solehah. Allah, izinkan aku. Berikan kekuatan kepada aku untuk aku menjadi wanita solehah, isteri yang solehah dan ummi yang solehah suatu hari nanti di pandangan MU ALLAH. Hantarkan aku orang orang yang mampu memimpinku. Dari ayahku, mama ku, sahabat-sahabatku dan orang-orang yang sentiasa bersamaMU. Jadikan mereka untuk memimpinku. Jauhkan aku daripada manusia-manusia munafik di luar sana. Yang hanya kepura-puraan semata-mata dimataku. Hanya KAU Yang MAHA Mengetahui. Allahurabbi! 

       Allah, aku sedar aku jauh daripadaMU. Cekalkan hati dan imanku, Allah. Agar aku sentiasa mengingatiMU. Agak aku selalu bersamaMU. Agar aku tidak pernah lepas daripada agamaMU. Sungguh, aku mahu HIDAYAHMU selalu denganku. Raqib dan Atid, malaikatMU selalu disampingku. Izinkan Raqib dan Atid menjadi pengawal ku disetiap jaga dan tidurku. 


Keindahan yang dicipta adalah datang daripada jiwa dan hati kita. Jika kita mahu, kita usahakannya. Jika kita mahu tanpa gigihan kita. Lupakanlah. Kemahuan itu akan pergi dengan masa dan waktu. Berlalu tanpa kembali.


E N D OF Y E A R

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
*memberi salam itu sunat tapi menjawabnya adalah wajib*

   Hai gengsss awesome! How are you? Ceh speaking. Piuuuuhh~ Haha. Apa khabar sahabat ku yang comel, yang kacak, yang chun? Semoga semua sihatlah hendaknya kan. Dah lama kut rasanya tak 'hupdate blog' bukan pa, kemain lah sangat busy busy busy. Nampak tak tu 'baby beees' kita kata kita 'busy'! Nampak tak nampak tak? Hee. Aku disini sihat kut, Alhamdulillah. Baru lepas batuk-batuk, selsema equal to fever lah juga. Almaklumlah cuaca yang tak menentu. Hari-hari main hujan. Hihi.

   Okay now aku tengah praktikal. Yess praktikal! Ha???! Hahaha see punya lah lama kan aku tak update. tahu tahu dah praktikal. Sem 4 dah aku ni. Hihi. Tua dah. Eh taktak. Awet muda. Kalau aku kata aku form 4 pun orang percaya kudddddds :D Pendek itu comel kanssss? Haha. *aiiitetibenakbanggadirikenapa* :p
Cerita tentang keputusan sem 3 aku. Alhamdulillah syukur pada Illahi kerana aku masih diberi peluang, diberi nikmat, diberi anugrah daripada ALLAH untuk aku hadiahkan mama dan ayah bangga dengan apa hasil penat lelah dia hantar ambik hantar ambik aku dari Klang ke Sabak dari Sabak ke Klang dan dari Sabak ke Klang lagi. Haha. Sem ni memang terrrrbaik sebab semua keputusan kawan-kawan aku pun yeaaaah TERRRBAIKK! Tahniah gengss, Teruskan usaha. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Ehh tetibeee! Keep it up! Terima kasih juga pada mama, ayah bagi kekuatan kat kakak. Huhu. Kepada kawan-kawan yang bersama-sama berjuang dengan aku dan menemani aku sampailah sekarang aku disini ! Semoga ALLAH SWT memberkati jasa kauorang semua. Sayang kauorang. Rindu kauorang. Mwahx! :*

 

   Tempat praktikal aku 'not bad' boleh lah aku cari pengalaman kat sini. Pengalaman manis, pahit, pelat bagai semua tu boleh lah cari kat sini. Hihi. Eh haraplah tak ada yang pahit. Insya'ALLAH dipermudahkan oleh ALLAH. Aamin. Aku masuk 'office' 8.30 pagi tapi 7.20 pagi aku dah sampai depan office dah. Haha. Kalau ada 'award' perkerja datang awal, aku rasa every year nama aku yang naik. Wow! Nak request boleh tak? Haha. Baik, cenggini ceritonyooww, aku pergi kerja ayah aku yang hantar. Sekali jalan lah dengan ayah sebab ayah aku kerja kat Seksyen 13 Shah Alam. Makanya sekali jalanlah ayah hantar aku dekat Tourism Selangor Shah Alam Seksyen 14. Bangunan memang agak tersoroklah sebab aku sendiri yang kerap pergi Shah Alam pun tak pernah nampak bangunan ni. Hee, bangunan ni tepi jalan dekat dengan dataran Shah Alam yang ada jam tu. Seberang Bangunan Darul Ehsan. Belakang bangunan Wisma MBSA. Berharap kauorang boleh nampak yaa! Heehee. Bangunannya agak 'so kiudddmiuddd' berwarna biru. Tapi dalam memang 'thumbs up!' . Okay!  Tugas aku? First sekali aku dapat kat bahagian unit produk. Unit produk means suatu benda atau objek tapi ni bukan benda lah kan. Ni suatu benda yang membawa kepada sumber utama pendapatan Tourism Selangor Sdn. Bhd. Unit produk ni ada 3 produk. Antaranya adalah, Sungai Chongkak park & Resort, Hutan Lipur Kanching, Rawang dan Rumah Rehat Sri Berkat, Fraser Hill. M&L nak cakap banyak, apa kata awak awak semua cuba search sendiri okay? Hihi. Kalau nak tempah sila dail 03-55132000. Insya'ALLAH kami sedia berkhidmat untuk anda semua. Hihi. Kalau ikutkan tugas aku adalah membuat kerja yang berkaitan dengan hal-hal produk ni lah. Ambik booking, serve customer and so on. Tapi aku belum buat full of 100% ambik booking. Aku akan buat kerja kerja ni semua bila Amalya tak ada kat 'office' jaa. Okay siapakah si Amalya? Amalya ni klon Afina Aulia heroin Playboy Itu Suamiku. Aku bukanlah penonton yang setia menonton cerita ni tapi aku pernah lah tengok. Yela kud sama. Hehe. Dia comel orangnya bekaca mata macam Fina tapi kaca mata dia tak beso sangat pun :3 Dia ni pun intend. Intend dari UiTM Penang. Dia dah masuk sebulan lebih awal dari aku. Kira aku ni jadi PA dia lah. Haha, dia tak ada, aku busy! Kalau dia ada, kurang sikit kut kerja aku. Haha. Masa mula-mula aku masuk sini, kira rancak gila lah sebab hujung tahun kan, macam-macam event Negeri Selangor ni nak buat! Itulah inilah. Rancak lah tugas aku. Aku boleh jadi setiausaha, boleh jadi akauntan, boleh jadi personal assistance. Serba boleh lahh nak jadi. Hamboi kemain kauuuu gila kuasa ya nyah! Hahha. Tapi tu masa minggu pertama, kedua dan ketiga lah. Lepas lepastu laporan nak buat pun dah tak tahu nak cerita apa dah. Nak cerita apa ekk? Haha boleh tak kalau nak cerita hari ni aku WhatsApp si dia, aku berangan dengan si dia, aku rancang itu rancang ini. Boleh? Haha. *merepeeeeekkk!* Seronoklah juga. Lepas ni aku nak request yang aku nak join unit event walaupun aku jabatan produk. Aku nak request join apa-apa majlis yang akan diuruskan oleh mereka untuk timba pengalaman. Dapatkan ilmu lebih banyak! Tak salah kan? Asalkan aku tak gunakan masa 'office hour'. Hehe. Insya'ALLAH.

   "Two 'O' One Three" akan menamatkan masa dia pada 31 Disember pada jam 11.59 pm. Sungguh! Cepatnya masa tu berlalu. Rasanya baru semalam aku cakap dengan 'roomate' aku begini bunyinya. "Asmaa, sedihnya kita kan. Sambut NewYear jauh dari family. Sunyi je Poli kita ni. Kalau kat rumah kita mesti dah macam-macma bunyi. Mesti sekarang tengah countdown kankan." Haaa tahu-tahu dah nak dekat setahun dah kan. Dunia dah nak kiamat kan, masa memang cepat berlalu. Para Ulamak mengatakan kalau kita rasa masa tu cepat sangat berlalu bermakna kita banyak membazirkan masa tu. Kita leka dengan masa, kita lalai dengan masa. Bermakna kita sia-siakan masa lah. Haa. Kita buat perkara yang tiada faedah tanpa kita sedar kita tidak menggunakan sebaiknya. Yeke? Masya'ALLAH. Aku rasa masa cepat sangat berlalu. Maknanya aku banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Astaghfirullah. Semoga apa yang aku buat, saudara mara ku sesama Islam lakukan akan diberkati oleh ALLAH dan menjadi bekalan untuk akhirat kita kelak. Insya'ALLAH. Aamin. Jadi sekarang boleh lah kita buat checklist! Yess, checklist apa azam yang kita dah buat dan dah tercapai untuk tahun ni. Anddd apa yang tak tercapai tu boleh lah 'try again' masukkan dalam wishlist "Two 'O' One Four" nanti. Kan? Boleh dah tu start now! P buat p buat. Okayyy see youuu soon! Daaaa~ Assalamualaikum WBT :)





   

   




Lumrah sebagai manusia kadang kita alpa dengan tanggungjawab kita sendiri. Amanah kita. Entah kenapa. Adakah lumrah manusia juga yang sering lupa? Katanya kita manusia biasa bukan selalu boleh ingat semua benda? Macam tu ke? Sebenanrnya tidak. Kita boleh ubah semua tu. Insya'ALLAH. Juga kepada kehendak kita sendiri. Sebagai contoh mandi. Kita dah lali kan, bangun tidur je, kita mandi. Kita busuk je, kita mandi. Kita kotor je, kita mandi. Haa jadi kita boleh buat semua tu umpama kita mandi lah. Kita kena 'mind set' diri kita. Sekali kita liat buat, sekali kita malas nak buat. Memang benda tu tak akan jadi seperti rutin kita. Takkan sempurna tugas dan amanah kita kalau kita tak uruskan dengan baik tanpa keikhlasan hati yang terbuka. Think postive, be positive, U're king of positive ! :)


R A S A S A Y A N G ' E H

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
menjawab salam itu adalah satu kewajiban :)



Kebahgiaan yang datang dalam hidup kita hanyalah sementara.
Yang ALLAH pinjamkan kepada kita untuk sementara.
Kebahgiaan juga ujian daripada kita untuk kita hadapi dan rasai.
ALLAH uji kita sama ada kita masih ingat pada DIA pada waktu kita sedang bahagia ataupun sebaliknya?

Kita selalu alpa pada-NYA di saat kita sedang bergelak tawa,
Disaat kita bersenda, berkata-kata, 
Terukir sebuah senyuman yang melambangkan kebahgiaan kita sebagai hamba-NYA.
Namun disitu selalu kita silap, disitu selalu kita melupakan DIA.
Sedangkan DIA selalu ada bersama kita dengan mencurahkan segala nikmat-NYA
DIA tak pernah lupa pada kita malah DIA selalu mengingatkan kita pada DIA
Cuma kita yang tidak berusaha mendekati-NYA

Kita hanya manusia biasa,
Yang kosong tiada apa-apa tanpa DIA.
Apa yang kita rancang semua ditentukan oleh-NYA
Jadi kita tiada hak yang batil untuk menjadikan sesuatu itu yang hakiki.
Bila-bila masa DIA akan rentap segala kenikmatan yang diberikan kepada kita.
Tapi kita tak pernah sedar dan kita masih alpa dengan tanggungjawab kita.
Dimana kita sebenarnya?

Kita selalu berada disebuah persinggahan dan hanya sementara.
Adat duniawi. 
Bila kita nak menetap.
Tunggu HIDAYAH?
Mana nak datangnya Hidayah daripada-NYA kalau kita sendiri tidak berusaha?



Jangan pernah berhenti dari apa yang kita langkah ke arah mahmudah. Teruskan jihad dan hijrah ke Jalan ALLAH. Fisabilillah. Kerana kebaikan dan dakwah itu bukan berhenti setakat apa yang kita ada tapi ianya luas seperti apa yang kita lihat luasnya dunia kita ini. Teruskan melangkah dan jangan pernah jemu dan jangan sesekali mengatakan ianya sudah mencukupi untuk diri kita. Ia takkan pernah mencukupi selagi hayat dikandung badan selagi kita belum menetap di liang lahad. Salam MAAL HIJRAH 1435hij. Semoga segala amalan kita yang lalu diberkati ALLAH SWT. Semoga tahun ini, kita teruskan perjuangan hidup kita bersama-sama kita melangkah menuju ke jalan-NYA untuk mendapat RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH SWT. #tiada yang sempurna di antara kita. kita sama insan yang kosong yang masih berusaha mencari NUR HIDAYAH-NYA#


CERITA TAK MUNGKIN BASI


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu :)
*memberi salam itu sunat, menjawab salam adalah wajib*

Hai sayang sayangg kita semuaaa! Salam Ramadhan! Selamat beribadat. Semoga amalan ibadat kita pada bulan Ramadhan ini bertambah dan diterima oleh Yang Maha Esa. Aumm, sihat? Semoga semuanya sihat hendaknya lah yaa. Walau Hakikatnya memang sekarang musim batuk batuk, selsema, demam dan sebagainya. Tapi penyakit itu kan penghapus dosa. Semoga tabah menhadapinya okay!

Kita ni memang macam chipsmore pun, kejab ada kejab tak ada. Haha. Bukan apa, kadang kadang nak buka lappy ni M laa! Tak rajin macam awak awak yang hari hari tu online, kalau tak online tu tak sah. Tapi kita ni kalau seminggu tak dapat online pun tak apa. Ehh. Haha betul. TAK TIPU! Makruh kalau kita bohong tau.

Haa kalau kauorang semua nak tau, sejak aku balik ke Sabak Bernam, aku tak pernah update blog lagi. Sebulan koud ada. Yelaa SURE sebulan! Haha padahal pernah ada niat, lepas sampai je rumah sewa tu, malam tu aku nak update blog tapi kemaleeeeesan tu menguasai diri untuk buka lappy. Eh chup chup! Apa diaa??? Rumah sewa?!!!! Yee awakk, kita sekarang duduk kat luar. Menyewa rumah dekat Jalan Hj Parit Hassan. Kg sg Apong SG. Besar. Haha. Aku tk dapat asrama lah! Ee aku tak faham kenapa aku tk dapat asrama. Kenapa dia pilih random? INI TIDAK ADIL tapi now insya'ALLAH aku dah redha. Yeke? Wallahualam. Hehehe. Satu rumah actually ad 11 orang. Ada 3 bilik TIDUR. 2 bilik air. 2 toilet. 1 ruang tamu. 1 dapur. 1 televisyen. 1 peti ais. Semua tempat ada kipas kecuali dapur dengan toilet lah kan. OK! So far alhamdulillah okay! Btw lama lama tinggal 10 orang sahaja! Housemate yang sporting, gila gila, semua sekapala sebetis sepeha dan yang sewaktu dengannyaa! Malam pertama aku kat sana, *ceh malam pertama* hishhh bulan puasa! Astaghfirullahalazim ! Aku rasa sayu sangat sebab aku rindu family aku. Rumah, bilik. tilam, katil aku! Dan anak buah aku! Mana taknya, 2 bulan maa aku lenggang otak kat rumah. Bangun pagi, aku akan kua dari bilik, duduk dekat ruang tamu. Tengok fruit daughter aku Si Aisyaa. Dia tengah tidur lena jaa. Aku pun lama lama boleh tertidur sebelah dia. Lepastu, dia akan bobok aku. Tepuk tepuk pipi aku. Haha. Tu agenda dia kejut aku bangun ajak main lah tu. Aku bangun je, dia senyum! Yeay. Main dengan dia. Macam babysitter tulaa! Babysitter full time! Best wow! Macam tulah hr hr rutin harian aku. Last day aku kat rumah, sikit pun aku taknak tengok muka dia. Sebab aku sedih sangat koud, serius nangis masa mama nak hanta Aisyaa kat papa dia. Malam tuu, aku tengok pic dia, vdeo dia. Meleler :( Tapi lama lama aku dah okayy! Saya dah besar! Haha. BTW now rumah aku tinggal 9 orang. Farah dapat rayuan asrama. Jika seorang keluar, maka bertambah lah bayaran sewa ituu! OHSEM sangat ! 3 minggu aku dekat sana, aku tak balik rumah. Serious aku homesick! Ulala~ Haha demam! Minggu pertama puasa baru balik.

Alhamdulililah sekarang dah bulan Ramadhan. Buat kali keduanya aku berpuasa jauh dari family lagi. Kali ny kat rumah sewa pula. Haritu kat asrama. Memang menimba pengalaman betullah kan. Time puasa ni lah macam macam presentation, kerja, assesment lah itulah inilah. Apakan daya, tukan tanggungjawab kita. Bertindak mengikut arahan! BAIKLAH :) And for your information, every week aku balik klang. Ulalala~ Balas dendam padi minggu minggu yang aku homesick tuu. Haha bukan apa ouh, aku rasa macam semacam je bila dekat rumah sewa sana time hujung minggu. Kesian aya, every week ambik aku, hanta aku. Tapi dia juga yang nak. Haha. Aku nak bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga aku tiap minggu! Aku nak spirit aku! Haa.! Okay! Sekali lagi juga birthday aku jatuh pada bulan Ramadhan. Mama punya pun! Yeay. Alhamdulillah, Jimat duit ayah takyah belanja kitaorang KEPSI! haha.  Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mama. Yang ke 49! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Saaaaaaaaaayang mama ketat ketat, erat erat, sendat sendat !! Ha 19 July before bfday mama tu aku test JPJ. Alhamdulillah, aku lulusss! Ny lah dia barakah Ramadhan. Aku dah ada lesen now! Tapi aku tak ada kereta la. Haha aku nak neo! Aku akan cuba capaikan sasaran. Andai kata rezeki aku lebih, aku nak beli Ford Fiesta! Aku boleh. Aamin! 

Birthday aku? Terima kasih kepada semua yang ingat, yang ucap dekat msg hp, Facebook, direct face to face, twitter dan sebagainya, yang bagi present. Aku sayang kauorang semua! Semoga semua family, sahabat dan ehem ehem juga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki also May ALLAH bless us! Aamin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih syeeda bagi aku cadbury. Terima kasih Haziq bagi aku frame yang dalamnya kau bagi aku lesen P yaa. Nak je aku sekeh kauu! Dah lah lukis muka aku salah letak tempat taik lalat. Haha.Wek! Ikaa, walaupun kau ego, keras kepala taknak wish aku tapi aku tau hati kau berontak nak wish juga cuma kau keraskan jiwa kau! Haha terima kasih belanja pizza! ILOVEYOUU ALLL!

Mingu ni aku balik, sampai je rumah masuk bilik ada kotak besar. CITY LINK punya kotak. Aku buka lah kotak tu yang besoletip letip banyak tempat! Sekali buka, aku melompat! Mama datang bilik aku tanya kenapa. Dapat apa. Hahaha! Kesian benda tuuu membongkok lama dalam kotak! Hubby! Terima kasih sayang bagi teddy bear besar gedabak tuuu! Akan ku peluk ia erat erat erat erat tetiap malam! Haha. Saaaayang kau cintaaa kauuu!

Dah lah, aku nak g bazaar. Lailai~












RAMADHAN ITU INDAH BAGI MEREKA YANG BERIMAN. RAMADHAN ITU MANIS BAGI MEREKA YANG MENIKMATINYA. RAMADHAN ITU MULIA BAGI MEREKA YANG BERTAQWA. SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA DAN MENINGKATKAN AMALAN IBADAT. MOGA SEGALA AMALAN IBADAT KITA DITERIMA OLEH YANG MAHA ESA, ALLAHUAKHBAR ! AAMIN :)


C e r i t a C u t i : )

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.
Salam Sejahtera.


   Hai dear dear! Apa khabar? Semoga semuanya sihat walafiat lah yaa. Kali ni jarak update blog tak terlalu lama sebab hati tengah terasa rajin sangat sangat nak update blog. Hehe. Aku sekarang tengah aaaaacummm~ Haa sihat alhamdulillah cuma tengah bersin bersin dan lemau. Lemau sebab minggu depan dah nak kena balik poli. Serius sedih sangat :( Cuti dua bulan kat rumah, macam macam kenangan aku dapat. Sebab tulah jadi berat hati nak tinggalkan rumah lagi. Boleh tak kalau aku taknak balik poli? hehe *mengada.

   Alhamdulillah saat yang aku tunggu tunggu 06062013 means 6June. Atau lebih tepat thats day is Israk Mikraj. Tarikh tu juga is someone special birthday. Insya'ALLAH he is my future husband. Selamat Ulang Tahun kelahiran. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Be a soleh son and insan yang bertaqwa. Tingkatkan amalan mulia full kan ibadat wajib dan jadi seorang abbi yang mithali. *ehh* Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Haip! No party! Just Allah masih bagi kesempatan pada aku untuk wish birthday dia. Sempat bagi birthday present yang tak seberapa. Sempat tengok dia datang rumah kununya ada hal penting mama nak jumpa padahalnya tidak. Nak serahkan hadiah jee. hihi sorry awak! Kalau dia sayang,dia kena terima seadanya. Haha. Thanks also to all my dear friends sebab temankan cari present and give idea also opinion. Iloveeyouuu lah!

   Jika ditanya puaskah aku luangkan masa bersama kawan kawan sekolah aku? Jawapannya tidak! Aku tak puas! Tapi Alhamdulillah masih ada masa aku untuk bersama dengan mereka. Bawak jalan g SCM. Sweet time with Syqin, Syafika and Linda. Misssyouuu! :* Then ada hari yang Syafika ajak datang rumah, buat cookies! Awesome. Sebab dulu dulu pernah plan nak buat benda camtu kat rumah salah seorang kawan. Alhamdulillah Syafika pelawa. Sangat sangat rasa excited masa dia pelawa tuu! Hee agak kepoh jugak rumah pika tuu. Masing masing potpetpotpet~ Syqin pulak sibuk berangan nak oder cookies kat pika bila pika buat bisnes.. Eh Aamin.Manalah tau jadi kenyataan kee. Aku lak sibuk berangan nak jadi manager. Haha apalah punya merepek. Macam budak budak. Yaa, umur kami sememangnya umur tahap matang tapi kami still like children! Takpelah kan, be ourself. Bukan hipokrit :) Taraaaaaaa! Jadi gak cookies Syafikaa. Seedappp weyyy! Ni tak tipu sebab adik adik aku, mama aku sukaa sangat cookies choclate badam ni. Terrrrbaikkkk! Boleh kau kahwin! bukan aku yang cakap, tapi mak kau! Haha!

   Aaaalaaaaaaaaahaiiii! Aku sangat sangat lemau sekarang ni. Sebab nextweek aku dah kena balik poli laa. Aku taknak balik.Taknak balik! Siapa sangka yang hr Selasa aku dah ke Sabak. Sebab aku ada hal nak g sabak. Ya Allah, sayu ja hati aku pergi sana. Sebab aku fikir, minggu depan dah nak kena ke Sabak lagi. Tinggalkan rumah. Dah tak boleh nak tiap pagi bangun tengok muka mama, ayah, adik adik siap g sekolah. Gelak tawa Aisyaa. Nak nangis nak nangisss! :( Dah mula kena fikir pasal study balik daa. Sabar hati sabar. Jangan berontak. Kita kan student lagi. Ikut jaa. belajar rajin rajin okayy :) Yess, keep it up! Allah kan ada :)

   Segala urusan Alhamdulillah dah selesai. Yuran dah bayar, pendaftaran online pelajar senior pun dah selesai. Print out pun sudah. Fotocopy segala resit, slip pun suda. Im doneee for everything except packing baju, and myself! Im not ready yet for the next sem! Ya Allah , tolong kuatkan akuuu.... 

   Kenangan oh kenangan. Duduklah kau dalam memori kotak sebagai kenangan yang terindah. Buatlah aku tersenyum sekiranya aku scan kau kenangan. Jikalau aku duka, timbullah kau dalam otak aku tanpa aku klik kau. Agar kau mampu membuat aku gembiraaa! 

  Okay cuma sampai disini. Jumpa lagi ! tataaa. Assalamualaikum WBT :)

Ya ALLAH. Ampunkan segala dosaku, Mama dan Ayahku. Kedua Nendaku. Semua saudaraku. Sahabat Seperjuanganku. Muslimin dan muslimat... Berkatilah dan Redhailah hidup kami Ya Rabb. Sesungguhnya hanya padaMU segalanya kami berserah. Lindungilah kami dari segala kemungkaran dan kezaliman yang KAU khianati. Dekatilah kami dengan cahaya hidayahMU.Pandukanlah kami ke Siratolmustaqim MU. Satukanlah kami dibawah satu langit dengan Mawaddah Waharahmah :) Aamin Ya Rabbal Alamin...


CHAK CHAK CHAK BAAAAAAHH :)


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu and Hai !


First for all nak minta maaf sangat sangat sebab dah lama sangat sangat kita tak update blog ny. Huhu. Kalau sebulan tu tak apa lagi koud. Ny dah dekat 3 bulan aku tak update blog. Silent reader pun semakin berkurang sebab bila bukak blog aku jee, cerita yang sama. Balik balik cerita yang sama. No newest entry! Aaaaaa boringggg kan! Sorry yaa. Nak kata busy tak. Nak kata malas, MUNGKIN! Haha. Maklumlah, ini penyakit paaaaaaaaling susah nak diubati sebab ubat RAJIN sukar juga untuk ditemui. Huahua. Banyaklah kauuu AFFFFFF!!!! Apapun, semoga pembaca blog ny sihat sihat selalu dan bahagia bersama orang yang tersayanggg!

Alhamdulillah, aku sihat. Now aku tengah cuti semester! Ehh? Haha seee, tengok tengok jaa dah cuti sem lagi. Langsung takde cerita tentang semester 2. Now tautau jaa dah nak masuk sem 3. Apa kau ny Af?! Sorry laaa awak awak sekalian, kitaa malas aa nak bukak lappy. Kita tak rajin sangatlah nak onlineee! Tak caye cuba cek kita punya Facebook ngan Tweeter, jarang update kannn?! Kan kann kannnn?! Haaa. BTW aku selitkan sikitlah yaa untuk overall kisah sem 2 ny. Haaa syukur alhamdulillah ku panjatkan setinggi tinggi terima kasih pada Allah SWT kerana sentiasa berada disampingku dan sentiasa menemaniku. Terima kasih kepada my family esp mama dan ayah sebab support kakak selalu sentiasa dan selamanya. Pada hubby yang selalu advice dan bagi semangat. *ehhh* pada kawan kawan seperjuangan yang menemani bersama sama menelaah ilmu dan tak pernah kuduuukut! Huhuu. Alhamdulillah semester 2 berakhir dengan jayanyaa. Setinggi tinggi penghargaan buat POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Result sem 2 sangat sangat menggembirakan. Alhamdulillah syukur nikmat Ya ALLAH Ya RABB :) Semoga the next sem aku akan terus mengecapi kecemerlangan dan menggembirakan hati semua orang esp for my lovely is mama dan ayah!

Cuti semester lebih kurang dua bulan. Now dah sebulan lebih aku kat rumah. 21 June aku akan masuk poli balik. Apa aku buat kat rumah cuti ny? Dulu pernah ada nawaitu, bila cuti sem yang break 2 month, aku ada niat nak kerja. Tapi nak buat cemana kan, tak ada rezeki. Aku duduk lah rumah jadi babysitter. heuheu~ Kursus rumah tangga, jadi isteri soleha, ibu mithali. Eh ehh, menyimpangggg kauuu jahh! Haha. Syukur, cuti aku diisi dengan perkara perkara yang sangat berfaedah. Eh tak kisaaa pulak aku tak kerja walaupun aku tahu sem break ny aku miskin! Whaaaaaa :( Tapi aku bahagiaaaaa! U know, aku BAHAGIAAAAA! Ny namanya betul betul FRESH SEM BREAK okayyy! Aku dapat spent time dengan anak buah aku. Dah besar dah diaa. Dah nak masuk 5 bulan dah. Esok dia 5 bulan lah. Haha. Ann-Nur Aisyaa Binti Mohd Afif namanya. Nampak sangat aku tak pernah update kisah dia kan? Kan aku dah kata, aku malas online. Haha. Tu kat atas tu gambar dia lah. Gambar dia bersama aunty ummi dia. Pose yang sama kan?! Haha. Cuba tengok, siapa laaaaagi comel? Aku yang atas, yang lagi bam bam tuulaa my fruit daughter! Huhu, tengok kualiti gambar pun dah tau kan mana aku. Hihi. its okay its okay :)

Akuu jugaa dapat spent time dengan family. Lebih lebih lagi dengan mama. Haaaakauuuu! Lagi akrab. No more secret. Aku sampai taktau, ada ke sekelumit rahsia gn mama? Macam takde jee. Dari A sampai Z aku cerita. Huhu mama you're my bestiess takkan terpisah! Kunun nak simpan simpan lastly mesti nak cerita juga. Haaa ny lagi kes yang best, aku dapat spent time dengan member sekolah akuu! Lama sangat dah tak meet diaorang nih! Agak agak kalau aku kerja, aku dapat ke jumpa diaorang? Spent time bersama? I dont think so. Inilah namanya hikmah. Kan Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kitaaa :) Terima kasih Allah.
Okayy ny untuk the simple story. Insya'ALLAH kalau panjang umur, kita jumpa the next entry okay? Kat bawah ny ada gamba Aisyaa. See lah untuk tatapan. Jaga diri, Jaga Hati dan Jaga Iman. Salam Ukhuwah :)





Apabila kita merindui seseorang, berdoalah dan berzikirlah kepada ALLAH SWT agar rindu kita padanya tidak akan pernah alpa bahawa rindu dan cinta kita itu tidak lebih daripada kita mencintai ALLAH SWT. Agar ALLAH tidak cemburu dengan kita kerana merindui makhlukNYA.Bersujudlah pada Yang ESA agar rindu kita pada makhlukNYA akan dibendung disamping sisiNYA. Semoga RINDU itu diredhai dan diberkati. Selitkan dan titipkan doa untuknya agar rindu itu sentiasa didalam doa kerana dia jauh dari kita. Semoga ALLAH sentiasa melindungi orang yang kita sayang dan orang yang kita rindu. Aamin Ya Rabbal Alamin :)


ASSALAMUALAIKUM WBT ;)



YA ALLAH.
Andai kau hantarkan Sang Adam kepadaku,
Untuk patrikan cinta sebagai kekasih hati.
Berikanlah kekuatan kepadanya agar dia sabar dan mampu menunggu aku hingga masanya.

Kuatkan iman dan teguhkan agamanya hanya kerana Mu, Ya Allah.
Jadikan kami hamba-hamba yang setia walau kami tiada ikatan.
Jadikan penantian kami sebagai keindahan disatu hari setelah kami akad. 
Elakkan kami dari satu sentuhan bunga kemaksiatan.

Jauhkan kami dari segala persengketaan dan hasutan syaitan yang direjam.
Ya Allah,
Jika ada rindu diantara kami,
Berikan kami hidayahMu agar kami saling mengingati adalah keranaMu.
Pertemukan kami dalam doa.
Syahdukan kemanisan cinta kami dititipkan dengan kasihMu.

ALLAHUAKHBAR!
Indahnya anugerahMU dengan memberikan perasaan cinta yang perlu kami tahan hingga takdirMu menyatukan....




Buat bakal Imamku, aku tahu kau ada untukku. Jikapun bukan didunia, aku pasti kau ada diakhirat sana. Tapi aku yakin, kau ada dekat denganku. Tunggulah aku dan pasti aku menunggumu. Percayalah, suatu hari nanti takdir Allah itu akan menyatukan yang terbaik untuk kita dengan berkat kesabaran. Dengan Izin Allah SWT. Aamin :)


Assalamualaikum Semester 2 :)


Assalamualaikum WBT Saudara dan Saudariku yang dikasihi sekalian :)
*Memberi salam itu sunat TAPI menjawabnya adalah kewajiban bagi saudaraku yang seagama dengankuu :)


  Hai kawan kawan! Haha. Apa khabar? Semoga sihat sihat selalu hendaknya dan happy happy sokmo! Rinduuuu blogg! Sentiasa M (malas) nak update blog sebab malas nak buka lappy. Padahal banyak sangat cerita. Huhihi.. Ohh maafkan sayaa. Saya sihat alhamdulillah. Sihat walafiat. Walaupun tak ditanya :)) Alhamdulillah sekarang aku dah berada di semester dua. Oyeahhh! Alhamdulillah selesai juga akhirnya semester satu. Semuanya Alhamdulillah okay. Syukran Ya Allah kerana permudahkan segalanya dan Kau ada bersamakuu :) Not bad for semester dua. Still menginap di resort yang begitu indah. Hanya terdapat didalam Politeknik sahaja. Menjadi rtebutan pelajar PSIS. Alhamdulillah saya terpilih menjadi VVIP menginap disini! Satu bilik dua orang. Roomate kaki K-POP! Whaaa! Namanya Asmaa. Tu tak bermakna aku melupakan sahabat sebilik aku dahuluu. Mira Mahfut dan Wawa. Imisssssyouuuusomuch! Rindu nak dengar suara doraemon, wawa! Rindu nak dengar luahan cinta keliri si Miraa! Rindu nak tengok movie sesamaaa! Huwaaaaaaa :'((

  Baru masuk sem dua selama seminggu, dah cuti lagi seminggu. Cuti Krismas. TAPI aku tak celebrate. Harap Maklum. I LOVE ALLAH. I LOVE RASULULLAH. I LOVE ISLAM ! ALHAMDULILLAH :) Cuti yang no comment. Rutin harian biasa. Berada dirumah. Belajar menjadi suri rumah yang berjaya daripada guru yang tiada tandingan. My Mamaa! I LOVE YOU! Hehee. Okayy. Siapa tahu 28 DECEMBER. Hari apakah ituu? Well, hari Jumaat lahh. Kan? Haha. Ada lagi selain tuu... Ce teka ce tekaa :p Yeaaaahhhh! Warga PARKSON mesti tahu hari apakah itu. Haha. Yeay, Member's Day for Bonuslink Card tuu. Alaa shopping 150 keatas dapat free voucher RM 10. Ulalala~

  Okay, that day aku memang dah plan nak pergi Parkson. Nak shopping swimming suit. Hhi. Ait? Yalaa, sem 2 dah ada swimming. Okay best! Alang alang tu nak jumpa kakak sayangggg! Ngee. Kak Ziana namanya. KAKAK KITA. Mulanya plan nak pergi sorang. Ayah hantar after dia balik dari solat Jumaat and on the waynyee dia pergi ke tempat kerja. Aku rasa mesti ayah suruh mama aku follow aku g Klang Parade. Eleh, risau sangat lettew aku g sorang sorang. Haha. Aku cakap dengan mama, 'Mama ada hikmah mama ikot!' Mama reply, ' Ha kau kenapa? Main mata, sengeh sengeh?' Aku, 'Mamaaa, nak jumpa Amy boleh? Alang alang mama da ada, bagus juga kan nak jumpa Amy? Boleh eh maa? Kesian Kakak dah lama tak jumpa Amy.. Mama tak kesiann?' Mama gelak gelak. Mama kata 'Yelayelaa.. Eh Amy tak kerja kee? G lah cakap dengan dia.' 'Okayy maaa. Nati pas solat Jumaat kakak text dia!' Kihkih padahal dah tau Amy cuti. Wow, siapa Amy? Oh dia tu Hubbi Waa Fuaadiy....

  Tibanya di KP, aku melulu terus ke Customer Service. Eeeee rindunyaaaa aku kat situu. Rindu juga Kakak Kita. Akk tu nampak sibuk. Aku pun pergi ke Handbag Department dapatkan mama. Mama, ' Dah jumpa kee swimming suitnya?' Aku, 'Eh lom lagi. Tadi jumpa kak ziana. Dia busy. Jab lagilah. Mama nak g mana?' Mama, 'Kau pergilah jalan jalan. Amy mana? Mama nati g jalan jalan kat atas dengan adik.' Aku, ***ait mama greenlight betul.. Haha aku'okeoke, nati pape kakak call mama.

  Tak lama tu, Amy datanggg! Aucakkkk! Subhanallah rindunyaa aku dekat dia. Rindu yang teramat sangat. Terima Kasih Allah atas pertemuan tu. Aku bawak dia pergi jumpa mama. Haha. Taknak taknak pun, aku pedulik apa. Kau nak amek aku, jumpa mama aku dululah. Kalau amek tanpa kebenaran, serupa kau mencuri. hukumnya berdosa tauu! Haha. Dari jauh mama tersenyum kehairanan. Mana taknya, Imamku??? Pakai camtu? Whaa sempoi. Haha terkejut dan terkedu dia salam mama, lantas meminta izin, 'Cikk, saya bawak diajalan jalan dulu yee?' Mama, 'Okay jangan lama lama tauu'. Ya Rabbi, sporting sangat mama ny. Hehe.

  Nak dipendekkan cerita, swimming suit aku dia yang pilih. Sampai jam 5 petang, kami tunggu kakak kita untuk makan MCD bersama. Ohhh terasa lepasnya rinduu aku pada dua insan yang sentiasa bermain didalam hati ny! Alhamdulillah terima kasih Allah! terima kasih Mama. Terima Kasih Kakak Kita! Terima Kasih Yaa Hubbi Waa fuaadiy. 



Semoga Rindu ini tidak melebihi Rinduku pada kekasihMU Ya RABB. Lindungilah dan berkatilah hubungan kami semua hingga ke Syurga JannahMU Ya ALLAH. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi. Kullu Aa'Min Wa Antum Bikhair. Selama Tahun Baru. Semoga Tahun baru ini adalah yang lebih baik dari tahun lalu. Semoga lebih sempurna walaupun tidak akakn pernah sempurna. Tingkatkan keimanan dan Ketaqwaan menjadi Insan yang diredhai. Insya'ALLAH. Semoga Allah menguatkan nawaitu kita dengan usaha. Aamin Ya Rabbal Alamin :)

P E L A N G I


Assalamualaikum WBT :)
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu adalah wajib :)

Cinta itu NIKMAT.
Cinta itu anugerah ALLAH SWT kepada hambaNYA.
Itu juga fitrah yang dikurniakan pada manusia.
Agar manusia menikmati dan berkongsi manisnya perasaan cinta itu.
Yang datang dari sayang,
Yang wujud dari kasih,
Yang bermula dari rindu,
Yang turun dari hati.

Tapi kadangkala cinta itu menyakitkan.
Kadangkala seperti pelangi.
Bahagiakan warna warni kehidupan hanya umtuk sementara.
Datang dan pergi tanpa kita sedari tapi yang pasti cinta itu bahagia bila ada indahnya.

Cinta tidak semestinya selalu ada.
Cukup indah bila saling mencitai, merindui dan pasti mengharapkan sesuatu agar bahagia itu berkekalan.
Tapi
Kalau yang dinamakan cinta manusia itu,
INDAHNYA HANYA DALAM MIMPI :)



Ya ALLAH, jika dia jodohku, kau dekatkanlah hati kami dan titipkan kasih kami dengan kasih ketqwaanMU, Ya RABB. Jadikan CINTA kami didalam keredhaanMU. Jadikan dia bakal pemimpinku yang membawa aku ke SIRATOLMUSTAKIM menuju Syurga JannatulFirdaus. Serta Imamku disetiap ibadatku dan bapa kepada cahaya mata amanahMU :) Amin Amin Amin :) Ya Rabbal Alamin..

GoodByeBye SEM 1 :)


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu :)
Memberi salam itu sunat, menjawabnya adalah suatu kewajiban :*


  Hey hai geng yang awesome! How are you? Hopefully sihat walafiat and happy with beloved family and and orang orang yang tersayanggg :) Ehem, tahu tahu jaa sekarang ni aku dah habis sem 1. Haha tak pernah pun cerita pengalaman belajar kat sana kan?  Nak buat cane, busy ni. Super busy wumen. Kehkeh.

  Alhamdulillah so far semua okay alright. Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Walaupun pada mulanya aku tak pasti yang aku boleh handle semua ni. Yolaa, first time berjauhan dengan mama ayah. Sebelum ni duk bawah ketiak mama jaa. Haha opsss kantoi sudaa :D

  Takut salah pilih kawan pun adoo, yolaa selama ni bertahun tahun dengan kawan seperjuangan dari kecik sampailah aku beremaja *ayat apakah?* Haha. Okayy goods sayangg, i got a lot of new members. Yang sebahagiannya ada ciri ciri yang membawa aku ke jalan kebenaran. Sama sama mahukan yang terbaik dalam kehidupan. Tak seperti yang aku sangka. Tapi ada juga yang kejutan budaya. Haha lantak merekalah sana. Aku berharap agar Iman ku kuad dan terus kukuh untuk jaga maruah aku, diri akuu. AMIN :)

  Serious sedih nak tinggalkan roomate haritu. Wawa dengan Mira. Tina? Awal awal lagi kau dah tinggalkan kitaorang kan? Sedih.. First day, serious takut nak hadap mereka semua ni. Tapi tulah aku cakap, Alhamdulillah semua sekepala. Haha kadang kadang ada juga bertekak tapi orang kata, adatlah tu kan. macam tulah baru bahagia. Kalau baik saja, boringg.. Tak gituu?! Haih lepas ni dapat roomate macam tu lagi ke dok haa?!

  Cerita pasal 'roomate', arghhh! PSIS kenapa kau bikin aku risau dan tidak tenang semasa cuti sem ni? Kami DUP 1A tak boleh daftar untuk permohona asrama. Oh sedih! Tak mungkin aku kena duk luar? Aku tak prepare rumah sewa pun sayanggg PSIS oi oi. Sakit pulakk hati kitaaa. Sakit sangatt!

  About final exam? Haha memeng terkejut habis! Tak sangka SPM lagi mudah. Haha. Tak tahu pula aku yang final exam ni memang sejibik macam SPM. Aku mana ready! Aku ingat jawab macam biasa biasa juga. Sekali first dayy kena duduk kat dewan daa. Alahaiii~ Suasana yang buat aku nervous. Dah lah PB aku buat dengan cara hoyhoy jaa! Haha sekarang baru rasa sedar diri insaf sekejab dan selamanya. Next sem jangan main main lagi. Okay hope semua lepas. No need to repeat, yee sayangg yeee? Be nice to me yaa! Serious tourism nampak jaa senangg, enjoy enjoyy kan padahal tak punn. Susah juga. Bak kata ayah, namapun belajar. Mana ada belajar yang senang. So step nya dari meniarap kenalah merangkak, dari merangakk kenalah bertatih. Dari bertatih baru boleh berlari. Manada dari tak tau apa apa, terus berlari kann?

  Cuti sem buat apa? Ha duk ruma sahaja. Still macam dulu, tak boleh keluar lagi. Mungkin kena ada husband baru boleh keluar koud! Okayy maa, yaah. Kakak nak kahwin. Cepat! Hahaha *gatal* :p



Setiap langkah perjalanan hidup kita adalah sebuah perjuangan. Bahkan satu ibadat jika semua yang dilakukan bernawaitu kerana ALLAH SWT :) Setiap yang terjadi dimuka bumi ini ada hikmahnya yang telahpun ditetapkan oleh ALLAH. Tapi INGAT! Takdir yang tertulis di Luh Mahfuz itu boleh diubah dengan usaha, doaa dan tawakkal :) Wallahualam..


HATI oh MATA


Assalamualaikum WBT :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Ya ALLAH,
Sesungguhnya aku merindui dia.
Rindu yang sukar untuk aku tafsirkan dari kata kata mutiara hati ku,
Hanya kau yang mengerti perasaan ini, Ya Rabb.

Ya ALLAH,
Kuatkanlah hati aku daripada merasakan perasaan ini.
Supaya rindu ini tidak lebih daripada semanis rinduku pada kekasihmu, RASULULLAH.

Ya ALLAH,
Jagakan dia untukku,
Lindungi dia bagiku,
Jadikan aku sebahagian dari hatinya agar dia selalu merasakan aku dekat dengannya.
Jadikan hati kami dekat agar kami merasakan kami selalu ada.
Walaupun hakikatnya kami jauh.

Ya ALLAH,
Andainya ini ujian kami,
Aku redha.
Kuatkan cinta kami agar kami sentiasa bersamaMU.
Ya ALLAH,
Aku tahu selagi belum halalnya kami untuk CINTA,
Dari jauh aku menyelami Rindu ini.

Hanya dalam doa kudusku yang aku mampu melepaskannya.
Dia dalam doaku :)

Tercipta rindu yang dalam.
Kadangkala hati pernah memberontak diatas rindu ini.
Tapi sesuatu yang kita tidak tahu adalah yang terbaik untuk kita..



Bisakah aku menjadi seseorang yang mampu bertahan daripada memelihara rindu? Ya Allah, lindungi IMANKU daripada segala perkara yang kau ingkari. Lindugilah kami dengan CINTAMU yang abadi. Duhai IMAMKu, aku merindui dan mecintai until JANNAHTULFIRDAUS :) Uhibbuka Fillah..


AKU CUMA MAHU JADI YANG BAIK WALAUPUN BUKAN YANG TERBAIK :)


Assalamualaikum WBT :)
beri salam adalah sunat,
menjawab salam itu adalah wajib :')

Selamat pagi, selamat sejahtera dan yang penting hari ini Salam Satu Malaysia!
Hari ni hari Malaysia! Yeay saya bangga jadi anak Malaysia :)
Saya juga bangga saya anak jawa. Haha V-,-V

Dengan tajuk 'Aku Mahu Jadi Yang Baik Walaupun Bukan Yang Terbaik'
Ni bukan sekadar tajuk tapi tentang niat aku.
Aku tahu, 
aku cuma seorang gadis.
Seorang gadis biasa yang tak punya apapun.
Tapi, aku ada nawaitu untuk jadikan yang biasa kepada luar biasa.
Luar biasa aku taklah sehabat mana, cuma aku nak jadi seorang gadis yang baik.
Seorang anak yang soleha, seorang sahabat yang sejati dan juga seorang insan yang bertaqwa.

Aku cubaa :)

Tapi,
Dengan apa yang aku cuba, aku tahu banyak halangan yang kita kena tempuh bila kita nak buat baik,
Orang selalu cakap, 'ujian'. Tapi kenapa orang tak pernah nak senang dengan benda baik yang kita nak buat?
Masyarakat sering nak pertikaikan apa yang orang lain cuba buat. Buat jahat, mengata. Buat baik pun mengata. Tak pernah nak tamadun diri sendiri. Tapi aku turut membuat hal sendiri daripada mendengar kata-kata orang lain.

Benda yang aku buat, aku cuba lakukan dengan rela, seikhlasnya walaupun aku tahu ikhlas itu tak dapat dilihat dan dinayatakan tapi hanya Allah SWT saja yang tahu tahap dimana keikhlasan kita yang sebenar. Apa gunanya kita buat kerja dan akhirnya kita mengungkit dan bangga dengan diri sendiri dandan cerita kat orang lain yang kita buat. Tapi ikhlas tu kita dapat rasakan sendiri iaitu dengan cara laku kita melakukannya.

Kadang-kadang juga, aku terungkit apa yang aku dah buat. Astaghfirullahalazim. Aku terfikir, perlu ke aku sentiasa berbuat baik dengan orang setiap masa? Sedangkan bila aku berbaik, aku berlembut, aku jadi hidup seperti bangauu. Masya'Allah. *Ya Allah jauhkanlah aku daripada terfikir sampai kesini* Abang aku selalu kata, 'dari kau kecik sampai sekarang, apa yang orang suruh, kau ikut jaaa! Tak reti nak lawan kaa?' Err, aku bukan taknak lawan selagi aku mampu nak buat. Takpelah, aku pegang dengan apa yang mama dan ayah aku salu pesan masa aku kecik, 'biar orang buat  kita, jangan kita buat orang'. Kann?

Okayy sekarang aku cuma nak lepaskan kata, aku taknak jadi baik sangat sebab aku tahu dimana tahap aku. Aku cuma biasa-biasa saja. Aku pun taknak sesekali jadi jahat! Aku cuma nak jadi yang baik. Cukup bagi yang baik dan disenangi oleh orang lain.

Wahai orang-orang lainn! Janganlah kau mempertikaikan apa yang aku mahu lakukan. Biarkan aku berdiri sendiri tapi bantulah aku sekiranya aku buntu, janganlah kau hanya mencaci diatas kekurang orang lain. Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna diatas muka bumi Allah ini. Apa yang aku kurang, kau ada lebihnya dan apa yang kau kurang, aku ada lebihnyaa. Kau pula jangan sering bergantung kepada orang, cuba lakukan sendiri selagi kau mampu sebelum kau hilang daya.

Aku akan berusaha untuk jadi yang baik tapi tolonglah jangan pergunakan diatas kelembutan yang aku cuba lakukan :) Aku berdiam bukan beerti aku terus berdiam tanpa sebarang perasaan. Jujur punya kata, aku sentap sebenarnya. Akumakan hati. Haha Okayy peacee vvVV~


Awakkk, Allah ciptakan manusia sempurna dengan akal dan fikiran. Allah ciptakan setiap manusia punyai kelebihan dan kekurangan. Kelebihan untuk dikongsikan bersama, kekurangan untuk mencari kelebihan yang sempurna walaupun takkan pernah sempurna :)